You are on page 1of 2

Program Bersama Pemimpin

Pada malam 20 April 2013 iaitu acara Makan Malam Bersama Pemimpin Setempat. Kami telah pun menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin setempat iaitu bekas Menteri Besar Selangor merangkap ADUN Kawasan Sg. Panjang, Selangor. Program ini diadakan, bertempat di Dewan Terbuka Dorani Bayu Resort, Sg. Hj. Dorani, pada jam 8.00 malam. Tepat jam 8.45 malam barulah tetamu yang dinanti tiba. Program bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara kami dengan, pensyarah, Ketua Kampung Nelayan, Sg Haji Dorani, penduduk kampung yang terlibat seterusnya mengenali dengan lebih rapat pemimpin setempat Dr. Mohammad Khir bin Toyo. Majis pada malam itu dimulakan dengan ucapan Pengarah IPG Bahasa Antarabangsa, Yang Mulia Raja Azizah Hanim bt. Raja Abdul Aziz. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana kehadiran Dr. Mohammad Khir bin Toyo pada majlis pada malam itu. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa PGSR Bahasa Melayu Sesi 2009/2013 yang dapat melaksanakan Program Pembelajaran Berkhidmat untuk memenuhi kuliah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Baru Nelayan yang sudi menerima kedatangan dan menyediakan tempat kepada mahasiswa PGSR Bahasa Melayu Sesi 2009/2013 terutama En. Saari b. Junub, Ketua Kampung yang proaktif. Pengarah IPG Bahasa Antarabangsa, Yang Mulia Raja Azizah Hanim bt. Raja Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohammad Khir bin Toyo yang telah menaja jamuan makan malam tersebut. Beliau sangat teruja kerana dapat bersama masyarakat Kampung Baru Nelayan dalam suasana kemesraan disamping dapat mengenali antara satu sama lain seolaholah perkenalan yang sudah lama terjalin.

Makan malam tersebut telah ditaja khas oleh Dr. Mohammad Khir bin Toyo sebagai usaha untuk merapatkan jurang antara pemimpin dengan masyarakat. Usaha murni beliau tersebut amat dialu-alukan dan semua pihak amat berterima kasih kepada beliau. Hidangan atau juadah yang dihidangkan amat menyelerakan khasnya juadah masakan istimewa mentarang.. Sebelum makan, kami mendengar ucapan beliau yang penuh dengan kata-kata semangat bersama harapan tulus beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat. Menurut beliau tanggungjawab guru adalah besar kerana gurulah yang dapat mendidik murid-murid menjadi manusia yang dapat berfikir perkara yang baik dan mengetahuai perkara-perkara yang buruk. Disamping itu beliau menggalakkan tabiat membaca sehingga ia menjadi keperluan hidup seharian bagi seorang guru. Beliau juga mendoakan agar guru-guru berjaya menamatkan pengajian sehingga menerima ijazah. Justeru itu guru-guru akan menjadi pendidik yang lebih baik disamping tanggungjawab sebagai bapa, ibu, suami dan isteri.

You might also like