You are on page 1of 24

1.

PENGENALAN Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi seiring dengan kemajuan teknologi yang bergerak tanpa kita sedar. Dalam dunia yang serba maju kini, tidak dapat dielakkan berlakunya banyak masalah salah laku yang melibatkan golongan anak muda yang rata-rata adalah dalam kalangan murid sekolah lagi. Hal ini semakin berleluasa dan hangat diperkatakan. Ini amat membimbangkan semua pihak terutama pihak sekolah, guru dan ibu bapa. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diadakan dalam membantu para guru mendekati murid dan masalah yang dihadapinya. Satu kajian yang dilakukan oleh Amaludin Abd. Rahman dan Khadijah Alawi merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 28 jenis masalah sosial yang dihadapi oleh golongan remaja masa kini. Justeru itu, masalah-masalah displin yang timbul di sekolah terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah, masalah ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penyalahgunaan dadah, melawan guru, vandalisme. Ia dapat disokong dengan fakta yang mengatakan pada peringkat muda seperti murid sekolah ini, pengaruh yang lebih besar datangnya daripada rakan sebaya. Semasa menjalani praktikum selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif (1) pada semester lepas, pada dapatan pengkaji mendapati wujud pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah bergaduh, membuli, melawan guru, vandalisme dan ponteng kelas atau ponteng sekolah. Hal ini terjadi berikutan kebanyakan mereka tinggal di kawasan rumah flat dan apatah lagi kawasan bandar serta berdekatan dengan kawasan pembangunan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji memilih tentang salah laku ponteng sekolah atau ponteng kelas dalam kalangan murid sekolah ini untuk diatasi. Biasanya, masalah ponteng ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Namun, kini murid sekolah rendah tidak terkecuali. Menurut rekod kedatangan murid-murid, didapati dapatan kehadiran murid ke sekolah tidak seratus peratus setiap bulan. Purata seorang murid ke sekolah adalah tiga hari dalam seminggu. Hal ini amat dibimbangi oleh pihak pentadbir sekolah lebih-lebih bagi murid yang masih berada di bangku persekolahan rendah. Tindakan menggantung sekolah tidak dibenarkan untuk sekolah rendah.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada murid yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun ke semua kelas dalam satu-satu hari. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang murid dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebabsebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, peratus murid yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Harian Metro bertarikh 28 Disember 2010 melaporkan, rekod Kementerian Pelajaran bahawa seramai 38927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr We Kah Siong, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan oleh murid termasuk kes ponteng sekolah melibatkan 19545 kes. Walaupun masalah salah laku disiplin murid di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang murid dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. Hal ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Pada pendapat pengkaji punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Ini adalah kerana mereka semua adalah pemimpin negara kelak. Hasil pemerhatian, didapati terdapat lima orang murid yang menunjukkan rekod kedatangan ke sekolah yang tidak memuaskan iaitu hanya hadir ke sekolah selama dua hingga lima hari sahaja dalam sebulan. Selain ponteng sekolah, mereka ini juga dikesan kerap kali tiada dalam kelas bagi mata pelajaran tertentu. Hal ini dilaporkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran yang menyemak kehadiran dan bilangan murid. Mereka

berlima dari tahun yang berbeza dalam lingkungan umur sepuluh hingga dua belas tahun. Hal ini amat membimbangkan kerana ada di antara mereka yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi bagi mengatasi masalah ini, perlunya sesi bimbingan kelompok dijalankan ke atas kumpulan muridmurid ini untuk memahami punca masalah murid. Selain itu, kerjasama antara guru bimbingan dan kaunseling bersama guru biasa (pengkaji) dibuat agar dapat merancang satu rancangan intervensi bagi mengenal pasti dan mencari alternatif ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

2.0

PROGRAM INTERVENSI BIMBINGAN KELOMPOK Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak kehidupan sesuatu kelompok. Pada asasnya kelompok membawa makna ahli-ahli yang berada dalam kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpunkan dalam satu kumpulan. Bagi Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah merujuk kepada orientasi masalah dan proses memulihkan seseorang mengikut kehendak ramai atau keputusan secara umum. Kaunseling ini amat bersesuaian dengan individu yang mengalami kesukaran, tidak puas hati atau bermasalah dalam tingkah lakunya. Bimbingan kelompok adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan bersifat dinamik. Kumpulan bimbingan ini terdiri dari lima hingga lapan orang di bawah bimbingan guru kaunselor. Dalam bimbingan kelompok ini murid berkongsi masalah yang sama, berinteraksi dengan orang lain secara konsisten dan mengenali satu sama lain. Interaksi ini meliputi perbincangan masalah yang dihadapi dan berkongsi pengalaman. Melalui interaksi, perbincangan dan kemudahan atau bantuan dari kaunselor masalah dihadapi dapat diselesaikan oleh murid berkenaan. Bimbingan kelompok ini sangat berguna untuk pembelajaran kendiri dan memberi pendedahan kepada murid berkongsi cara-cara yang berlainan dan tindakan yang diambil oleh rakanrakan dalam kumpulan. Matlamat utama bimbingan kelompok adalah murid dibantu untuk peningkatan akademik dan interaksi diwujudkan di kalangan individu secara positif dan berkesan. Pengurangan krisis dalam diri dan masalah-masalah disiplin yang timbul melalui program pencegahan peringkat awal yang diwujudkan. Suasana yang ceria dan seronok diwujudkan, budaya ilmu dijadikan sebahagian amalan harian murid-murid, memberi kesedaran bahawa setiap murid adalah insan yang bersifat sosial. Mereka perlu berganding bahu antara satu sama lain untuk membangunkan sesebuah negara. Terdapat beberapa tahap atau peringkat yang perlu dilalui untuk memastikan sesi kaunseling kelompok berjaya dan berkesan. Dalam peringkat yang dijalankan, penggunaan terapi yang sesuai turut diterapkan kepada klien (murid). Fasa proses program intervensi kaunseling kelompok adalah seperti yang akan diterangkan nanti.

2.1 Prasesi Tahap ini diadakan sebelum bermulanya sesi kaunseling. Langkah ini adalah langkah yang penting kerana segala perancangan dan pemilihan aktiviti serta matlamat ditentukan. Guru perlu merancang dengan teliti supaya matlamat yang ingin diperoleh dapat dicapai pada masa yang ditetapkan. Sebagai permulaan,guru hendaklah mengumpul maklumat yang lengkap daripada guru kelas mengenai murid-murid yang bermasalah. maklumat berkaitan seperti rekod kehadiran, umur, jantina, kaum, latar belakang dan lainlain dikumpul bagi membantukan guru bimbingan dan kaunseling lebih mengenali murid-murid. Malah dengan adanya maklumat tersebut, guru boleh mengenal pasti masalah dan membuat inferens tentang punca masalah murid tersebut. Hal ini dapat dikumpul sama menggunakan teknik ujian iaitu ujian pencapaian dan ujian sikap manakala bagi teknik bukan ujian, guru menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Pelbagai cara pengumpulan maklumat yang boleh digunakan bagi mendapatan maklumat mengenai murid. Tempat bagi menjalankan sesi kaunseling juga perlu disediakan bagi mengadakan kaunseling dalam keadaan teraputik dengan memastikan bilik menarik dan selesa untuk murid. Selain itu, ketetapan masa perlu dirancang dengan kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Hanya satu jam seminggu dicadangkan untuk setiap sesi kaunseling kelompok dijalankan. Hal ini kerana, masa yang diperuntukkan ini sesuai bagi klien yang dipilih iaitu berada di dalam lingkungan umur sepuluh hingga dua belas tahun. Mereka akan mempunyai masa yang cukup untuk memahami dan mempraktikkan perkara yang dipelajari dalam kelompok dan pada masa yang sama, jangka masa itu mengekalkan kesungguhan, minat dan deria ingin tahu mereka. Masa yang sesuai untuk

diadakan sesi tersebut ialah selepas waktu sekolah. Hal ini bagi mengelakkan daripada mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran mereka. Pemilihan ahli dan bilangan ahli dalam satu sesi perlu ditetapkan. Muridmurid dipilih mengikut masalah yang dihadapi iaitu ponteng. Murid ini akan dipujuk untuk mengikuti kaunseling. Murid tidak boleh dipaksa untuk

menyertai,namun guru boleh menasihati dan biar mereka membuat keputusan. Hal ini bagi memudahkan mendapat kerjasama daripada mereka. Selepas murid

ditetapkan, kelompokkan mereka bersama. Bilangan ahli tidak boleh terlalu ramai kerana guru perlu memberikan perhatian yang lebih dan bimbingan kepada murid-murid ini. 2.2 Sesi Pertama (Pengenalan/Permulaan) Pada sesi ini merupakan sesi berkenalan. Perkenalan ini dimulakan oleh guru kaunseling terlebih dahulu secara ringkas. Kemudian barulah diikuti oleh ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu klien (murid). Guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor akan bertindak menjadi ketua kelompok dan bertindak lebih aktif bagi menggalakkan klien mengambil bahagian dalam aktiviti dan tiada perasaan raguragu atau takut. Biasanya, ahli-ahli akan memperkenalkan sifat-sifat yang positif seperti memberitahu maklumat yang selamat seperti nama, umur, minat, tempat tinggal dan apa sahaja yang selamat baginya. Guru kaunseling: Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini merupakan pertama kali kita bertemu. Pastinya ada di antara kita yang sudah mengenali antara satu sama lain. Namun, saya mahu kita lebih mengenali. Nama saya Siti Saleha bt Ibrahim. Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Siti. Saya tinggal di Taman Orkid dan mempunyai empat orang adik beradik. Bolehkah kamu memperkenalkan diri kamu? Saya mahu kamu beritahu nama penuh, tempat tinggal dan bilangan adik beradik kamu.

Guru juga perlu memberitahu murid berapa sesi perjumpaan akan diadakan, matlamat yang perlu dicapai setelah tamat sesi dan juga peraturanperaturan yang perlu dipatuhi oleh mereka. Misalnya klien perlu mengikuti sesisesi yang telah dijadualkan secara teratur tanpa ponteng lagi. Sebarang maklumat atau perkara yang dibincangkan dalam sesi hendaklah menjadi kerahsiaan sepanjang mereka mengikuti program ini. Klien diberitahu pada peringkat awal lagi bahawa sesuatu yang bermula pasti akan berakhir begitu jugalah dengan proses kelompok ini akan ditamatkan apabila matlamat telah dicapai. Hal ini supaya klien tidak terkejut dan berasa hampa apabila kelompok itu berakhir.

Oleh kerana sesi pertama ini bertujuan membina hubungan antara kaunselor dengan kilen dan klien dengan klien maka aktiviti yang sesuai untuk sesi perkenalan ialah ice breaking. Contoh aktivIti yang boleh dijalankan ialah Nama Berantai. Guru meminta klien berada dalam satu bulatan. Guru memulakan dahulu dengan memperkenalkan nama penuh dan nama panggilan secara berbisik kepada klien pertama. Gerak kerja ini dilakukan secara bergilirgilir dengan memberitahu nama guru kaunseling dan nama sendiri kepada rakan sebelah. Ulang aktiviti dengan murid seterusnya hingga klien terakhir. Kemudian murid terakhir akan memperkenalkan dirinya dan menyebut semula nama rakanrakan yang lain. Di akhir aktiviti, guru boleh meminta murid membuat rumusan akan aktiviti yang dijalankan. 2.3 Sesi Kedua (Konflik Dan Pertentangan) Langkah ini merupakan peringkat guru mula mengenal pasti masalah dan menganlisis sebab dan faktor sebenar masalah yang dihadapi oleh setiap klien. Selain itu, beri murid peluang untuk menerokai masalah yang dihadapi. Dalam mengenal pasti masalah murid, pengkaji mencadangkan penerapan terapi bercerita. Guru boleh menyediakan alatan dan bahan seperti perakam video, puppet, latar belakang dan kisah teladan Ali dan Abu. Kisah Ali dan Abu Di sebuah kampung tinggal dua orang sahabat baik iaitu Ali dan Abu. Mereka selalu bersama-sama ketika pergi mengaji. Pada suatu hari, dalam perjalanan ke tempat mengaji, Ali telah mengajak Abu singgah di tepi sungai untuk menangkap ikan. Abu pada mulanya enggan kerana takut tidak sempat ke tempat mengaji. Namun disebabkan Ali memujuknya untuk tidak pergi kerana tok guru mengajar mengaji mereka garang dan selalu akan memarahi mereka. Abu pun menyertai Ali untuk menangkap ikan. Daripada sehari mereka tidak pergi mengaji akhirnya mereka kerap kali ponteng dari pergi mengaji. Mereka akan melepak, melastik burung dan menghabiskan masa. Suatu hari, ketika sedang sibuk melastik burung tiba-tiba Ali terlastik sarang tebuan. Akibatnya, mereka dikejar oleh tebuan-tebuan. Nasib baik mereka sempat melompat ke dalam sungai namun tetap terkena sengat. Tok guru mereka menceritakan hal sebenar yang mereka selalu ponteng mengaji. Teruk mereka dimarahi oleh ibu bapa mereka. Mereka menyesal. Pada pendapat kamu, apakah yang berlaku seterusnya?

Guru kaunselor akan menceritakan tentang kisah Ali dan Abu kepada klien menggunakan bantuan puppet budak lelaki. Kemudian, minta klien untuk meyambung kisah tersebut mengikut versi dan pendapat mereka sendiri. Semasa klien bercerita, rakam dan perhatikan gerak badan mereka ketika bercerita. Klien: Abu menyesal kerana mengikut kata Ali dan tidak akan mengikut kata Ali lagi selepas ini. Dia tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Guru Kaunseling: Kamu fikir Ali yang bersalah?


Klien: Ya, kerana mengajak Abu membuat jahat. Sambil mendengar cerita yang disampaikan, kaunselor akan peka pada beberapa elemen seperti: 1. Apakah kesan daripada perbuatan yang dilakukan dalam cerita? 2. Apakah perkaitan antara watak dan peristiwa yang diceritakan? 3. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh klien dalam cerita ini? Pada akhir sesi, guru kaunseling dan pengkaji akan berbincang dengan klien akibat daripada perbuatan Ali dan Abu terhadap diri mereka dan adakah mereka masih berkawan selepas ini. 2.4 Sesi Ketiga (Perkembangan Dan Kesepaduan) Pada peringkat ini, kaunselor boleh memberikan ruang kepada klien untuk menceritakan masalah yang dihadapi dengan cara menggunakan terapi seni. Biarkan klien mengekspresikan perasaan dan masalah mereka melalui seni. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah melukis. Guru menyediakan kertas lukisan, berus warna, warna air pelbagai warna, krayon pelbagai warna dan pensel warna. Edarkan peralatan kepada klien setiap seorang. Murid melakukan lukisan bebas atau spontan iaitu melukis apa sahaja yang digambarkan dalam fikiran mereka. Sambil murid melakukan aktiviti, guru perhatikan cara murid melukis, penggunaan warna dan apa sahaja yang boleh dijadikan punca murid bermasalah. Berdasarkan perbualan dengan murid, kumpul maklumat dari respon dan tingkah laku murid. Contoh lukisan murid,

Guru kaunseling: Cantik lukisan kamuapa yang kamu lukis? Klien: Keluarga saya. GK: Berapa bilangan keluarga kamu? Siapa yang ada? Klien: lima orangayah, ibu, saya dan dua orang adik. GK: Kenapa lukis begitu? Klien: Ayah dengan ibu seolah-olah tidak suka sayasaya selalu kena marah dengan ayah. Berbeza dengan dua orang adik yang lain.

benci sekolah

Guru kaunseling: Gambar siapa itu?


Klien: Saya dan bangunan sekolah. Guru Kaunseling: Kenapa kamu benci sekolah? Klien: Datang sekolah tak seronok. Guru Kaunseling: Kenapa ? Klien: CIkgu tak suka saya.saya tak pandai.

Selain menjalankan aktiviti, ahli kelompok pada tahap ini akan mempunyai sifat kepercayaan yang tinggi dan masing-masing berasa selesa dan bersedia untuk berkongsi masalah yang dihadapi dengan ahli yang lain. Guru kaunseling akan menjadi perantara antara mereka semua. Elakkan klien dari bercerita perkara yang tidak sepatutunya. 2.5 Sesi Keempat (Hasil) Perhubungan klien telah mencapai peringkat hasil iaitu peringkat di mana ada ahli yang mempuyai kebolehan untuk memimpin dan kebolehan mereka diterima tanpa banyak soal daripada ahli yang lain. Oleh itu, peranan guru kaunseling akan berubah sebagai sumber rujuk dan peserta sahaja. Disebabkan hubungan yang rapat antara ahli telah terjalin, ahli -ahli berasa yakin untuk mengkritik dan berbincang dengan terus terang. Ia dapat dijalankan melalui perbincangan dalam satu bulatan di tempat yang teraputik. Dalam sesi ini, klien diminta untuk menyenaraikan seberapa banyak alternatif yang dapat dilakukan bagi mengelakkan daripada ponteng kelas atau ponteng kelas Mereka berbincang bersama-sama agar mendapat kesepakatan. Kemudian, setiap ahli akan memilih alternatif yang paling sesuai bagi mereka dan menjelaskan faktor dia memilih alternatif tersebut. Hal ini penting supaya klien memilih faktor tersebut sekadar mengikut ahli yang lain tetapi tahu kemampuannya dalam melaksanakannya. 2.6 Sesi Kelima (Penamatan) Sesi ini adalah pertemuan terakhir antara guru kaunseling dan klien-klien dalam kaunseling kelompok ini setelah ahli-ahli mencapai matlamat yang ditentukan. Klien diminta membuat refleksi mengenai perkara yang diperoleh sepanjang sesi

10

yang telah dilalui oleh mereka. . Pelbagai perasaan dan emosi akan diluahkan sama ada berbentuk positif atau perasaan sebaliknya.Kemudian, perbincangan dibuat bagi melihat sama ada matlamat yang telah ditetapkan pada sesi pertama tercapai atau tidak dan melihat keberkesanan alternatif yang dipilih sewaktu sesi terakhir. Selain itu, tidak semua klien mencapai matlamatnya namun setidaktidaknya murid dapat berkenalan antara satu sama lain. Mungkin ada kilien yang sedih kerana akan berpisah dengan ahli yang lain. ini disebabkan oleh hubungan erat dan mesra yang telah terjalin dan tidak mahu menamatkan sesi kaunseling. Oleh itu, klien akan cuba mewujudan masalah baru namun hal ini tidak boleh berlaku kerana persetujuan tempoh kaunseling telah dipersetujui sebelum ini. Murid tidak boleh terlalu bergantung akan kaunselor untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Perjanjian boleh diadakan antara klien dan guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan klien tidak mengulang masalah dan bertingkah laku positif. Sebelum berakhirnya sesi ini, guru membuat kesimpulan keseluruhan terhadap sesi yang telah dijalankan. Tindakan susulan perlu diambil oleh kaunselor iaitu mengadakan pemantauan akan perkembangan klien. Ini bagi melihat sama ada mereka berubah kea rah positif atau tidak. Temubual dan perbincangan bersama guru kelas, guru mata pelajaran dan rakan-rakan sekelas dapat memberikan gambaran akan keadaan klien selepas menyertai kaunseling kelompok. Diharapkn akan ada perubahan ke arah positif yang berlaku ke atas klien.

11

3.0

PERANAN GURU BIASA MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Sebagai seorang manusia, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Sudah menjadi lumrah dan adat hidup manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Ini kerana kita bukanlah insan yang sempurna. Namun demikian, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan jika boleh diatasi. Walaupun manusia akan melakukan kesilapan tidak bermakna kita akan mengulangi kesilapan yang sama jika pernah melakukannya sekali dahulu. Jangan jadikan pisang berbuah dua kai. Kesalahan pertama yang dilakukan, boleh lagi dimaafkan namun kita perlu belajar daripada kesilapan sendiri. Begitulah jua dalam diri murid kita yang melakukan kesalahan. Sebagai seorang guru, elakkan dari terus menghukum murid tetapi berikan masa dan ruang untuk murid menjelaskan kenapa dia bertindak sedemikian. Pada hari ini, tugas guru biasa bukan lagi hanya menguruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas tetapi turut berperanan sebagai guru pembimbing. Masalah murid-murid tidak hanya melbatkan akademik semata-mata tetapi melibatkan masalah lain seperti masalah disiplin. Bilangan murid di sekolah adalah berbeza dan keperluan terhadap guru bimbingan dan kaunseling tidak mencukupi dengan kuota bilangan murid. Oleh itu, guru biasa turut boleh memainkan peranan dalam membantu kaunselor sekolah menangani masalah disiplin yang dihadapi oleh murid-murid. Rasional memberi bimbingan adalah untuk memberi panduan penyelesaian supaya murid dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan guru untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling. Perbezaan tersebut ialah guru biasa tidak menghadiri kursus bimbingan atau tidak mempunyai kelayakan dalam bimbingan dan kaunseling yang melayakkan mereka menjadi kaunselor. Walaupun begitu, guru biasa pernah didedahkan dengan konsep bimbingan dan kaunseling. Sama ada sedar atau tidak sebenarnya, guru biasa turut terlibat dalam bimbingan terutamanya sewaktu P&P berjalan. Sebagai guru pembimbing, guru biasa hendaklah berkolaborasi dengan guru bimbingan dan kaunseling dari segi mengumpul maklumat mengenai murid. Maklumat yang dikumpulkan perlulah mempunyai kesahan dan boleh dipercayai untuk mengemukakan kes salah laku dalam kalangan murid yang terlibat. Ianya sebagai bukti dan panduan untuk ditunjukkan kepada pihak lain seperti ibu bapa dan pihak sekolah.

12

Guru juga perlu sentiasa mengemas kini dan melengkapkan maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, maklumat-maklumat tersebut sangat penting untuk kegunaan guru bimbingan dan kaunseling. Maklumat tersebut digunakan sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah. Contoh maklumat ialah maklumat murid, alamat rumah, latar belakang, dan sebagainya. Ini membolehkan guru mengenali murid- murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan kepada mereka. Bagi masalah ponteng, rekod kehadiran murid perlu sentiasa dipantau jumlah kedatangan murid ke sekolah. Bagi murid yang ponteng kelas, perlunya bekerjasama dengan guru mata pelajaran untuk memerhati kekerapan murid ada dan tiada di dalam kelas sewaktu P&P. Guru biasa boleh membantu kaunselor dalam mengenal pasti murid yang bermasalah dan mengesyorkan kepada kaunselor. Selain itu, guru biasa dan kaunselor boleh bekerjasama untuk mengetahui punca murid menghadapi masalah tersebut. Misalnya bagi masalah yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu masalah ponteng. Antara punca yang boleh menyebabkan murid suka ponteng ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Di samping itu, murid juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan murid yang lemah jika dibandingkan dengan murid yang cerdas. Murid seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas. Selain itu, guru juga kurang memberikan perhatian akan muria yang lemah dalam kelas dan secara tidak langsung, mereka berasa diri mereka tidak diterima dan terus membenci guru dan mata pelajaran tersebut. Terdapat juga faktor yang menyebabkan murid ponteng ialah kerana kurangnya kasih sayang dan pemantauan daripada ibu bapa. Murid ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang perhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah

13

malam. Apatah lagi bagi murid yang datang dari keluarga yang taraf ekonomi rendah maka ibu bapa akan banyak menghabiskan masa dengan bekerja demi mencari rezeki untuk hidup .Lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin meningkat dan ini membebankan ibu bapa. Oleh itu, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Kadang-kadang terdapat juga anak-anak yang berasa malu untuk ke sekolah kerana mereka miskin dan bimbang akan diejek dan dipersenda oleh rakanrakan. Namun, apabila ponteng sekolah,mereka mula melakukan sesuatu yang negative bagi memenuhi masa lapang mereka. Ibu bapa mereka juga tidak tahu anak mereka tidak ke sekolah atau tidak kisah langsung jika anak tidak bersekolah. Faktor pengaruh rakan sebaya juga perlu diambil kira menjadi punca gejala ponteng sekolah atau kelas berlaku. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda murid-murid yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya penting bagi seorang guru mengetahui faktor-faktor yang

mendorong murid-murid melakukan kesalahan untuk sama-sama membari bantuan kepada mereka bagi mencari penyelesaian bagi menghadapi masalah yang dihadapi. Hal ini kerana, masa usia ini, murid masih tidak mampu membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Biasanya keputusan dibuat oleh ibu bapa atau orang yang lebih dewasa daripada mereka. Dengan berjumpa guru kaunseling, mereka akan dibimbing untuk belajar cara membuat keputusan sendiri demi masa hadapan murid itu sendiri juga. Di samping itu juga, mentaliti yang melekat pada minda murid yang beranggapan bahawa berjumpa kaunselor akan dianggap bermasalah, menjadikan mereka

menyimpan atau memadamkan hasrat mereka untuk berjumpa dengan kaunselor. Rentetan senario itu, guru biasa haruslah mengorak langkah bijak mengambil peluang untuk menjadi guru bimbingan dalam membantu kaunselor menangani malah yang

14

dihadapai oleh murid dengan mengenal pasti tingkah laku awal murid yang cenderung kepada tingkah laku negetif. Justeru, penting bagi guru pembimbing menerangkan kepada murid bahawa berjumpa dengan kaunselor bukanlah bermaksud murid itu jahat, tetapi ialah untum membantu murid menghadapi masalah yang bermain di benak fikiran murid dan mencari jalan penyelesaian dan menerangkan kesan daripada masalah yang dilakukan. Contoh kesan ponteng kepada murid ialah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan murid tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga. Kesan lain yang akan dihadapi adalah murid tersebut ialah akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Peranan lain guru pembimbing ialah menyediakan sokongan dan dan bantuan untuk program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Antaranya ialah menampal program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling di bilik darjah, memantau perkembangan murid, melaporkan perkembangan murid bermasalah dan sebagainya. Tugas ini biasanya tidak berat dan ianya sejajar dengan tugas guru sebagai pengajar. Ini menunjukkan usaha guru pembimbing dalam menyokong segala bentuk yang dijalankan oleh kaunselor dan tidaklah guru itu bergerak sendiri secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara kedua-dua guru dan peranan memotivasikan murid tidak hanya terletak di bahu kaunselor sahaja.

15

4.0

JUSTIFIKASI PEMILIHAN TERAPI DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN 4.1 Terapi Cerita

Bercerita adalah satu cara berkesan untuk membina hubungan dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat dan mesra. Melalui cerita yang
disampaikan, murid akan melahirkan perasaan yang terpendam. Selain itu, ia dapat membantu guru memahami dan mengenal pasti masalah murid pada peringkat awal tanpa menyebabkan murid berasa takut. Penggunaan contoh kisah teladan iaitu Kisah Ali dan Abu sebagai pencetus untuk murid meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi. Ini kerana cerita yang disampaikan sebenarnya berkaitan dengan masalah murid sendiri. Cuma watak dalam tersebut ditukar supaya mereka lebih selesa sedikit sebanyak jalan cerita diubah bagi mengelakkan klien menjadi defensif. Seterusnya, guru kaunseling akan meminta klien supaya mereka cerita yang hampir sama dengan cerita yang telah disampaikan. Dengan mereka cerita sendiri, klien mungkin boleh memproses peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan dengan lebih mendalam, dengan meneroka emosi dan mencapai penyelesaian semasa bercerita. Malah, semasa bercerita, klien berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka. Tugas guru kaunseling pada ketika itu mendengar dengan teliti dan memberi klien itu kebebasan untukbercerita. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik yang sedang bermain dalam diri murid-murid. Kegunaan cerita dalam terapi ialah cerita yang boleh mengambarkan emosi dalaman yang dialami oleh pencerita. Cerita umpama memberi klien perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Peralatan yang digunakan contohnya puppet sebagai alat sokongan untuk bercerita dan murid juga berasa selesa untuk bercerita secara santai dan seronok dalam meluahkan perasaan. Di samping itu, pendengar cerita dapat menyediakan dirinya dengan pengalaman pencerita. Hal ini kerana, pencerita akan melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar seolah-olah kehidupan pendengar seiring dengan cerita yang disampaikan. Di dalam proses itu, klien akan berbincang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi oleh klien.

16

4.2

Terapi Seni Terapi ini merupakan suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan proses kreatif seni untuk mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang. Ketika menjalankan aktivti seni secara tidak sedar, klien akan meluahkan apa yang sedang bermain dalam fikirannya melalui seni. Dalam perancangan intervensi, aktiviti yang dijalankan untuk terapi seni ialah melukis. Klien bebas melukis apa sahaja yang difikirkan. Ini merupakan jenis lukisan bebas atau spontan. Seperti biasa, bahan peralatan melukis disediakan untuk klien seperti kertas lukisan, cat warna, pensel warna, berus, krayon dan lain-lain. Semasa klien sedang melukis, kaunselor boleh mula meneliti apa yang dilukis. Komunikasi sewaktu sesi dijalankan adalah minima bergantung kepada kehendak klien untuk menjawab pertanyaan guru kaunseling. Setelah murid selesai melukis, cuba minta murid menceritakan apa yang dilukis. Sambil murid bercerita mengenai apa yang dilukis, guru boleh mengintepretasikan hasil karya murid. Apa yang ditafsirkan bukan bakat murid dalam melukis sama ada cantik atau tidak tetapi apa disebalik lukisan murid seperti gambar apa yang dilukis, penggunaan warna, bentuk, saiz dan kedudukan lukisan. Contoh lukisan potret keluarga, murid melukis dirinya yang jauh dari keluarga. Ini menunjukkan murid mempunyai masalah berkaitan keluarga. Melalui terapi ini, klien akan belajar cara mengenal perasaan dan meluahkan dalam bentuk situasi tanpa mencederakan orang lain. Malah, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang

membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta .menyakitkan dengan bantuan daripada guru kaunseling Di samping itu, ter api ini j ug a bole h m em bant u k anak - k anak memahami perasaan peribadi mereka sendiri dengan mengenali diri mereka sendiri

17

5.0

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM INTERVENSI Kemahiran-kemahiran asas kaunseling diperlukan oleh kaunselor dalam memberikan kaunseling kepada klien. Antara kemahiran yang diaplikasikan dalam program intervensi ialah tingkah laku memberi perhatian. Kemahiran ini digunakan hampir keseluruhan sesi dalam intervensi. Kemahiran ini penting bagi menunjukkan bahawa guru kaunseling memberi perhatian dan berminat dengan apa yang disampaikan oleh klien. Kedudukan tubuh badan guru kaunseling condong ke hadapan menghadap ke arah klien terutamanya sewaktu sesi bercerita. Malah, berlaku kontak mata antara guru kaunsseling dengan klien. Di samping itu, ekspresi muka hendaklah berseri dan mesra. Ini menunjukkan bahawa guru kaunseling bersedia menerima klien tanpa ada tanggapan buruk atau negatif.

Seterusnya ialah kemahiran mendengar. Bagi murid yang bermasalah ini, mereka memerlukan seorang yang boleh mendengar masalah dan mereka akan lega jika masalah itu dapat diluahkan. Hal ini berikutan, pada setiap sesi, klien perlu menyatakan perasaannya secara verbal walaupun sedikit. Kemahiran ini penting bagi mendapatkan maklumat untuk perbincangan di samping membuat tindakan selanjutnya. Setiap kaunselor perlu mahir dalam kemahiran menyoal. Kemahiran ini digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada klien. Kemahiran ini bagaimanapun digunakan secara minima. Soalan yang dikemukakan boleh berbentuk soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup memerlukan jawapan ya dan tidak s ahaja. Soalan terbuka memerlukan huraian dan penjelasan yang lebih terperinci daripada klien. Namun, kaunselor boleh cuba bertanyakan soalan berbentuk terbuka bagi mendapat maklumat lanjut. Akhir sekali, kemahiran asas yang digunakan dalam intervensi ialah kemahiran memahami. Seorang kaunselor hendakla sering berusaha memahami masalah murid sebelum cuba menyelesaikan masalah murid. Dalam memahami masaah murid, sifat kesabaran amat diperlukan kerana sebaik mendengar sesuatu masalah, kaunselor tidak boleh terdorong secara terburu-buru menyelesaikan masalah dengan segera. Mula-mula dapatkan gambaran secara terperinci terlebih dahulu tentang masalah murid, kaitkan dengan latar belakang dan maklumat-maklumat lain berkaitan dengan murid.

18

6.0

KESIMPULAN Intervensi merupakan suatu teknik kaunseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Hal ini kerana kanak-kanak kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak. Bimbingan dan kaunseling penting dalam membantu murid yang mempunyai masalah untuk datang meluahkan apa yang mengganggu fikiran dan mungkin apa yang tidak dapat diluahkan lepada orang lain melainkan kepada individu yang boleh dipercayai. Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya

menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanakkanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Masalah ponteng yang telah dikupas memerlukan penyelesaian oleh semua pihak untuk memainkan peranan terutama ibu bapa, pihak sekolah, guru-guru dan tidak terkecuali masyarakat sekeliling dalam membanteras masalah ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus murid ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

19

7.0

REFLEKSI Assalamualaikum W.B.T.. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana izin dan inayah-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek bagi Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3107) ini dengan jayanya Tugasan ini merupakan tugasan secara individu. Pelaksanaan tugasan adalah selama tiga minggu. Sebelum memulakan pelaksanaan, pensyarah telah menerangkan apa yang perlu dilakukan dalam KKP kali ini. Dari penerangan yang disampaikan oleh pensyarah, tugasan ini memerlukan guru pelatih mengenal pasti masalah disiplin yang biasa berlaku dalam kalangan murid di sekolah berdasarksn pengalaman semasa menjalani praktikum sebelum ini. Setelah mengetahui masalah yang ingin dikaji, saya perlu merancang satu program intervensi bimbingan kelompok melibatkan beberapa orang murid yang mempunyai masalah yang sama bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid. Masalah disiplin yang cuba saya ketengahkan ialah masalah ponteng. Sememangnya maslaah ini biasa berlaku dan bukan sesuatu yang mengejutkan namun jika dilihat kini masalah ponteng sama ada ponteng sekolah atau ponteng kelas banyak timbul dan menjadi satu kebiasaan di sekolah. Jika di sekolah lama saya dulu, purata kedatangan murid ke sekolah pada setiap minggu amatlah menyedihkan. Boleh dikatakan setiap murid memepunyai rekod tidak hadir ke sekolah pada setiap bulan. Itu belum dikira lagi yang ponteng kelas. Hal ini sememangnya amat membimbangkan kepada pihak sekolah. Apatah lagi, murid akan banyak ketinggalan dalam pelajaran jika tidak ke sekolah. Kempen Sayangi Sekolah dan Operasi Sifar Tidak Hadir Sekolah turut diadakan bagi menarik murid supaya minat ke sekolah. Guru-guru berpakat mengumpul sumbangan untuk membeli hadiah dan diberikan hadiah untuk murid yang selalu hadir ke sekolah. Ini merupakan slaah satu usaha murni para guru unuk memastikan murid minat datang ke sekolah dan juga datang untuk belajar. Sepanjang menghasilkan tugasan ini terdapat beberapa perkara yang boleh diambil sebagai kekuatan dan kelemahan untuk saya Pada saya, kekuatan saya ialah kerjasama antara rakan lain yang turut sama bersusah payah berjaga malam dan

20

bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini walaupun berdepan dengan kesuntukan masa kerana berlaku pertindihan dan pertembungan dengan tugasan lain juga. Tetapi akhirnya tugasan ini dapat disiapkan juga. Segala yang berlaku ini dapat saya jadikan panduan dan pengajaran agar tidak berulang lagi pada masa akan datang dan saya belajar daripada apa yang berlaku. Saya amat berpuas hati dengan tugasan yang dibuat. Segala maklumat yang diperlukan juga telah diperoleh. Selain menyiapkan tugasan, terdapat beberapa perkara juga telah saya pelajari sepanjang perjalanan menyelesaikan tugasan. Perancangan intervensi yang dirancang berharap dapat diaplikasikan untuk membantu mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid terutama murid sekolah rendah. Elakkan jika hal ini dapat diatasi semasa di peringkat rendah lagi sebelum ianya merebak di tahap lebih serius bak kata pepatah mencegah sebelum merawat. Bimbingan dan kaunseling untuk murid sebenarnya bagus kerana dapat mengenal pasti masalah murid dengan cara yang berbeza tanpa menyakitkan hati mereka. Penggunaan terapi dalam interversi memudahkan guru untuk mengenal masalah yang dihadapi oleh murid. Diharapkan tugasa yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak yang diperlukan. Harapan saya agar apa sahaja pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang menghasilkan tugasan dapat menjadikan saya seorang bakal guru yang berjaya kelak. Sekian, terima kasih. _____________ (NUR AQMAH BT AB GHANI)

21

BIBLIOGRAFI Choong Lean Keow, PhD (2010). Siri Pendidikan Perguruan, Bimbingan dan Kaunseling Kanakkanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn Bhd. Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti (2012). Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Kemahiran Asas Kaunseling (t.t & t.p), diakses pada 10 Februari 2013. http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06

Kaunseling Kelompok (t.t & t.p, diakses http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06

pada

10

Januari

2013

Masalah Ponteng dalam Kalangan Pelajar, diakses pada 14 Januari 2013. http://retibahasa.blogspot.com/2012/06/masalah-ponteng-dalam-kalangan-pelajar.html

Punca-punca Berlakunya Ponteng, diakses pada 12 Januari 2013. http://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/punca-punca-berlakunya-ponteng-sekolah/

Intervensi Terapi Seni, diakses pada 9 Januari 2013. http://www.scribd.com/doc/80035406/Art-Terapi-Dalam-Proses-

Statistik Salah Laku Masalah Disiplin Terkawal, Harian Metro, 28 Disember 2010.

22

LAMPIRAN

23

24

You might also like