You are on page 1of 29

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO. MATRIK NO. I/C NO. TELEFON ALAMAT EMEL NAMA TUTOR

: : : : : :

PUSAT PENGAJIAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA LEARNING CENTRE IN PAHANG ( PUSAT PENGAJIAN KUANTAN ) JANUARI 2013 SEMESTER 2

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

PENGHARGAAN Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia . Bersyukur kepada Allah kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapka.Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang memberikan sumbangan, ilham dan idea serta buah fikiran untuk menyiapkan tugasan HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL.Ribuan terima kasih diucapka kepada tutor bersemuka iaitu Puan Mazlina Bt Musa dan tutor online iaitu Pn Rashimah Bt Nordin. Kepada rakan-rakan sekelas bagi subjek HBAE1103 SMP SEPT 2012 yang turut

memberi kerjasama dan bantuan idea yang amat berharga. Terutama sekali buat Pn Rohana Bt Kassim dan Pn Sabariah Maizatul Aida yang selalu berhubung secara atas talian membincangkan maklumat-maklumat yang boleh dikongsi sebagai bahan tugasan. Buat suami dan anak-anak yang sentiasa berkorban memberikan sokongan dan dokongan untuk mencari ilmu dan sedia memahami beban tugasan sebagai seorang pelajar. Cuti yang sepatutnya diperuntukkan untuk kelaurga terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan tugasan. Buat rakan-rakan seperjuangan di SK CHINI 1 & 4, terima kasih juga diucapkan kerana sudi membantu memberi cadangan dan juga meluangkan masa membantu melengkapkan kekurangan pada tugasan. Sokongan anda di sebalik tabir amatlah dihargai.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

***************************************************************************** * 1.0 2.0 PENGENALAN IKLIM BILIK SENI YANG KONDUSIF 2.1 2.2 2.3 3.0 Aspek Fizikal Aspek Emosi Aspek Sosial 1 3 4 6 7 9 9 10 11 11 12 12 14 15 16 17 17

PELAN BILIK SENI VISUAL 3.1 3.2 Pelan Lantai Bilik Seni Visual Petunjuk

4.0

HURAIAN PELAN LANTAI 4.1 4.2 Ruang Utama P&P Ruang Kerja Seni 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.3 4.4 4.5 Ruang Kraf Tradisional Ruang Membentuk Dan Membuat Binaan Ruang Corak dan Rekaan

Ruang Akses ICT Pejabat Seni Stor

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.6 4.7 5.0 6.0

Sudut Pameran Laman Seni

19 20 21 22

KESIMPULAN RUJUKAN

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

1.0

PENGENALAN Kementerian pelajaran telah mengubah sistem pendidikan daripada sistem KBSR kepada sistem KSSR. Dalam KSSR, pendidikan seni dikenali dengan Dunia Seni Visual. Mata pelajaran Dunia Seni Visual dijadikan salah satu subjek yang mesti dipelajari oleh semua murid sekolah rendah bertujuan bagi melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Di samping itu, diharapkan melalui subjek ini dapat melahirkan murid yang berupaya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni, dan warisan bangsa. Matlamat subjek ini juga adalah untuk melahirkan murid yang mampu memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyrakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi mencapai matlamat Dunia Seni Visual dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, guru memainkan peranan yang amat penting terutama dalam pengurusan pembelajaran dan juga penghasilan bilik seni yang mampu memberi impak yang maksimum kepada murid. Keberjayaan mata pelajaran Dunia Seni Visual ini terletak pada guru itu sendiri dan tempat beroperasinya iaitu bilik seni. Menurut Daoed Yoesoef (1980), seseorang guru itu mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan. Umumnya, tugas profesional guru berkaitan dengan logika dan estetika iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang sewajaranya kepada murid. Tugas mendidik murid menjadi menjadi manusia yang berguna termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti merupakan tugasan manusiawi. Tugasan kemasyarakatn pula berhubung kait dengan tanggungjawab guru sebagai warganegara yang baik dan melaksanakan tugasan profesion seperti yang telah digariskan. Pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual melibatkan dua proses utama iaitu pembelajaran teori dan praktikal. Setiap guru DSV yang telah menjalani latihan

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

profesional seharusnya menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan seni dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid tertarik untuk belajar dan kekal meminati mata pelajaran ini. Guru juga harus bijak mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran ini yang dianggap sebagai subjek tidak penting dan tidak perlu dipelajari.

Peranan utama guru DSV adalah sebagai pengurus. Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh guru DSV melibatkan pengurusan bilik seni, pengurusan pengajaran den pembelajaran dan pengurusan murid. Bilik seni yang kondusif wujud apabila seorang guru itu mampu menguruskan ketiga-tiga perkara tersebut dengan baik dan cekap.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

2.0

BILIK SENI YANG KONDUSIF Bilik seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah dan aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran seni visual. Dengan penyusunan suasana dan keadaan yang menarik mampu menarik minat murid untuk belajar. Iklim bilik seni visual yang kondusif merangkumi tiga aspek iaitu aspek fizikal, aspek emosi dan aspek sosial. Bilik Seni merupakan. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visualdan program yang berkaitan dengan seni. Pengurusan Bilik Seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual. Objektif Bilik Seni ialah : Dapat meningkatkan bakat, minat dan kemahiran murid dalam menghasilkan karya. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

2.1

Aspek fizikal

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.Bilik darjah yang kreatif dan kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Keadaan fizikal bilik darjah merupakan rangka dalam menentukan keadaan pembelajaran yang berlaku. Suasana fizikal juga memberi kesan kearah menggalak atau menghalang pembelajaran. Oleh sebab inilah, suasana fizikal bilik darjah harus dapat dibentuk, dikawal dan ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan beberpa perkara seperti menentukan organisasi bilik seni dan merancang pelbagai aspek yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Persekitaran bilik seni yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru perlulah bertindak dengan merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang kondusif

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

itu.Pengurusan bilik seni juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Contohnya dengan mewujudkan peraturan dan jadual tugasan supaya murid dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga aspek fizikal bilik seni. Guru seni hendaklah memastikan bilik seni dalam keadaan bersih dan kerusi mejanya teratur. Sudut-sudut pembelajaran diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. 1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. 2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Kalau boleh jangan guna kerusi plastik, yang baik guna kerusi kaku yang tidak bersandar. 3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain, 4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain 5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. 6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. 7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. 10. Papan Maklumat iaitu Notis Board dan maklumat notis semasa 11. Pejabat guru PSV untuk memudahkan segala pengurusan PSV samada dari segi Pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

2.2

Aspek emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan dalaman pelajar terhadap guru mereka. Keadaan ini menyebabkan wujudnya pelbagai tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru yang mengajar mereka. Suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu dan adil. Suasana emosi juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan guru dalam proses p&p. Guru seharusnya mengamalkan sikap bertoleransi dan tidak memilih kasih terhadap pelajarnya. Kemahiran komunikasi perlu ada pada setiap guru seni bagi mewujudkan suasana kemesraan dan empati agar dapat mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Suasana emosi bilik seni yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Ini kerana pelajar dalam keadaan stabil emosinya mampu meningkatkan keyakinan diri untuk berkarya dan dapat merangsang ke arah kreativiti.Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid supaya keperluan mental pelajar dapat dipenuhi bagi menggalakkan proses berfikir. Iklim dalam bilik seni yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik tersebut. 6

2.3

Aspek Sosial

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi yang wujud di antara murid dengan murid terutama di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

Suasana sosial dalam bilik seni penting bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana sosial di dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat bosan. Aspek emosi ini mempengaruhi ke arah pembentukan minat pelajar dan juga minat guru untuk mengajar. Dari aspek pengurusan, iklim sosial dapat diwujudkan dengan cara guru perlu merancang pergerakan dan tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar. Guru boleh mewujudkan kumpulan perbincangan yang menggalakkan hubungan sosial pelajar dengan pelajar. Aktiviti soal jawab antara guru dan pelajar membantu perkembangan sosial pelajar dengan guru. Hubungan pelajar dengan guru perlu wujud dalam keadaan 7 yang mesra tetapi masih terkawal iaitu pelajar masih tahu adab dan batasannya. Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan sosial bilik seni. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam mewujudkan suasana sosial yang baik. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru perlu bijak menanganinya supaya suasana sosial dan emosi tidak terjejas.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

3.0

PELAN LANTAI

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

PETUNJUK: RUANG PAMERAN RUANG CORAK DAN REKAAN RUANG KRAF TRADISIONAL RUANG P&P TEORI / MENGGAMBAR RUANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN BILIK GURU PENYELARAS BILIK ICT STOR BLOK PAMERAN 9

MEJA PELAJAR KABINET / ALMARI

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

10 4.0 HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI 4.1 Ruang utama pengajaran dan pembelajaran

Bilik Seni ini merupakan gabungan tiga buah bilik darjah yang telah dipecah dan diubahsuai mengikut kesesuaian p&p..Ruang utama aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara teori terletak di bilik darjah yang kedua iaitu kawasan tengah. Di ruang ini disediakan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan, tong sampah, sinki, sudut tayangan serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Susun atur meja mengambil kira purata bilangan pelajar setiap kelas dan ia boleh menempatkan lebih kurang 40 orang pelajar bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Meja diletakkan secara berkumpulan supaya menepati aspek sosial yang perlu wujud dalam bilik seni. Dinding dicat dengan warna-warna ceria seperti kuning, merah, dan oren yang mampu menarik minat murid untuk berada dalam ruang tersebut. Warna juga dapat memainkan peranan dalam pembentukan emosi murid. Sebuah kerusi dan meja diletakkan di hadapan kelas bagi memudahkan guru melakukan sebarang kerja bertulis

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

dan memantau aktiviti murid secara keseluruhan. Meja guru dihiasi dengan alas meja berserta skirting dan diletakkan juga sejambak bunga sebagai bahan hiasan. Perabot yang digunakan bersesuaian dengan P&P PSV. Ia disusun teratur di tepi dinding bagi memudahkan pergerakan murid. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.

11

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.2

Ruang Kerja Seni

Terdapat empat ruang bagi ruang kerja seni iaitu ruang menggambar ( berkongsi dengan ruang p&p secara teori), ruang membentuk dan membuat binaan, ruang corak dan rekaan serta ruang kraf tradisional. 4.2.1 Ruang Kraf Tradisional

Berdasarkan kepada bidang-bidang yang harus dipelajari murid sekolah rendah, maka satu ruang khas untuk bidang kraf tradisional diwujudkan. Ia terletak bersebelahan dengan stor dan berdepan dengan ruang corak dan rekaan. Tujuan dibuat pengasingan adalah supaya pelajar dapat mengetahui dengan mudah bidang-bidang yang terdapat dalam subjek pendidikan seni visual. Segala aktiviti seni yang berada dalam bidang ini dapat dilakukan dengan penuh sistematik dan teratur di ruangnya yang tersendiri. Segala bahan seni yang berkaitan diletakkan di ruang ini agar proses p&p berjalan lancar. Contoh-contoh hasil seni 12 diletakkan di sekeliling ruang ini supaya menjadi inspirasi kepada pelajar.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.2.2

Ruang Membentuk dan Membuat Binaan

13

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

Ruang ini terletak bersebelahan dengan ruang membuat corak dan rekaan dan berhadapan dengan stor seni. Ruang ini juga tidak jauh beza penggunaannya dengan ruang kerja seni yang lain. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di ruang ini, diharapkan pelajar dapat mengalami perkembangan persepsi terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Ruang ini juga diharapkan dapat menjadikan murid lebih memahami dengan jelas aktiviti mereka bentuk dan membina sesuatu model sesuatu menggunakan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni berdasarkan rujukan kepada objek sebenar.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

14 4.2.3 Ruang Corak dan Rekaan

Ruang ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi bidang membuat corak dan rekaan. Di ruangan ini murid mampu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian kerana pelbagai maklumat yang berkaitan telah diletakkan. Proses mengenal motif dan olahan untuk menghasilkan rekaan corak tertentu diterapkan diruangan ini. Pelbagai contoh hasil seni yang berkaitan dengan bidang ini dapat dilihat dan dijadikan panduan kepada pelajar supaya mereka berpeluang untuk mahir dalam aktiviti membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Sudut apresiasi hasil kerja diwujudkan agar pelajar dapat menilai dan menghargai hasil seni serta dapat melengkapkan satu proses pembelajaran. Antara aktiviti seni yang boleh dilakukan di ruangan ini ialah membuat corak tidak terancang seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. Manakala bagi corak terancang pula aktivitinya ialah cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis dan kolaj.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.3 Ruang

Ruang Akses ICT akses ICT diwujudkan dalam bilik seni adalah supaya memudahkan pelajar

15

mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Terdapat dalam 6 buah komputer dan bilik ini mampu memuatkan 10 hingga 12 orang pelajar pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Ruang ini disediakan dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar bagi menjamin kebersihan, kekemasan dan kebolehgunaan alatan yang terdapat didalamnya. Setiap pelajar yang masuk ke ruang ini perlu menulis nama di dalam buku log yang terdapat pada setiap komputer. Ruang ini juga dihias dan disusun atur dengan baik bagi menjamin kekemasan dan keselesaan pengguna.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.4

Pejabat Seni

16

Ruang pejabat seni merupakan temapat khas bagi guru penyelaras bilik seni menjalankan aktiviti pengkeranian seperti melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. Di sini juga terdapat rak-rak yang bersesuaian bagi meletakkan buku-buku rujukan dan juga fail-fail pengurusan serta buku stok. Sebuah computer turut disediakan bagi memudahkan urusan guru seni.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.5

Stor

Stor simpanan alatan seni visual berada bersebelahan dengan ruang membentuk dan membuat binaan . Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan dan alatan seni yang perlu digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Stor perlu ada bagi mana-mana bilik seni kerana stok alatan serta bahan-bahan keperluan seni dapat disimpan dalam kuantiti yang banyak. Di dalam stor ini telah disediakan dengan rak penyimpanan yang teratur bagi menyimpan pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Setiap rak dilabel dengan kod-kod berasaskan abjad dan nombor bagi memudahkan proses penyimpanan dan pengeluaran alatan. Alat dan bahan ini disimpan secara berasingan dalam rak tertentu dan ianya merupakan tempat simpanan yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti bukubuku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini disediakan dengan jadual tugasan agar susun atur alatan dan kekemasannya sentiasa terjaga dan terpelihara. Ini menjamin keselesaan kepada semua guru dan pelajar yang masuk ke dalam stor. Pemantauan dilakukan 3 kali seminggu oleh guru penyelaras bilik seni supaya segala stok terjamin mencukupi dan segala urusan berkaitan penggunaan alatan dan bahan seni dapat berjalan lancer. 17

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.6

Sudut Pameran

18

Sudut pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni iaitu di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah bagi memudahkan sesiapa sahaja yang

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengah-tengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu hasil seni juga dipamerkan di dinding seperti catan dan sebagainya. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

4.7

Laman Seni

19

Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni. Di taman ini juga disediakan dengan dua buah pondok iaitu pondok seni dan pondok istirehat. Di pondok seni, aktiviti p&p juga boleh dilaksanakan. Ini mampu memberi kelainan suasana bagi pelajar semasa aktiviti p&p berjalan. Di pondok istirehat, di gantungkan dengan nota-nota berkaitan ilmu seni.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

5.0

KESIMPULAN

20

Studio atau bilik seni visual amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Kekreativitian guru perlu ada dalam menghias dan menyusun atur bilik seni agar dapat member keselesaan dan juga mampu menarik minat pelajar untuk belajar di dalamnya.Satu bonus kepada guru seni sekiranya bilik seni yang ada di sekolah itu bersaiz besar dan luas serta kedudukan jaraknya jauh dari kebisingan dan gangguan dari pihak luar. Situasi ini jelas memberi ketenangan dan member inspirasi kerana jauh dari gangguan dan kebisingan. Perasaan dan suasana pembelajaran yang memberansangkan dan dapat menarik minat pelajar ke arah PSV dapat diwujudkan. Sebagai guru PSV kita harus berusaha mewujudkan suasana dan iklim bilik yang kondusif serta mempertingkatkan lagi kreativiti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan empat bidang yang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan memuat binaan dan kraf tradisional diharap murid dapat menghayati warisan seni visual serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya. Pengurusan bilik seni yang efektif penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan. Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu pelajar menguasai ilmu pendidikan visual dengan berkesan. Guru perlulah kreatif, inovatif dan kontemporari dalam mendidik pelajar selaras dengan arus kemajuan masa kini. Guru sebagai sumber aspirasi negara.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

3014 patah perkataan 21 6.0 RUJUKAN Bengkel Bilik Studio dan Galeri Seni Visual. (2011). [Online] Available : http://senivisual2.blogspot.com/2011/04/bengkel-bilik-studio-dangaleri-seni.html Bilik Pendidikan Seni Visual. (2010). [Online] Available : http://seniskjj.blogspot.com/ Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang. ( 2009 ). [ Online ] Available : http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/ciri-ciri-guru-pendidikanseni.html Pelan Bilik Seni. [ Online ] Available: http://www.scribd.com/doc/89657464/Pelan-Bilik-Seni Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual Sekolah rendah. (2012). [Online] Available:http://mariaendek.blogspot.com/2012/09/vbehaviorurldefaultvmlo.html Rousliluddin Ambia, Mohd Jameel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani.(2011). HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open Universiti Malaysia. Selangor.

791026065544 HBAE 1103 RASIDAH BINTI SUKOR 2013

22

You might also like