You are on page 1of 3

Tugasan Amali Pentadbiran Agensi-Agensi Sukan Kebangsaan Arahan : Anda dikehendaki menyediakan satu laporan berkaitan pengurusan dan

pentadbiran kelab sukan yang ada di IPG Kampus Sarawak. Sebagai permulaan dengan menggunakan mana-mana laman web persatuan sukan kebangsaan anda dikehendaki mengkaji secara mendalam dari tiga (3) aspek utama iaitu, penubuhan, perlembagaan, pengendalian mesyuarat dan pengurusan kewangan persatuan tersebut. Kajian anda boleh bersemuka secara lansung atau mendapatkan maklumat dari laman web. Bagi mendapatkan maklumat anda harus mengadakan temu bual dengan individu-individu tertentu. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan tidak melebihi 3 orang.

Laporan 1. Lukiskan Carta Organisasi Persatuan Sukan yang telah anda kaji.

2.

Tunjukkan secara gambar foto atau Salinan Perlembagaan Kelab Berkenaan

3.

Nyatakan pendapat anda terhadap keperluan menyediakan Perlembagaan Persatuan yang anda kaji.

Anda dikehendaki untuk mendapatkan taklimat dari pegawai kewangan persatuan yang anda kaji. Dapatkan maklumat bagaimana urusan perbelanjaan persatuan berkenaan. 4. Adakah Perancangan Belanjawan diuruskan dengan teliti.

5.

Adakah anda menemui sebarang bukti menunjukan setiap pembelian dimulai dengan sebut harga dan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa.

6.

Bagaimana pegawai-pegawai organisasi dilantik. Apakah prosedur pemilihan jawatankuasa yang digunakan.

Dalam amali ini juga anda dikehendaki melihat dan mengkaji aspek pengendalian mesyuarat persatuan atau kelab sukan berkenaan. 7. Nyatakan bagaimana persatuan ini menjalankan mesyuaratnya.

8.

Apakah jenis-jenis mesyuarat yang dilaksanakan.

9.

Siapakah yang bertanggungjawab semasa menjalankan mesyuarat.

10.

Berapa kerap persatuan ini menjalankan mesyuarat. Beri huraian espek pengurusan sebelum semasa dan selepas mesyuarat.

11.

Sertakan Gambar Individu yang di temubual

12.

Rakaman perbualan perlu dihantar melalui email tidal lebih 3 minit

Berdasarkan dapatan anda berikan kesimpulan dalam kajian anda dan bentangkan dalam kelas.

You might also like