You are on page 1of 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6 10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya

Panduan Pengguna
Borang SPA8i
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Dikemaskini :
14 Januari 2013

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

KANDUNGAN
1.0 DAFTAR AKAUN BARU............................................................................................... 3 2.0 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN .................................................................................................................. 9 3.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I ............................................................................ 10 4.0 LUPA KATA LALUAN ................................................................................................ 14 5.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8I) ................................................................................................................. 19 5.1 Maklumat Pemohon .......................................................................................... 21 5.2 Maklumat Akademik .......................................................................................... 23 5.2.1 PMR/SRP/LCE ........................................................................................ 23 5.2.2 SPM/MCE/SPM(V) .................................................................................. 24 5.2.3 Peperiksaan Tambahan .......................................................................... 26 5.2.4 STPM/STP/HSC...................................................................................... 27 5.2.5 STAM ...................................................................................................... 28 5.2.6 Pengajian Tinggi ..................................................................................... 29 5.2.7 Profesional/Iktisas ................................................................................... 31 5.3 Maklumat Ko-Kurikulum ................................................................................... 32 5.3.1 Sukan/Persatuan..................................................................................... 32 5.3.2 Rekacipta/Pencapaian ............................................................................ 33 5.4 Pengalaman Kerja ............................................................................................. 34 5.5 Maklumat Tambahan ......................................................................................... 36 5.5.1 Bakat/Kebolehan Bahasa ........................................................................ 36 5.5.2 Bekas Tentera/Polis/Bantuan/Kurang Upaya .......................................... 37 5.6 Jawatan Dipohon .............................................................................................. 38 5.7 Pengakuan Pemohon ........................................................................................ 40 6.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I ................................. 43

Muka 2 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

1.0 DAFTAR AKAUN BARU Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini. Langkah-langkah:

1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Firefox Mozilla / Internet Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan terbaik. 2. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA seperti berikut :

Rajah 1-1: Portal Rasmi SPA

Muka 3 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

3. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1-2: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

4. Pemohon

juga

dinasihatkan

untuk

membaca

Panduan

Pengguna

Borang SPA8i sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPA8i. 5. Kemudian klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk mendapatkan MyID dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1-3:Skrin Daftar Akaun Baru

Muka 4 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

6. Pemohon boleh menekan butang Batal jika ingin mengosongkan semua maklumat tersebut. 7. Klik pada pautan Kembali jika ingin kembali ke skrin utama. 8. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan) yang akan digunakan sebagai MyID. 9. Selain itu, jika pemohon daripada Polis atau Tentera, sila pilih pilihan tersebut dan masukkan No. Kad Pengenalan Polis atau Tentera. 10. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dan aktif. Ini adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan menggunakan e-mel. Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. 11. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan pautan Daftar. Mesej ini akan dipaparkan:

Rajah 1-4: Skrin Pastikan Daftar Akaun Baru 12. Klik pautan OK dan mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 1-5: Skrin Pastikan MyKad dan E-mel Daftar Akaun Baru 13. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan e-mel adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui emel. Klik butang Cancel untuk batal dan klik OK untuk teruskan dan
Muka 5 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 1-6: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru 14. Pemohon perlu menyemak e-mel yang digunakan bagi membolehkan pemohon mengaktifkan akaun tersebut. 15. Sila pastikan konfigurasi auto delete bagi folder junk/spam/bulk mail tidak diaktifkan. Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke folder Inbox tuan/puan, sila semak di folder junk/spam/bulk mail dan set semula e-mel dari SPA sebagai not junk/spam/bulk mail. 16. Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo, gmail, hotmail, ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain, sila tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan e-mel berkenaan. Ini kerana tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di server e-mel berkenaan. 17. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA dengan menghantar emel di alamat HantarPengaktifan@spa.gov.my sekiranya selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran. 18. Berikut merupakan contoh e-mel yang diterima daripada pihak SPA selepas daftar akaun baru: tidak menerima e-mel

Muka 6 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 1-7: Skrin E-mel Pengaktifan Akaun Baru 19. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (AKAUN BARU

PENGAKTIFAN: 760910086185) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam. 20. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut:

Rajah 1-8: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru Berjaya 21. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk menggunakan MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. 22. Sekiranya pemohon tidak mengaktifkan pautan (AKAUN BARU

PENGAKTIFAN: 760910086185) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam, mesej seperti berikut akan dipaparkan:
Muka 7 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 1-9: Skrin Makluman Pengaktifan Melepasi Tempoh Sah 23. Sekiranya pemohon menerima mesej seperti ini, pemohon perlulah klik pada pautan (sini) untuk mendapatkan pautan pengaktifan yang baru. 24. Selepas klik (sini), skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1-10: Skrin Penghantaran Semula Pengaktifan 25. Pemohon diminta memasukkan MyID dan e-mel yang digunakan semasa mendaftar dan tekan butang Hantar. 26. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik butang Hantar:

Rajah 1-11: Skrin Pengaktifan Semula MyID 27. Kemudian, rujuk nombor 14-21 untuk meneruskan langkah seterusnya.
Muka 8 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

2.0 KESILAPAN

MENDAFTAR E-MEL

ATAU

TIDAK MENERIMA E-MEL

PENGAKTIFAN Pemohon hanya dibenarkan sekali sahaja untuk Daftar Akaun Baru dan sekiranya pemohon mengisi semula maklumat daftar akaun baru, sistem tidak

membenarkan pendaftaran dibuat kerana MyID telah wujud. Jika e-mel pemohon tersilap semasa mendaftar atau tidak menerima e- mel pengaktifan dari pihak SPA selepas tempoh 48 jam, pemohon boleh menghubungi SPA. Bagi tujuan verifikasi, maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah diperlukan seperti: 1. No. Kad Pengenalan 2. Nama Calon 3. Alamat 4. No. Telefon 5. Emel yang sepatutnya dimasukkan. Hantarkan semua maklumat di atas ke e-mel HantarPengaktifan@spa.gov.my Sekiranya pemohon tidak membuat pengaktifan daftar akaun baru selepas tempoh sebulan, rekod pendaftaran tersebut secara automatik akan dibatalkan dan pemohon dikehendaki mengisi semula Daftar Akaun Baru. Bagi pemohon yang telah berjaya membuat pengaktifan rekod pendaftaran tidak akan dibatalkan.

Muka 9 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

3.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh

mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik. 2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 3-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

Muka 10 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

3. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima daripada SPA. 4. Kemudian tekan butang Log Masuk. 5. Jika tersalah taip MyID atau kata laluan, ralat seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 3-2: Skrin Mesej Ralat MyID atau Kata Laluan Tidak Sah 6. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, skrin untuk menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali mendaftar. Semua pemohon baru diwajibkan mengisi Kata Laluan Baru dan K ata

L aluan Baru (reconfirm) sebelum boleh mengisi borang pendaftaran.

Rajah 3-3: Skrin Tukar Kata Laluan 7. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Simpan. Perlu diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Kata Laluan Baru (reconfirm). 8. Sekiranya pemohon keluar dari borang SPA8i, pemohon perlu masukkan MyID dan kata laluan baru yang telah disi oleh pemohon. 9. Pemohon juga boleh menekan butang Batal jika ingin mengosongkan maklumat yang telah diisi.

Muka 11 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

10. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya memasuki borang SPA8i dan melihat butir-butir peribadi. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

11. Sila rujuk para 5.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai pengisian borang SPA8i. 12. Klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan akan kembali ke muka hadapan.

Rajah 3-4: Skrin Menu dan Sub-Menu Borang SPA8i

Muka 12 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

13. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu pada skrin Pengakuan Pemohon. 14. Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika daftar masuk semula ke dalam borang SPA8i dan semua maklumat yang dipaparkan boleh dikemas kini.

Muka 13 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

4.0 LUPA KATA LALUAN Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula e-mel pengaktifan akaun yang mengandungi MyID, Kata Laluan serta pautan pengaktifan. Pemohon perlu mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk dengan menggunakan MyID dan Kata Laluan yang disertakan. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik. 2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 4-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

Muka 14 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

3. Klik pada pautan Lupa Kata L aluan untuk memaklumkan kepada pihak SPA. 4. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 4-2: Skrin Lupa Kata Laluan

5. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID. 6. Kemudian tekan butang Reset Kata Laluan. Paparan berikut akan di paparkan:

Muka 15 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 4-3: Skrin Lupa Kata Laluan

7. Sebelum menekan butang OK sila semak alamat e-mel dan MyID yang dipaparkan. Setelah selesai menyemak, tekan butang OK untuk menutup skrin ini. 8. Jika tiada sebarang masalah, mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin berikut:

Rajah 4-4: Skrin Makluman Lupa Kata Laluan

9. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi e-mel pemohon seperti yang dinyatakan. 10. Contoh e-mel yang dihantar oleh SPA adalah seperti berikut:
Muka 16 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 4-5: Skrin Pengaktifan Kata Laluan 11. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (TUKAR KATA LALUAN:

MYID) yang dinyatakan dalam e-mel bagi tempoh 48 jam. Jika tidak, pautan ini tidak lagi boleh digunakan.

Muka 17 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

12. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut:

Rajah 4-6: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru

13. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. 14. Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i atau melihat semakan status permohonan pada bila-bila masa.

Muka 18 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8I) Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk: Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum membuat pilihan.

Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik. 2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Muka 19 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 5-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan klik pada pautan Log Masuk. 4. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang pendaftaran SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Kata Laluan dengan betul dan

Muka 20 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 5-2: Skrin Utama Borang SPA8i

5. Sebarang maklumat yang telah dikemas kini mestilah berakhir dengan klik butang Hantar di bahagian Pengakuan Pemohon untuk diproses dan pemohon akan mendapat tarikh pendaftaran baru. 6. Pemohon boleh klik Keluar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan sebagai draf dan tidak akan diproses.

5.1

Maklumat Pemohon 1. Klik pada Pemohon dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumatmaklumat tertentu terus dipaparkan mengikut maklumat yang dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru:

Rajah 5-3: Skrin Maklumat Pemohon


Muka 21 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

2. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat jika berkenaan seperti nombor peti surat / nombor rumah, nama jalan, nama taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami. 3. Sila kemas kini Negeri, Bandar dan Poskod alamat surat-menyurat anda dengan betul. 4. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong. Contoh: Nombor Telefon : 03-89451010 Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010 5. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda. Contoh: Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980

6. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut: a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya anda

mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon. c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon. 7. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. 8. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. 9. Sila pilih Keturunan anda.

Muka 22 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

10. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. 11. Sila pilih Warganegara anda. 12. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual. Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan yang berkaitan. 13. Sila tandakan Ya pada Adakah anda sedang berkhidmat dalam

Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis. Jika anda tandakan Ya, menu bagi Pengalaman Kerja akan dipaparkan. 14. Ketinggian adalah maklumat pilihan. Terdapat beberapa jawatan yang memerlukan anda memasukkan maklumat Ketinggian. Setelah selesai, sila klik butang Simpan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

5.2

Maklumat Akademik

5.2.1

PMR/SRP/LCE

1. Klik pada capaian PMR/SRP/LCE dan skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 5-4: Skrin Maklumat Keputusan PMR/SRP/LCE

2. Jika pemohon ingin memasukkan maklumat Keputusan SRP/PMR/LCE, klik pada ruangan Tahun dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Muka 23 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 5-5: Skrin Maklumat Keputusan PMR/SRP/LCE 3. Pilih Mata Pelajaran dan Gred berkenaan. Jika anda mempunyai Mata

Pelajaran melebihi daripada senarai tersebut, tekan butang +Tambah. 4. Kemudian, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan.

5.2.2

SPM/MCE/SPM(V)

1. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama. Paparan skrin adalah seperti berikut:

Rajah 5-6: Skrin Maklumat SPM


Muka 24 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

2. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Jika maklumat anda wujud daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan. 3. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan 4. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. 5. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. 6. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. 7. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. 8. Sekiranya mata pelajaran melebihi daripada senarai, tekan butang +Tambah dan medan mata pelajaran akan bertambah. 9. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan ataupun tekan butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang dimasukkan. 10. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) --

Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja) (jika berkenaan) dengan menekan capaian Peperiksaan Kali Kedua: a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan b. Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap

matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. c. Sekiranya mata pelajaran melebihi daripada senarai, tekan butang +Tambah dan medan mata pelajaran akan bertambah.

Muka 25 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

d. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan ataupun tekan butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang dimasukkan. e. Contoh skrin adalah seperti berikut:

Rajah 5-7: Skrin Maklumat SPM Kedua 11. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulu sebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.

5.2.3

Peperiksaan Tambahan

1. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Paparan skrin adalah seperti di bawah:

Rajah 5-8: Skrin Maklumat Peperiksaan Tambahan

Muka 26 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. b. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. c. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi. d. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi. 2. Ulangi langkah berkenaan jika mempunyai Peperiksaan Tambahan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

5.2.4

STPM/STP/HSC

1. Klik pada capaian STPM/STP/HSC dan skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 5-9: Skrin Maklumat Peperiksaan STPM/STP/HSC

a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan. c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred peperiksaan yang diperolehi. d. Hanya 5 mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi. 2. Setelah selesai, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun tekan butang Batal untuk membatal dan mengosongkan maklumat yang dimasukkan.

Muka 27 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

3. Sila ulangi langkah yang sama dengan menekan capaian Peperiksaan Kali Kedua jika ada. 4. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulu sebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.

5.2.5

STAM

1. Klik pada capaian STAM dan skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 5-10: Skrin Maklumat Peperiksaan STAM a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan. c. Sila pilih Mata Pelajaran dan Gred peperiksaan yang diperolehi. d. Pilih Mata Pelajaran dan Gred berkenaan. +Tambah. 2. Setelah selesai, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun tekan butang Batal untuk membatal dan mengosongkan maklumat yang dimasukkan. 3. Sila ulangi langkah yang sama dengan menekan capaian Peperiksaan Kali Kedua jika ada. 4. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulu sebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.
Muka 28 / 44

Jika anda mempunyai

Mata Pelajaran melebihi daripada senarai tersebut, tekan butang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.2.6

Pengajian Tinggi

1. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir). Sila lihat contoh skrin di bawah:

Rajah 5-11: Skrin Maklumat Pengajian Tinggi

a. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi b. Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi c. Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi d. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi e. Pemohon juga boleh membuat carian dengan menaip nama institusi berkenaan dan senarai pendek daripada apa yang ditaip akan dipaparkan seperti skrin di bawah:

Rajah 5-12: Skrin Maklumat Carian Pengajian Tinggi

Muka 29 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

f.

Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara

g. Sila

pilih Bidang dan

Pengkhususan Pengajian

anda. Pada

Bahagian ini juga calon dibenarkan membuat carian dengan kaedah yang sama dengan Institusi. h. Sila pilih Biasiswa Pengajian yang diperolehi jika ada. i. Jika Institusi atau Pengkhususan Pengajian Tinggi tiada di dalam senarai sila klik pada ePertanyaan SPA. j. Klik Simpan bagi menyimpan maklumat yang dimasukkan atau tekan butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang diisikan. k. Klik pada Keputusan -2 ataupun Keputusan-3 jika mempunyai lebih daripada satu sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah yang dinyatakan seperti di atas. l. Jika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik pada butang + bersebelahan dengan Keputusan 3. Maksimum maklumat yang boleh dimasukkan adalah lima (5) sahaja.

Muka 30 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.2.7

Profesional/Iktisas

1. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Iktisas. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh JPA. Paparan skrin adalah seperti berikut:

Rajah 5-13: Skrin Maklumat Sijil Profesional/Iktisas

2. Sila isikan Tarikh Keahlian/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Contoh : Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010

Muka 31 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.3

Maklumat Ko-Kurikulum

5.3.1

Sukan/Persatuan

1. Klik pada Sukan/Persatuan, dan skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 5-14: Skrin Maklumat Sukan/Persatuan 2. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat. 3. Sila isikan Nama Persatuan/Kepimpinan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat. 4. Klik butang +Tambah jika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan. 5. Klik butang Simpan di bahagian sukan dan persatuan.

Muka 32 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.3.2

Rekacipta/Pencapaian

1. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang anda berikan dan Peringkat penyertaan.

Rajah 5-15: Skrin Maklumat Rekacipta/Pencapaian 2. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang diberikan. 3. Sila pilihTiada Ko-kurikulum dan klik butang Tiada Maklumat Ko-kurikulum jika anda tiada pencapaian dalam ko-kurikulum. Rujuk contoh seperti rajah dibawah:

Rajah 5-16: Skrin Tiada Maklumat Ko-Kurikulum

Muka 33 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.4

Pengalaman Kerja 1. Skrin berikut akan dipaparkan jika calon memilih Ya pada ruangan sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan

Berkanun/Polis.

Rajah 5-17: Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat 2. Masukkan maklumat yang diwajibkan. 3. Jika Skim Perkhidmatan, Kementerian/Jabatan ataupun Nama Peperiksaan tidak wujud di dalam senarai, sila adukan kepada ePertanyaan SPA. 4. Sekiranya pemohon mempunyai lebih daripada satu Peperiksaan KPSL, klik butang + Tambah untuk menambah medan berkenaan. 5. Pemohon juga dibenarkan membuat carian pada medan Skim Perkhidmatan Sekarang dengan klik pada ruangan tersebut dan taipkan maklumat yang berkenaan. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Muka 34 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

Rajah 5-18: Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat

6. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun tekan Batal untuk membatalkan apa yang telah dimasukkan sebelum ini.

Muka 35 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.5

Maklumat Tambahan

5.5.1

Bakat/Kebolehan Bahasa

1. Klik pada link Maklumat Tambahan dan skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 5-19: Skrin Maklumat Bakat/Kebolehan Bahasa 2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. 3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut. 4. Jika mempunyai maklumat melebihi daripada tiga (3), klik butang +Tambah bagi menambah ruangan maklumat yang dikehendaki. 5. Tekan butang Simpan bagi setiap seksyen bagi menyimpan maklumat yang dimasukkan atau tekan butang Batal bagi mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Muka 36 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.5.2

Bekas Tentera/Polis/Bantuan/Kurang Upaya

1. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, sila pilih pangkat dan pencen / ganjaran. 2. Contoh skrin bagi Bekas Tentera / Bekas Polis adalah seperti berikut:

Rajah 5-20: Skrin Maklumat Bekas Tentera/Polis 3. Sekiranya anda Penerima Bantuan / Kurang Upaya, sila pilih kategori anda sebagai penerima bantuan / kurang upaya dan sila abaikan

sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, sila pilih Jenis Bantuan atau Jenis Kurang Upaya dan masukkan No.Pendaftaran / Rujukan. Setelah selesai, klik butang SIMPAN. 4. Contoh skrin bagi Penerima Bantuan / Kurang Upaya adalah seperti di bawah:

Rajah 5-21: Skrin Maklumat Penerima Bantuan / OKU


Muka 37 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5. Sila pilih Tiada Maklumat Tambahan

dan klik butang Tiada Maklumat

Tambahan jika anda tiada maklumat tambahan. Contoh skrin adalah seperti di bawah:

Rajah 5-22: Skrin Tiada Maklumat Tambahan

5.6

Jawatan Dipohon 1. Klik pada pautan JAWATAN DIPOHON dan paparan berikut dipaparkan:

Rajah 5-23: Skrin Jawatan Dipohon

Muka 38 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada Maklumat Akademik yang dimasukkan pada peringkat awal tadi. Oleh itu, sila pastikan anda memasukkan maklumat yang sah dan tepat. 3. Pilih pada Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruangan Jawatan Yang Dipohon. 4. Jika ingin membatalkan permohonan jawatan tersebut, sila pilih jawatan tersebut dan tekan butang <<. 5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan. 6. Tandakan juga Sesi Temuduga Pilihan samada Pagi, Petang ataupun Malam. 7. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan atau tekan butang Batal untuk membatalkan maklumat yang dimasukkan. 8. Jika ingin memilih jawatan bagi kelayakan lain, tekan pada pilihan Diploma/STPM/STAM, Perubatan. 9. Dimaklumkan juga bahawa calon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan. Namun, diingatkan supaya calon focus kepada jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat anda. SPM, Bakat/Bersepadu ataupun Separa

Muka 39 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

5.7

Pengakuan Pemohon 1. Klik pada Pengakuan Pemohon dan skrin berikut dipaparkan:

Rajah 5-24: Skrin Pengakuan Pemohon

2. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat 3. Sila pastikan No. Kad Pengenalan Baru, Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat 4. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat Pengalaman Kerja, Maklumat Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. Sila buat

pembetulan sekiranya perlu. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian atas borang. 5. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu.

Muka 40 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

6. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. 7. Skrin Pemberitahuan seperti rajah dibawah dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

Rajah 5-25: Skrin Cetakan Pemberitahuan


Muka 41 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

8. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. 9. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan dan Cetak Pemberitahuan ini. Selamat mengisi borang!

Muka 42 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

6.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah: 1. Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi Di

membolehkan Sektor

mereka

mencapai

Borang

Pendaftaran

Pekerjaan

Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon

sebelum ini mahupun pemohon baru 2. Pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan

Baru), Kad Pengenalan Polis/Tentera. Nombor MyKad ini akan digunakan sebagai MyID semasa hendak masuk ke borang SPA8i. 3. Semua pemohon mesti mempunyai akaun e-mel yang masih aktif kerana MyID, kata laluan dan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel. Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. 4. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan, Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya, mesej

Belum Diproses akan dipaparkan. 5. Senarai jawatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada Maklumat Akademik yang dimasukkan dan calon dibenarkan memilih seberapa banyak jawatan yang berkenaan. 6. Selain daripada jawatan, maklumat mata pelajaran, sukan,

persatuan/kepimpinan, rekacipta dan inovasi, pencapaian khas/istimewa, bakat serta kebolehan bahasa/dialek boleh diisi seberapa banyak yang diingini oleh calon. 7. Terdapat Semakan Status Pemohonan di dalam borang SPA8i di mana pemohon mereka 8. Setiap urusan pengambilan yang dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon 9. Di samping itu pemohon boleh mengemaskini maklumat borang SPA8i pada bila-bila masa dengan sekali sahaja pendaftaran MyID berkaitan dengan jawatan yang boleh membuat semakan mengenai status permohonan

Muka 43 / 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) eSMSM Panduan Pengguna Borang SPA8i

10. Pemohon

juga

boleh

melanjutkan tempoh permohonan

sekiranya

tempoh sah laku permohonan telah luput. 11. Pemohon juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS sekiranya dipanggil peperiksaan atau temu duga.

Muka 44 / 44

You might also like