You are on page 1of 8

DAYA ELEKTROMAGNET

1. Apabila arus mengalir melalui medan - medan magnet, satu daya akan terhasil. 2. Daya ini disebut daya elektromagnet. 3. Arah daya elektromagnet boleh ditentukan dengan menggunakan hukum tangan kiri Fleming. (a) Jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari tangan kiri diarahkan supaya sudut antara jari-jari adalah sudut tegak. (b) Jari telunjuk menunjukkan arah medan magnet dari kutub utara ke kutub selatan. (c) Jari hantu menunjukkan arah aliran arus. (d) Ibu jari memberikan arah daya elektromagnet.

4. 5.

Prinsip daya elektromagnet digunakan dalam operasi motor. Kekuatan daya elektromagnet pada sebuah motor boleh dipertingkatkan dengan cara: i. menambah arus yang mengalir melalui gegelung dawai. ii. menggunakan magnet yang kuat. iii. menambahkan bilangan lilitan gegelung dawai. iv. menggunakan teras besi lembut dalam gegelung dawai.

Fungsi Kapasitor dan Induktor


Kapasitor 1 . 2 . 3 . 4 . Kapasitor biasanya terdiri daripada dua konduktor selari yang dipisahkan oleh bahan penebat. Kapasitor berfungsi menghalang arus terus melaluinya tetapi membenarkan arus ulang alik melaluinya. Kapasitor boleh menyimpan cas apabila disambungkan dengan arus terus tetapi tidak boleh dicas dengan menggunakan arus ulang alik. Unit kapasitor ialah Farad atau mikroFarad.

Kesimpulan : Semasa proses mengecas dan mendiscas dilakukan, didapati arah arus mengalir adalah berlawanan dan berlaku dalam masa yang singkat. Proses mengecas boleh berlaku dalam masa lebih kecil daripada satu saat.

Fungsi Transistor
Diod
1. 2. Silikon diod jenis p ialah silikon tulen yang didopkan dengan unsur benda asing seperti indium dan aluminium. Silikon diod jenis n ialah silikon tulen yang didopkan dengan antimoni, arsenik dan fosforus.

Tugas diod semi konduktor adalah sama dengan diod vakum tetapi diod semikonduktor lebih murah, menjimatkan tenaga dan kurang panas.

Transistor
Transistor simpang boleh dianggap terdiri daripada dua simpang p-n dalam suatu hablur tunggal yang mempunyai kawasan sepunya.

Jika kawasan sepunya jenis p

transistor jenis npn

Jika kawasan sepunya jenis n

transistor jenis pnp

Penjanaan dan Penghantaran Arus Elektrik


Penjanaan Tenaga Elektrik Tenaga elektrik boleh dijana melalui satu atau gabungan kaedah- kaedah penjanaan berikut:

A. Penjana Hidroelektrik
1. Air yang ditakung di sebuah empangan dibenarkan jatuh menerusi terowong lalu memutarkan turbin. Turbin disambungkan kepada sebuah dinamo besar yang menjana arus ulang alik pada voltan yang tinggi. Perubahan tenaga yang berlaku:

2.

3.

Lokasi penjana hidroelektrik di Malaysia Cameron Highland, Cenderoh, Temenggor dan Kenyir.

B. Penjana Elektrik Terma


1. 2. 3. 4. Bahan api seperti petroleum atau gas asli dibakar untuk mendidihkan air suling dalam dandang untuk menghasilkan stim. Stim pada tekanan tinggi disalurkan ke turbin stim untuk memutarkan turbin yang disambung pada dinamo. Stim yang disejukkan menjadi air oleh kondenser akan disalur semula ke dalam dandang untuk mengulangi proses. Perubahan tenaga yang berlaku:

5.

Lokasi penjana di Malaysia - Pelabuhan Kelang, Port Dickson dan Prai.

C. Penjana Elektrik Turbin Gas


1. 2. 3. Campuran udara dan gas asli yang disedut masuk dimampatkan oleh kipas pemampat sebelum dinyalakan oleh palam pencucuh. Campuran gas mengembang akibat haba daripada pembakaran dan memutar kipaskipas turbin serta mengerakkan aci yang disambung pada dinamo. Perubahan tenaga yang berlaku:

4.

Lokasi penjana di Malaysia - Paka,Terengganu

D. Penjana Elektrik Diesel


1. 2. 3. Pembakaran campuran diesel dan udara di dalam enjin menghasilkan daya tujahan yang besar. Daya tujahan akan menggerakkan omboh dan memutar aci yang bersambung dengan dinamo. Perubahan tenaga yang berlaku:

4.

Lokasi penjana di Malaysia - Taiping, Bukit Fraser dan Muar.

Transformer
1. Transformer ialah alat yang boleh menaikkan atau menurunkan voltan arus ulang alik. 2. Transformer terdiri daripada: (i) satu teras besi lembut berlamina. (ii) dua jenis gegelung dawai iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder.

3. Voltan yang dihasilkan pada gegelung sekunder (voltan output) bergantung kepada voltan pada gegelung primer serta nisbah lilitan primer dan sekunder.

4. Transformer injak naik Bilangan lilitan gegelung sekunder lebih banyak berbanding gegelung primer. Voltan output lebih besar daripada voltan input. 5. Transformer injak turun Bilangan lilitan gegelung primer lebih banyak berbanding gegelung sekunder. Voltan output lebih kecil daripada voltan input.

Pendawaian Elektrik di Rumah

Kos Penggunaan Tenaga Elektrik


Rumus Tenaga Elektrik

1. Contoh penggunaan rumus (a): Berapa banyakkah tenaga yang digunakan oleh mentol bertanda 100W dalam masa 50 saat? Jawapan: 5000 Ws = 5000 Joule

2. Contoh penggunaan rumus (b): Sebuah sterika bertanda 1000 W digunakan selama dua jam. Kira kos penggunaannya jika satu unit tenaga elektrik berharga 30 sen? Jawapan: Tenaga = = = = = Kuasa (kW) 1 kW 2 kWJ 2 kwj 60 sen x x x Masa (Jam) 2 Jam 30 sen

Oleh itu, kos

Kuasa = Arus x Voltan

3. Contoh pengiraan : Kira arus yang mengalir di dalam mentol bertanda 250V, 50W.

You might also like