You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Kelas Masa Isi Pembelajaran Catatan / Impak

Pendidikan Seni Visual Tahun 6Amal 1 Ogos 2012 8 9 pagi 27 Orang

BIDANG :Menggambar TAJUK : Menggambar Corak SUB TAJUK :Menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih OBJEKTIF : i. Menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih. ii. Mewarna garisan dengan kaedah catan. HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran, murid dapat : i. Melatih diri untuk bekerja dengan lebih tekun, teratur dan cermat. ii. Menghasilkan corak daripada garisan yang dihasilkan. iii. Berbangga dengan hasil kerja sendiri dan rakan. Pengetahuan sedia ada murid : i. Murid mahir mewarna menggunakan warna air. ii. Murid telah sedia maklum tentang kegunaan setiap alatan yang dibawa. iii. Murid sedia maklum untuk menggunakan pensil bagi melakar garisan.

Nilai murni : Kreatif, keseronokan danketekunan. Kemahiran berfikir : Membuat turutan, menyusun dan menjana idea. Alat dan bahan : kertas lukisan, pensel dan warna air. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : i. Persembahan multimedia definisi menggambar, contoh corak daripada garisan, bahan dan alatan serta cara membuat. ii. Klip video langkah-langkah membuat gambar daripada garisan gelap putih. iii. Beberapa contoh corak yang dihasilkan daripada garisan. iv. Hasil karya murid.

Langkah Pengajaran / Masa Set Induksi (5minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Pameran beberapa contoh gambar yang dihasilkan daripada garisan.

Guru mempamerkan beberapa Nilai : Keseronokan contoh gambar yang dihasilkan daripada garisan BBM :Beberapa contoh gelap putih. gambar dihasilkan daripada garisan gelap Murid dapat melihat gambar putih. tersebut.

Contoh soalan: 1. Apakah yang anda nampak daripada lukisan ini? 2. Apakah corak yang terdapat di sebalik garisan-garisan tersebut?

Bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipamerkan murid memberikan respon.

Contoh jawapan: 1. Garisan menegak yang banyak. 2. Corak awan, matahari dan kipas.

Langkah 1 (5 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu menggambar corak/ menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih. Menunjukkan beberapa contoh gambar yang terhasil daripada garisan gelap putih.

Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu melukis garisan dan menghasilkan gambar/ corak daripada garisan tersebut. Seterusnya mereka perlu mewarna dengan kaedah catan.

BBM : Persembahan multimediatentang definisi menggambar, contoh gambar yang dibentuk daripada garisan serta alatan yang diperlukan.

Guru menerangkan definisi menggambar, menunjukkan gambar yang terhasil daripada garisan serta bahan dan alatan yang diperlukan menerusi persembahan multimedia. Murid mendengar penerangan dan melihat persembahan multimedia dengan penuh minat.

Contoh gambar daripada garisan gelap putih

Penerangan tentang alatan yang diperlukan mengikut kegunaannya untuk menjalankan aktiviti. 1. Kertas lukisan 2. Warna air 3. Pensel

Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti ini.

Langkah 2 (15 minit)

Penerangan tentanglangkah-langkah untuk menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.

Guru menunjukkan langkahlangkah untuk menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih dengan menggunakan persembahan multimedia dan klip video.

Nilai : Kreatif, keseronokan. BBM : Persembahan multimedia dan klip video tentang cara-cara menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih. KBKK: Menyusun, Membuat turutan.

Langkah-langkah penghasilan gambar daripada garisan gelap putih: 1. Buat lakaran pelbagai bentuk garisan.

Guru tunjuk cara bagi menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.

Murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru membuat tunjuk cara.

Murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan gambar

2. Pilih bentuk lakaran yang anda sukai.

daripada garisan gelap putih.

3. Lakukan aktiviti mewarna secara berselang seli (petak dam). Anda hendaklah mewarna dengan kaedah catan kering atas kering.

Langkah 3 (25 minit)

Murid menjalankan aktiviti menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih.

Guru mengarahkan murid menjalankan aktiviti yang telah ditunjukkan. Guru membimbing murid dalam menyiapkan aktiviti dan menambahbaikkan hasil kerja secara kreatif. Murid diberikan kebebasan untuk memilih lakaran garisan dan corak yang diinginkan. Murid dapat menghasilkan gambar daripada garisan mengikut kreativiti masingmasing.

Nilai : Kreatif, ketekunan dan keseronokan KBKK: Membuat turutan, menyusun dan menjana idea.

Sesi Apresiasi Dan Refleksi (5 minit)

Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya yang dihasilkan oleh murid: Baik Sederhana Kurang memuaskan

Murid berasa gembira dengan hasil karya masing-masing. Murid dapat menilai tahap keupayaan masing-masing.

Nilai : Kreatif

Guru mempamerkan hasil kerja murid sambil membuat ulasan.

Murid dapat berinteraksi dan menyatakan pendapat tentang karya rakan lain.

Penutup (5 minit)

Merumus hasil kerja murid.

Guru merumus hasil kerja murid. Murid dapat menjawab soalansoalan yang dikemukan oleh guru.

BBM : Hasil karya murid.

Dua soalan menguji minda: 1. Apakah langkah-langkah menghasilkan gambar daripada garisan gelap putih? 2. Apakah gambar yang anda boleh hasilkan daripada garisan yang dibuat?

You might also like