You are on page 1of 4

Mula Cepat Dropbox

Apakah itu Dropbox?


Dropbox ialah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda membawa semua foto, dokumen dan video anda ke mana sahaja. Sebarang fail yang anda simpan ke Dropbox anda akan disimpan secara automatik ke semua komputer anda, telefon malah laman web Dropbox. Ini bermakna anda boleh memulakan kerja pada komputer anda di sekolah atau pejabat, dan menyiapkannya pada komputer anda di rumah. Tidak perlu menghantar fail melalui e-mel kepada diri anda sendiri lagi!

Folder Dropbox
Selepas anda memasang Dropbox pada komputer anda, satu folder Dropbox akan dicipta. Jika anda membaca panduan ini, maka itu bermakna anda tidak ada masalah mencari folder Dropbox anda :). Folder ini sama sahaja seperti mana-mana folder lain pada komputer anda, tetapi dengan sedikit perbezaan. Mana-mana fail yang anda simpan ke folder Dropbox anda juga disimpan ke semua komputer lain anda, telefon dan laman web Dropbox. Di bahagian atas Dropbox anda ialah ikon berwarna hijau yang memberitahu anda keadaan Dropboxanda: Bulatan hijau dan tanda semak: Semua fail di dalam Dropbox adalah terkini. B  ulatan biru dan anak panah: Fail di dalam Dropbox anda sedang dikemas kini pada masa ini.

Menambah fail ke Dropbox anda

Langkah 1 Seret dan lepas fail ke dalam folder Dropbox anda.


Saya .txt

Saya .txt

Langkah 2 Ikon biru bermakna fail anda sedang disegerakkan dengan Dropbox.

Saya .txt

Itu sahaja! Ikon hijau bermakna bahawa fail anda telah selesai disimpan ke komputer anda yang lain dan laman web Dropbox. Sekarang setelah fail anda di dalam Dropbox, sebarang perubahan yang dilakukan padanya akan secara automatik dikesan dan dikemas kini ke komputer anda yang lain.
Saya .txt

Klik kanan/Menu Konteks Dropbox


Apabila anda Klik Kanan (Windows/Linux) atau Control-Klik (Mac) satu fail atau folder di dalam Dropbox anda, anda akan melihat satu menu yang membenarkan anda melakukan beberapa perkara menarik dengan Dropbox: Kongsi Folder Jemput rakan, keluarga dan rakan sepasukan anda ke folder di dalam Dropbox anda. Iaseolah-olah anda menyimpan folder berkenaan ke komputer mereka. Lihat Versi Terdahulu Lihat rekod perubahan yang dibuat kepada fail. Anda boleh memilih untuk pergi semula ke versi lebih awal sesuatu fail jika anda inginkan. Semak lalu di Laman Web Dropbox Lihat fail di laman web Dropbox. Dapatkan Pautan Buat pautan ke mana-mana fail atau folder di dalam Dropbox anda. Anda kemudiannya boleh menghantar pautan ini kepada sesiapa yang anda ingin melihat fail berkenaan walaupun jika mereka tidak mempunyai Dropbox!

Ikon Dulang/Bar Menu Dropbox


Ikon dulang atau bar menu Dulang terletak di bawah (Windows) atau di atas (Mac/Linux) skrin anda, dan membenarkan anda menyemak status dan seting Dropbox anda. Ikon hijau, biru dan merah sama yang muncul pada fail dan folder di dalam Dropbox anda turut muncul di atas ikon ini untuk memberitahu anda mengenai status Dropbox anda. Mengklik kanan ikon ini memberikan anda beberapa opsyen: Buka folder Dropbox anda, laman web Dropbox atau pusat bantuan Dropbox. Lihat fail mana diubah baru-baru ini. Lihat anggaran berapa lama akan diambil oleh Dropbox untuk selesai mengemas kini fail. Ubah keutamaan bagi sambungan anda, lokasi folder Dropbox dan banyak lagi.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?


Cuba seret beberapa foto atau dokumen ke dalam Dropbox anda. Kemudian lawati laman web Dropbox di https://www.dropbox.com. Apabila anda log masuk, fail anda akan menunggu anda! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dropbox, ikuti lawatan berpandu kami di http://www.dropbox.com/tour atau lawati pusat bantuan di http://www.dropbox.com/help.

Soalan Kerap Ditanya


Berapakah kos Dropbox? Dropbox adalah percuma! Jika anda kehabisan ruang, lawati https://www.dropbox.com/plans untuk melihat langganan kami yang tersedia. Berapa banyak ruang yang Dropbox saya ada? Akaun percuma datang bersama ruang 2GB (fail yang dipadam dan semakan tidak dikira terhadap had anda). Anda sentiasa boleh menyemak penggunaan anda dengan melawati halaman seting akaun anda di https://www.dropbox.com/account. Berapa lama fail saya disegerakkan sepenuhnya? Dropbox akan memuat turun seberapa pantas atau seberapa perlahan yang dibenarkan oleh rangkaian anda, dan akan cuba seberapa baik untuk tidak melambatkan sambungan anda. Jika anda ingin membataskan kadar muat naik atau muat turun anda, anda boleh mengubahnya di dalam keutamaan Dropbox anda. Bagi mendapatkan arahan langkah demi langkah, lihat artikel bantuan di https://www.dropbox.com/help/26. Dropbox begitu pantas! Bagaimana ia mampu menyegerakkan semua fail saya dalam masa berkenaan? Dropbox akan melihat sama ada ia telah mempunyai fail yang anda cuba muat naik. Jika ia merasakan ia telah mempunyai fail berkenaan, ia tidak akan memuat naiknya sekali lagi. Jika fail berkenaan telah diubah baru-baru ini, ia akan hanya memuat naik/memuat turun perubahan yang dibuat, bukan kesemuanya. Berapa selamatkah Dropbox? Dropbox amat mengambil berat tentang keselamatan fail anda dan perisian kami. Dropbox menggunakan Lapisan Soket Selamat (SSL) dan penyulitan AES-256. AES-256 ialah standard penyulitan yang serupa yang digunakan oleh bank untuk menjamin keselamatan data pelanggan. Bolehkah saya mengakses Dropbox pada peranti mudah alih saya? Apl Dropbox tersedia untuk iPhone, iPad, Android dan Blackberry. Bagi memasang Dropbox pada peranti mudah alih anda, lawati http://www.dropbox.com/mobile. Anda juga boleh pergi ke Dropbox anda pada bila-bila masa dengan melawati http://www.dropbox.com dari telefon anda.

You might also like