You are on page 1of 20

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU FRASA DALAM BINAAN AYAT : ASPEK FRASA ADJEKTIF

NAMA LASMI BINTI LUKITO

NO.MATRIK D20091035527

DR. HJ. ZULKEFLEE BIN HJ.YAACOB FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2/2012 SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pengenalan Batasan Objektif Tugasan Kepentingan Tugasan Tatacara Tugasan

BAB 2

HURAIAN DAN PERBINCANGAN 2.1 Definisi Konsep

BAB 3

RUMUSAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Dedikasi Iltizam dan kemuliaan buat: Ibu bapa kami Teristimewa untuk: Sahabat-sahabat kami dan rakan seperjuangan Yang menjadi pendokong dan sentiasa memberikan semangat Semoga doa dan pengorbanan kalian membuahkan kejayaan bersama.

Penghargaan Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya dengan izin Allah SWT dapatlah kami menyiapkan tugasan kumpulan dan menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan. Tugasan yang perlu kami laksanakan iaitu Frasa dalam Binaan Ayat : Frasa Adjektif akhirnya mampu disiapkan dengan baik. Terlebih dahulu setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pensyarah kursus Sintaksis Bahasa Melayu iaitu Dr. Hj. Zulkeflee Bin Hj. Yaacob kerana memberi kesempatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga di atas tunjuk ajar dan nasihat beliau yang diberikan kepada kami.

Ucapan ribuan terima kasih juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memberi sumbangan dan saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga kejayaan yang diimpikan dapat kita realisasikan bersama. Hayatilah bersama; Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagian.

Sekian, terima kasih.

SENARAI JADUAL Senarai Jadual Halaman

SENARAI RAJAH

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Tugasan ini merupakan tugasan untuk kursus BML3063 Sintaksis Bahasa Melayu. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan yang memerlukan pelajar untuk menghasilkan sebuah kajian berkaitan Frasa dalam Binaan Ayat : Aspek Frasa Adjektif. Perbincangan berkaitan dengan frasa dalam binaan ayat melalui frasa adjektif, merupakan perbincangan yang mengkhususkan kepada pembinaan frasa adjektif, merangkumi pembinaan dalam ayat frasa adjektif satu perkataan dan pembinaan dalam ayat adjektif dua perkataan. Di samping, meneliti serta menganalisis kandungan teks yang mengandung pembinaan ayat frasa adjektif.

1.2

Batasan Kajian

Menganalisis frasa dalam binaan ayat; aspek frasa adjektif.

1.2

Objektif Kajian

Objektif kajian atau tugasan ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti binaan frasa adjektif : satu perkataan 2. Mengenal pasti binaan frasa adjektif : dua perkataan 3. Membincangkan binaan frasa adjektif : melalui analisis kandungan teks.

1.4

Kepentingan Kajian

1.5

Tatacara Kajian 1. Membaca kandungan teks yang disediakan. 2. Mengesan binaan frasa adjektif yang terdapat dalam kadungan teks. 3. Mengasingkan maklumat yang diperolehi. 4. Membuat analisis maklumat yang diperolehi melalui skala.

BAB 2 HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.1

Definisi dan Konsep

2.2

Binaan Frasa Adjektif 2.2.1 Binaan Satu Perkataan

Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah : 1. Pelayan kedai Pak Ali rajin 2. Kawan-kawan Ahmad cerdik 3. Adiknya sangat cergas 4. Warna kulit buku saya merah. Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. Kata adjektif boleh juga daripada perkataan berimbuhan,

misalnya : sepandai, kemerah-merahan, terbaik, keinggeris-inggerisan, setinggi seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut : 1. Aminah tidak sepandai adiknya. 2. Dalam darjah ini markah Husnilah yang terbaik. 3. Langit kemerah-merahan pada waktu senja. 4. Gaya pertuturannya agak keinggeris-inggerisan. 5. Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu.

2.2.2

Binaan Dua Perkataan

Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu : (i) (ii) Kata Adjektif + Kata Adjektif Kata Adjektif + Kata Nama

Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan. (i) Binaan kata adjektif + kata adjektif

Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada : (a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya :

Riang gembira Letih lesu Cantik molek Lemak manis Gagah berani (b) Dua kata adjektif yang berlawanan makna. Contohnya : Tinggi rendah Pahit manis Baik buruk Tua muda Kecil besar Miskin kaya

(c) Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya : Tinggi lampai Gemuk gedempol Kaya raya

Lemah gemalai Kering kontang

(iii)

Binaan kata adjektif + kata nama

Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada : (a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan : Merah jambu Hijau daun Biru laut Kuning langsat Manis buah Muda remaja (b) frasa adjektif yang membawa maksud kiasan : Panjang tangan Besar kepala Ringan tulang

Terang hati

2.3

Analisis Kandungan Teks : Menggunakan skala; 5 2.3.1 Binaan satu perkataan

Analisis : Contoh : 1. Bahasa tua dan indah dari Malaya yakni Melayu yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ingin dipulangkan ke tanah tinggi atau bukit sinonim dengan namanya. (Halaman :1) 2. Mereka mendapati kesan buruk terhadap tamadun ilmu dan pembinaan Negara berdasarkan susur galur sejarah negara ini. (Halaman : 10) 3. Inilah doktrin beliau tentang pejuang bahasa dan agama hanya mengutamakan bahasa berbanding penguasaan ilmu merupakan pemikiran propagandistik dan sangat simplistic kerana tahap kebijaksanaan orang lian lebih maju ke depan dalam soal ilmu dan bahasa serta falsafah Sains dan Matematik. (Halaman : 20) 4. Malahan ilmuwan mengiktiraf kepelbagaian bidang ilmu, teori, pemikiran dan falsafah dalam pelbagai bahasa. Bagaimanapun merekayasa kekuatan bahasa Melayu tanpa menafikan bahasa antarabangsa termasuk bahasa Inggeris adalah kewajipan pemerintah dan kuasawan. (Halaman : 20)

5. Oleh itu, bagi menangani isu itu perancangan menyeluruh dan keputusan bijaksana tanpa menafikan cadangan semua pihak termasuk pelbagai NGO yang tidak mendesak dan mempengaruhi keputusan kerajaan kelak. (Halaman : 35-36) 6. Kaum bumiputera khususnya masyarakat Melayu di pedalaman Sabah dan Sarawak serta sebahagian di Semenanjung termasuk kaum asli, suku kaum melata dan orang miskin yang menjadi warga bumi tercinta ini. (Halaman 40) 7. Ini kerana, kurang mahir berbahasa Inggeris adalah antara punca pelajar kita sukar mendapatkan pekerjaan.(Halaman : 45)

2.3.2 Analisis :

Binaan dua perkataan

Contoh : 1. Sekaligus bangsa mulia ini diseret dalam lembah globalisasi yang mendominasi nilai-nilai moral, kebebasan dan materialistik semata-mata. (Halaman : 15) 2. Dr. Hassan berkata, semua pengarang Melayu itu, jauh lebih hebat kerana tidak melakukan kesilapan sebagaimana Descartes yang ditolak ahli falsafah kontemporari

Barat, iaitu memisahkan minda daripada roh, selain karyanya seolah-olah meniru karya Imam al-Ghazali yang ditulis 600 tahun lebih awal. (Halaman : 15) 3. Persoalan kualiti guru yang tidak mahir bahasa Inggeris tetapi mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menyebabkan kualiti bahasa itu menjadi rendah. (Halaman : 20) 4. Oleh itu, keputusan dasar kelak berdasarkan neraca pelbagai sumber, kemudahan yang cukup, dan ibu bapa berpuas hati kerana anak (Halaman :35) 5. Isu berbangkit hangat semula menyebabkan kerajaan memperhalusi kajian, cadangan, pandangan dan kesan kepada pelajar dan negara. (Halaman : 35) 6. Lagipun ini cerita masyarakat bumi yang kudrat dan akal budi untuk kehidupan sebagai Bahasa Sendi Tamadun Bangsa yang telah hilang gemilang.(Halaman : 40) 7. Kaum yang lemah bahasa Inggeris mustahil dapat menguasai ilmu apa lagi teknologi. Kaum bumiputera khususnya masyarakat Melayu di pedalaman Sabah dan Sarawak serta sebahagian di Semenanjung termasuk kaum asli, suku kaum melata dan orang miskin yang menjadi warga bumi tercinta ini. (Halaman 40) 8. mereka bukan mangsa.

BAB 3 RUMUSAN

BIBLIOGRAFI Ahmad Khair Mohd Nor. (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar.(2009). Nahu Melayu Mutakhir : Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dna Pustaka. Nik Safiah Karim (et.al).(2011). Tatabahasa Dewan : Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkeflee Yaacob. (2011). Sosiolinguistik Wacana PPSMI dan Yang Indah Bahasa. Kota Bharu : Bunga Melayu Solution.

LAMPIRAN

You might also like