You are on page 1of 7

Elektrostatik: Elektrik dan Elektrostatik

1. 2. 3. 4. 5.

Semua jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang dipanggil atom. Nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Proton bercas positif dan neutron tidak bercas Elektron yang mengorbit nukleus atom bercas negatif. Elektron inilah yang menentukan sesuatu bahan itu bercas posotif atau negatif apabila ianya masuk atau keluar daripada sesuatu bahan itu.

Cas Elektrostatik

1. Bahan bercas positif jika elektron keluar dari bahan itu 2. Semakin banyak cas positif berbanding dengan cas negatif, semakin besar nilai cas positif elektrostatik bahan itu.

1. Bahan bercas negatif jika elektron masuk ke dalam bahan itu 2. Semakin banyak cas negatif berbanding dengan cas positif semakin besar nilai negatif elektrostatik bahan itu. Contoh : Proses Mengecas

Elektrostatik: Elektrik dan Elektrostatik


1. Arus elektrik ialah pengaliran elektron di dalam sesuatu konduktor. 2. Semakin laju elektron bergerak di dalam sesuatu konduktor semakin tinggi arus yang mengalir. 3. Arus elektrik disukat dengan menggunakan ammeter 4. Ammeter disambung secara bersiri di dalam litar. 5. Terminal positif ammeter mesti disambungkan ke terminal positif sel/bateri. 6. Unit arus elektrik ialah ampere(A) 7. 1 Ampere = 1000 mA. 8. Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik disebut konduktor elektrik. 9. Sifat konduktor yang menentang pengaliran arus disebut rintangan 10. Semakin tinggi rintangan sesuatu konduktor semakin rendah arus yang mengalir melaluinya. 11. Rintangan sesuatu konduktor bergantung kepada 11.1 jenis bahan 11.2 ketebalan 11.3 panjang 11.4 suhu 12. Perintang yang rintangannya boleh diubah-ubah dipanggil reostat. 13. Voltan yang merentasi satu beban boleh disukat dengan menggunakan voltmeter 14. Unit voltan ialah volt(V) 15. 1 kilovolt = 1000 volt. 16. Voltmeter disambung secara selari dengan beban. 17. Terminal positif voltmeter disambung kepada terminal positif sel/bateri. 18. Terminal negatif voltmeter disambung kepada terminal negatif sel/bateri.

Hubungan Arus, Voltan, dan Rintangan


1. Arus elektrik ialah elektron atau cas negatif yang bergerak. Elektron mengalir apabila ditolak oleh daya yang dihasilkan oleh sumber tenaga seperti sel kering. 2. Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya disebut konduktor, manakala bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya disebut penebat. 3. Tenaga elektrik diperoleh daripada sel kimia atau stesen janakuasa elektrik. Dua jenis sel kimia yang biasa ialah sel kering dan bateri asid plumbum. Tenaga elektrik yang lebih besar dihasilkan oleh penjana di stesen-stesen janakuasa elektrik. 4. Arus elektrik disukat dalam unit ampere, miliampere dan mikroampere. Alat yang digunakan untuk menyukat arus elektrik biasa ialah ammeter. Arus elektrik yang sangat kecil disukat dengan galvanometer. 5. Voltan ialah tenaga yang diperlukan untuk mengalirkan unit cas dari satu titik ke satu titik yang lain. Voltan disukat dalam unit Volt. Alat yang digunakan untuk men yukat voltan ialah Voltmeter. 6. Rintangan ialah sifat bahan yang menentang pengaliran elektron. Lebih tinggi rintangan, maka lebih sukar arus elektrik melalui sesuatu bahan. Rintangan disukat dalam unit Ohm. 7. Arus yang mengalir dalam litar mempunyai hubungan dengan voltan dan rintangan. Arus akan bertambah jika voltan dinaikkan atau rintangan dikurangkan. 8. Hukum Ohm menyatakan arus berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan.
rintangan (R) ialah voltan (V) per unit arus(A):

R=V/I

Litar Siri dan Selari


1. Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. 2. Terdapat 2 susunan litar elektrik. i) Litar bersiri ii) Litar selari 3. Litar bersiri i) komponen litar disambung secara hujung ke hujung / sebaris untuk membina satu lintasan lengkap. ii) Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. iii) Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. 4. Litar selari i) komponen litar disambung sebelah-menyebelah. ii)Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam lirtar ini. iii) Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. 5. Perbezaan di antara litar bersiri dan selari

Kemagnetan
1. Kemagnetan ialah fenomena yang berkaitan dengan magnet dan kesan magnet. 2. Magnet mempunyai dua kutub, iaitu kutub utara dan kutub selatan. 3. Kutub yang sama saling menolak, manakala kutub yang berlainan saling menarik. 4. Bahan magnet ialah bahan yang dapat ditarik oleh magnet dan dapat digunakan untuk membuat magnet, seperti besi, keluli, kobalt dan nikel. 5. Bahan bukan magnet ialah bahan yang tidak dapat ditarik oleh magnet dan tidak boleh digunakan untuk membuat magnet, seperti kayu, kaca dan plastik. 6. Medan magnet ialah ruang di sekeliling magnet yang dipengaruhi daya magnet itu. 7. Medan magnet terdiri daripada garis atau urat daya.

Aruhan Elektromagnet
1. Arus aruhan terhasil apabila berlaku gerakan relatif antara magnet dan dawai gegelung(solenoid). 2. Pergerakan relatif ini dinamai aruhan elektromagnet. 3. Arus yang terhasil dinamai arus aruhan. 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan arus yang terhasil ialah; i. Kekuatan magnet ii. Bilangan lilitan pada dawai bergelung(solenoid) iii. Diameter dawai bergelung. iv. Menambahkan laju gerakan relatif di antara magnet dan dawai bergelung.

Aplikasi Aruhan Elektromagnet


1. Michael Faraday dari England menemui fenomenon aruhan elektromagnet. 2. Penemuan ini membuka jalan untuk mencari sumber elektrik yang baru. 3. Satu daripada aplikasi ini ialah prinsip operasi dinamo. 4. Dinamo ialah alat yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. 5. Dinamo yang menghasilkan arus terus dipanggil penjana arus terus(a.t). 6. Dinamo yang menghasilkan arus ulang-alik dipanggil penjana arus ulang-alik (a.u) / altenator.

Jenis-Jenis Arus
1. Terdapat dua jenis arus iaitu: i. Arus terus (a.t) arus yang bergerak dalam satu arah yang tertentu sahaja. Voltan arus terus adalah sentiasa tetap.

Voltan (V)

Masa (s)

ii.

Arus ulang alik( a.u) - arus yang bergerak dalam dua arah yang bertentangan secara berulang. Voltan arus ulang alik sentiasa berubah-ubah.

DAYA ELEKTROMAGNET
1. Apabila arus mengalir melalui medan - medan magnet, satu daya akan terhasil. 2. Daya ini disebut daya elektromagnet. 3. Arah daya elektromagnet boleh ditentukan dengan menggunakan hukum tangan kiri Fleming. (a) Jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari tangan kiri diarahkan supaya sudut antara jari-jari adalah sudut tegak. (b) Jari telunjuk menunjukkan arah medan magnet dari kutub utara ke kutub selatan. (c) Jari hantu menunjukkan arah aliran arus. (d) Ibu jari memberikan arah daya elektromagnet.

4. 5.

Prinsip daya elektromagnet digunakan dalam operasi motor. Kekuatan daya elektromagnet pada sebuah motor boleh dipertingkatkan dengan cara: i. menambah arus yang mengalir melalui gegelung dawai. ii. menggunakan magnet yang kuat. iii. menambahkan bilangan lilitan gegelung dawai. iv. menggunakan teras besi lembut dalam gegelung dawai.

You might also like