You are on page 1of 10

Dapatan Kajian

8.1 Konsep Pengangkutan Awam


Berdasarkan Kamus Pelajar Wikipedia, pengangkutan awam ialah Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, belibelah atau pendidikan. Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat. Selain itu, melalui http://mdisabudin.blogspot.com, bas awam merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan

sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara.

Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .

8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di Bandar Country Homes


Daripada pemerhatianyang saya jalankan di Bandar Country Homes, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu Bas Awam dan teksi. Bas awam merupakan salah satu pengangkutan awam yang utama di Bandar Country Homes. Nama bas yang sering memberi perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam ialah Metrobus, SJ Bus dan Bus Mini. Kekerapan bas awam ialah setiap 30 minit.Bas metrobus dan Bas Sj boleh mengangkut kira-kira 60 orang. Bas Mini pula Cuma boleh mengangkut kira-kira 30 orang sahaja. Masa perkhidmatan paling awal adalah pada pukul 6 petang dan paling akhir ialah 10 malam. Bas awam ini sering melalui jalan-jalan utama Bandar Country Homes. Biasanya, Tambang bas awam pergi ke Bandar Rawang ialah RM1.50 manakala bas mini ialah RM1. Selain itu, teksi juga merupakan pengangkutan awam di Bnadar Country Homes. Oleh sebab Bandar Country Homes tidak ada tempat teksi menunggu penumpang. Biasanya, masa perkhidmatan paling awal adalah pada pukul 6 pagi hingga 11 malam. Oleh itu, teksi sering berlegar-legar di Bandar ini.Mereka juga akan berhenti di perhentian bas untuk mencari penumpang. Tambang teksi dari Bandar Country Homes ke Bandar Rawang ialah sebanyak RM30.

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Bandar Country Homes


Terdapat beberapa kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Bandar Country Homes. Kepentingan yang pertama ialah pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan. Masalah kesesakan jalan raya dapat dielakkan kerana penumpang tidak menggunakan kereta sendiri jika ingin pergi ke satu tempat. Oleh itu, kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan kemalangan jalan raja akan berkurang. Contohnya, kesesakan jalan raya utama di bandar-bandar besar dapat digurangkan kerana kereta yang tidak banyak di jalan raya. Selain itu, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes penting kerana dapat meningkatkan mobiliti penduduk. Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atupun penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Tambah pula, penduduk yang berumur kurang daripada 18 tahun tidak boleh memandu kereta. Oleh itu, mereka akan menbuat pilihan untuk menumpang kereta awam untuk pergi ke tempat tersebut. Di samping itu, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes dapat menjimatkan kos. Kos menaiki bas awam lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri. Hal ini kerana penduduk tidak perlu bayar tempat letak kereta, petrol dan juga tol. Penduduk tidak perlu risau kereta akan dilanggar atau bersauh di jalan raya menyebabkan harus menggunakan wang

yang banyak utuk menbaiki keretanya. Jika, penduduk menumpang kereta awam, perbelanjaan rumah dapat dijimatkan. Wang yang dijimat boleh digunakan di tempat yang lain. Akhirnya, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Contoh pekerjaan ialah pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket. Pekerjaan ini amat perlu untuk meningkatkan mobiliti penduduk. Jika tiada pemandu bas atau teksi, penduduk akan menimbuhkan masalah-masalah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Bandar Country Homes


Hasil daripada pemerhatian, temubual, dan soal selidik, saya dapat beberapa masalah perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes. Masalah yang pertama ialah kereta awam akan menyebabkan pencemaran udara. Pembakaran petrol di kereta awam akan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Oleh itu, udara di Bandar Country Homes tercemar menyebabkan penduduk perlu memakai topeng jika berada di luar rumah. Pembakaran petrol di kereta awam akan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang banyak di udara juga akan menyebabkan hujan acid. Hal ini akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mendapat penyakit seperti mengidap asma. Oleh itu, pemandu bas haruslah membeli petrol tanpa plumbum untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes dapat menyebabkan pencemaran bunyi. Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh bas yang melalui kawasan kediaman menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan perhentian bas. Contohnya di Jalan raya Kuala Lumpur. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai

gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Oleh itu, pemandu bas harusah memasang Catalytic converter untuk mengurangkan pencemaran bunyi. Di samping itu, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes dapat menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pemandu bas meletakkan bas di tepi jalan raya terutamanya jalan yang sempit untuk menurunkan penumpang secara sesuka hati. Hal ini akan menyebabkan jalan menjadi sempit dan kereta-kereta yang lain perlulah mencari laluan yang lain untuk menempuh bas itu. Akhirnya, perkembangan pengangkutan awam di Bandar Country Homes dapat menyebabkan penipuan. Hal ini kerana sikap pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab. Contohnya pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang sesuka hati. Pada waktu malam dan pagi ialah waktu orang pulang dari pejabat. Pemandu teksi akan menaikan harga menumpang dari RM2 satu km hingga RM5 satu km. Masalah ini dapat digulangkan dengan menguatkuasakan undang-undang dari kerajaan yang berkuasa. Saya bersyukur pemandu haruslah bertanggung jawab terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di Bandar Country Homes hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Bandar Country Homes


Melalui pemerhatian, temubual, dan soal selidik, Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Bandar Country Homes yang pertama ialah menguatkuasa undang-undang Kerajaan haruslah mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bas sekolah contohnya mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotordan menjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. Kerajaan juga perlu saman pemandu teksi yang tidak menggunakan meter untuk menentukan harga tumbang. Selain itu, pemandu bas dan teksi haruslah menggunaan petrol tanpa plumbum. Krajaan haruslah menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Di samping itu, pemandu bas dan teksi haruslah menggunakan Penapis asap , iaitu Catalytic converter untuk mengurangkan pengeluaran asap merbahaya. Penukar bermangkin berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air. Oleh itu, kenderaan awam seperti bas yang digalakkan menggunakan penapisan asap.

Akhirnya, mandu bas dan teksi haruslah mengurangkan kos operasi. kerajaan telah meningkatkan kuota subsidi diesel selain kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam. Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak kerajaan untuk menjaga alam sekitar di Bandar Country Homes. Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

You might also like