You are on page 1of 23

MENYELAMAT

Pengenalan
Menyelamat adalah satu tugas yang baik di sisi masyarakat dasar berperikemanusian seorang individu mahupun kumpulan, tidak kira yang beruniform ataupun awam tidak kira tempat, masa atau semasa berehat adalah wajib bagi seseorang insan membantu insan yang lain dalam apa jua bentuk kesusahan.

MENYELAMAT
Pengenalan
Penyelamat perlu kesabaran dan hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dari segi praktikal mahupun teori tanpa pengetahuan boleh membahayakan mangsa ataupun diri sendiri. Untuk menjamin perbuatan yang berkesan latihan perlu diadakan selalu.

MENYELAMAT
Matlamat
- Untuk memberi pendedahan kepada penyelamat tentang kerja-kerja menyelamat yang betul dan selamat.

- Supaya dapat menyelamat mangsa tanpa menghadapi sebarang masalah dari tempat yang merbahaya.
- Supaya dapat menenangkan keadaan mangsa.

MENYELAMAT
Matlamat
-Supaya dapat menjalankan kerja2 menyelamat dengan teratur, licin dan berkesan.

- Dapat menghindarkan bahaya yang akan diterima oleh mangsa-mangsa.


- Mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa.

MENYELAMAT
Halangan
- Keadaan tempat - Keadaan mangsa - Masa - Pemandangan yang kurang jelas - Bahang api yang panas - Perabut yang sedia ada menjadi penghalang. - Karen elektrik yang masih hidup - Gas-gas yang beracun - Kaca-kaca yang pecah - Alat bantuan menyelamat yang kurang / tidak sesuai - Dan lain-lain.

MENYELAMAT
Halangan
Sebelum melakukan kerja-kerja menyelamat, penyelamat hendaklah mengetahui istilah

DR ABC

MENYELAMAT
Halangan
D = Danger R = Response A = Airways B = Breathing
Pastikan keadaan persekitaran selamat untuk penyelamat menyelamatkan mangsa. Tindakbalas mangsa, kenal pasti kecederaan pada mangsa. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat. Dengar dengan telinga pernafasan di hidung dan mulut serta tengok dengan mata pergerakan dada. Sekiranya tiada pernafasan mangsa hendaklah diberi rawatan CPR. Ikut pusingan untuk memulihkan pernafasan mangsa.

C = Circulation

(DILAKUKAN OLEH ANGGOTA ERT/FIRST AIDER YANG KOMPETEN)

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat
a) Tanpa menggunakan peralatan b) Dengan menggunakan peralatan

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 1. One Rescuer Assist
Cara membawa mangsa mengalami kecederaan di sebelah kaki kiri atau kanan. Prinsip ini kurang baik kerana pembimbing mangsa akan menanggung keberataan mangsa semasa bergerak.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 2. Piggy Back Carry
Satu cara mendukung mangsa dan mangsa mesti sedar serta mampu untuk berdiri semasa anda hendak mengankatnya. Ia mestilah tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Mangsa adalah seperti :Budak kecil, lumpuh di bahagian kaki, cedera di bahagian kaki, buta, orang tua yang tak boleh berjalan.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 3. Darling Carry /Cradle Carry
Teknik ini digunakan dengan meluas, melainkan kepada kecemasan yang terlalu teruk. Mangsa mestilah boleh dipikul oleh Penyelamat di bahunya keseimbangan dan kerjasama memainkan peranan penting di dalam penggunaan teknik ini.
Teknik ini juga sesuai untuk mangsa yang pengsan.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 4. Firemens Carry
Menggunakan teknik untuk mangsa yang sedar ataupun pengsan. Mangsa boleh diangkat atau diampu oleh tangan anda. Ia boleh diampu di dalam keadaan baring terlentang ataupun duduk. Teknik ini tidak boleh digunakan bila mangsa berkemungkinan mengalami kecederaan belakang.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 5. Shoulder Drag
Kaedah yang paling mudah.
Kaedah ini memerlukan anda menarik mangsa dengan cara mengundur ke belakang. Adalah perlu diingatkan jika sekiranya lantai kasar kaedah ini tidak boleh digunakan.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 6. Clothe Drag
Jika mangsa tidak dapat dibawa kerana sesuatau sebab (berat dan sebagainya) alihkan dengan cara mengheret dengan memegang leher bajunya. Sekiranya mangsa memakai baju yang berbutang, buka dua butang atas/ikut kesesuaian baju yang dipakai.
Cara ini tidak sesuai sekiranya permukaan lantai kasar.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 7. Foot Drag
Tarik mangsa dari kaki dengan cara mengundur ke belakang (sesuai untuk mangsa yang kurus).
Jangan ditarik mangsa pada tempat yang kasar atau pada tempat yang boleh menambahkan kecederaan mangsa.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 8. Crawl Method / Firemans Drag
Satu teknik mengheret mangsa dari tempat yang penuh dengan asap atau tempat yang rendah atau tempat yng sempit. Cara ini tidak sesuai sekiranya lantai kasar.
Tangan mangsa mestilah diikat. Kedua belah kaki penyelamat mestilah berada di bahagian luar. Gunakan sebelah tangan untuk ampu kepala mangsa

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 9. Front Piggy-Back Carry
Mangsa diperlakukan seperti Piggy Back Carry dan mangsa mestilah sedar dan tidak mengalami kecederaan patah tulang yang teruk. Oleh kerana kaki dan tangan anda bebas dari sebarang bahan, anda boleh bergerak membawa mangsa turun dari tangga.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 10. Down Stairs Method / Inclined Drag Down
Teknik ini digunakan untuk menyelamatkan mangsa di bangunan yang tinggi ke bawah melalui tangga.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 11. Two Man Assist
Kedua-dua tangan mangsa diletakkan ke atas bahu dua orang penyelamat. Penyelamat pula akan memegang satu tangan mangsa setiap seorang. Manakala tangan penyelamat yang terdekat akan memeluk pinggang mangsa.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 12. Two Handle Seat
Dua orang penyelamat duduk di sebelah menyebelah mangsa, menghulurkan tangan masingmasing di belakang mangsa. Satu tangan diletakkan di bahagian bawah bahunya dan meretangkan tangan yang satu lagi ke bawah bahagian tengah peha mangsa. Jari-jari hendaklah dicengkamkan untuk mengelak daripada terasa sakit dan berjalan keluar.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Tanpa Menggunakan Peralatan 13. Two Extremities Carry
Cara ini diguna untuk mengalihkan mangsa melalui laluan yang sempit.

MENYELAMAT
Kaedah Menyelamat Menggunakan Peralatan Antara peralatan yang digunakan untuk membantu penyelamat ialah:i) Stretcher ii) Kerusi iii) Blanket iv) Cadar v) Bed trolley vi) Hose vii) Tali

MENYELAMAT
Semua kaedah ini memerlukan kreativiti anggota penyelamat untuk memilih kaedah yang sesuai semasa membuat kerja-kerja menyelamat. Ia juga bergantung kepada tempat kejadian, keadaan mangsa, masa dan jumlah anggota penyelamat yang ada.

You might also like