You are on page 1of 2

a. Sistem-Adalah gabungan komponen yang bertindak bersama-sama dan melaksanakan objektif tertentu.

Ia tidak terbatas kepada yang berbentuk fizik semata-mata. b. Sistem kawalan-Adalah sistem yang mengukur nilai pembolehubah terkawal dan menggunakan pembolehubah terolah untuk membetulkan atau menghadkan sisihan nilai diukur daripada nilai. - Pembolehubah terkawal kuantiti / isyarat yang diukur dan dikawal. - Pembolehubah terolah kuantiti / isyarat yang diubah oleh pengawal agar memberi kesan ke atas nilai pembolehubah terkawal. c. Arahan masukan (command input)-Ia merupakan dorongan isyarat masukan ke atas sistem yang mana ia tidak bergantung kepada keluaran sistem tersebut sehinggalah selesainya proses kawalan ke atas isyarat masukan tadi. d. Masukan rujukan (reference input)-Adalah masukan isyarat semasa pada sistem kawalan e. Pembolehubah terkawal (controlled variable)-Kuantiti / isyarat yang diukur dan dikawal.

f.

Kawalan gelung buka-Merupakan sistem di mana keluarannya tidak memberi kesan ke atas tindakan kawalan. Keluaran sistem tidak diukur atau disuapbalik untuk membandingkan dengan masukan.

g. Kawalan gelung tutup-Merupakan suati sistem di mana isyarat ralat penggerak yang merupakan perbezaan diantara isyarat masukan dan keluaran disuapbalik ke pengawal untuk mengurangkan ralat dan menghasilkan keluaran sistem kepada nilai kehendak. h. Elemen suapbalik-Suatu peranti yang digunakan untuk mengukur isyarat keluaran yang kemuduannya akan dibandingkan dengan rujukan untuk menghasilkan isyarat ralat. i. Gangguan (disturbance)-Adalah isyarat yang seolah-olah memberi kesan yang bertentangan terhadap nilai keluaran suatu sistem. Jika gangguan dijana dalam sistem, ini dikenali sebagai dalaman sementara gangguan luar dijana sebagai luaran dan merupakan masukan.

Sistem Kawalan Gelung Buka 1 2 3 4 5 Sistemnya mudah Ketepatannya ditentukan dengan penentukuran (calibration) elemennya Sistem tidak mempunyai masalah dengan ketidakstabilan Lebar jalur adalah sempit Tidak dapat mempengaruhi kesan ketidaklinearan

Sistem Kawalan Gelung Tertutup Pembinannya lebih komplek/rumit Ketepatannya lebih tinggi/jitu Masalah kestabilan kadang-kadang rumit Lebar jalur adalah yang sangat luas Ketidak linearan dapat dikurangkan

PLCdidefinasikan sebagai satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh diaturcara untuk simpanan dalaman ke atas arahan-arahan untuk melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, turutan, pemasaaan, pembilang dan pengiraan matematik untuk mengawal berbagai mesin atau proses melalui modul dan keluaran digital ataupun analog (NEMA).

Kelebihan-kelebihan PLC adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. tempoh perlaksanaan sesuatu projek kawalan yang pendek. mudah dibuat pengubahsuaian aturcaranya. pengiraan kos projek yang tepat memerlukan masa latihan yang pendek rekabentuk sistem kawalan mudah diubah dengan menggunakan perisian aplikasi kawalan yang meluas penyelenggaraan mudah keboleharapan yang tinggi perkakasan pengawal yang piawai ketahanan kepada masalah persekitaran proses yang baik (suhu, lembapan dll)

a. Unit pemprosesan pusat (UPP)-Ia mengandungi mikropemproses. Merupakan komponen terpenting di dalam PLC kerana ia berperanan membuat keputusan berdasarkan aturcara yang tersimpan di dalam ingatan dan menghasilkan isyarat-isyarat berkaitan pada keluaran. b. Modul masukan dan keluaran modul masukan berperanan menerima isyarat daripada peranti masukan dan data yang dimasukkan akan dihantar ke unit pemproses. Modul keluaran menerima isyarat yang telah diproses oleh pemprosesan dan menyesuaikan isyarat tersebut kepada peranti keluaran. c. Peranti teraturcara-Digunakan untuk memasukkan program atau aturcara yang diperlukan ke dalam ingatan suatu pemprosesan. Aturcara ini dibina melalui peranti dan kemudiannya dipindahkan ke unit ingatan PLC. Terdapat 5 bahasa pengaturcaraan yang dikenali diperingkat antarabangsa iaitu i. ii. iii. iv. v. rajah tangga (ladder diagram) senarai arahan (instruction list) teks struktur (structured text) carta fungsi turutan (sequential function chart) fungsi rajah blok (function block diagram)

You might also like