You are on page 1of 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBPS2103 ASUHAN KANAK-KANAK MEI 2013 ________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1.

Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb-17hb Julai 2013 (ONLINE). Serahan selepas 17hb Julai 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. modul

PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Jika

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Tanggungjawab pengasuh adalah untuk melatih kanak-kanak taska berdikari seperti menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau air besar, berhenti hisap puting, berhenti menyusu botol, memakai baju sendiri dan lain-lain. Anda di kehendaki pergi ke TASKA dan dapatkan maklumat daripada pengasuh mengapa mereka perlu melatih kanak-kanak berdikari. Jelaskan menurut perspektif teori Erikson. Ceritakan DUA kes berdikari dan dapatkan maklumat daripada pengasuh mengenai latar belakang kanak-kanak (umur, jantina dan lain-lain), cara menangani kanak-kanak untuk berdikari, tempoh masa yang diambil, pengalaman yang dilalui bersama kanak-kanak sehingga berjaya dan kerjasama daripada ibu bapa. Sebagai kesimpulan, huraikan EMPAT panduan kepada pengasuh dalam membantu kanak-kanak mencapai perkembangan autonomi dengan sokongan sorotan literatur.

[Jumlah: 40 Markah]

Panduan Tugasan (Kandungan dan Skema Pemarkahan) Kriteria Markah/ Wajaran Pengenalan Pemberata n Tiada maklumat Lemah Menepati Sebahagian Piawai 2 Pengenalan yang ringkas dan membincangkan tentang autonomi secara umum dengan rujukan. Menepati Piawai 3 Pengenalan membincangkan tentang autonomi mengikut teori Erikson dengan rujukan. Melebihi Piawai Markah Penuh 4 Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan jelas dan tepat tentang autonomi mengikut teori Erikson dengan rujukan. Dua laporan kes secara berasingan Penulisan jelas, tepat, sistematik, terperinci mengenai situasi dan latar belakang kanak-kanak. 6

1.5

0 Tiada sebarang pengenalan dan tidak membincangkan tentang autonomi.

1 Pengenalan tidak membincangkan tentang autonomi atau teori Erikson Tiada rujukan literatur.

Penulisan kes

2.5

Tiada laporan kes kanak-kanak.

Hanya satu laporan kes yang terlalu ringkas dan tidak lengkap mengenai situasi dan latarbelakang kanak-kanak.

Penulisan laporan kes disatukan. Maklumat yang ringkas, umum mengenai situasi dan latarbelakang kanak-kanak.

Dua laporan kes secara berasingan Penulisan ringkas tetapi jelas mengenai situasi dan latarbelakang kanak-kanak.

10

Penjelasan latihan berdikari

2.5

Tiada perbincangan bagi kedua dua kes dan tiada sorotan literatur.

Membincangkan kedua-dua kes tetapi tidak jelas dan tidak fokus pada persoalan yang diberi. Juga tiada sokongan sorotan literatur.

Membincangkan secara sederhana bagi kedua dua kes dari aspek cara menangani kanak-kanak untuk berdikari, tempoh masa yang diambil, pengalaman yang dilalui bersama kanak-kanak sehingga berjaya dan kerjasama daripada ibu bapa. yang disokong dengan sorotan literatur yang kurang tepat dan bersesuaian. Memberi 2 cadangan yang baik dan boleh diaplikasikan oleh pengasuh di Taska. Disokong dengan sorotan literatur yang kurang bersesuaian.

Membincangkan secara baik tentang kedua dua kes yang dipilih dari aspek cara menangani kanak-kanak untuk berdikari, tempoh masa yang diambil, pengalaman yang dilalui bersama kanakkanak sehingga berjaya dan kerjasama daripada ibu bapa. Disokong dengan sorotan literatur. Memberi 3 cadangan yang baik dan boleh diaplikasikan oleh pengasuh di Taska. Disokong dengan sorotan literatur yang bersesuaian.

Membincangkan secara terperinci dan jelas tentang kedua dua kes yang dipilih dari aspek cara menangani kanakkanak untuk berdikari, tempoh masa yang diambil, pengalaman yang dilalui bersama kanak-kanak sehingga berjaya dan kerjasama daripada ibu bapa. Disokong dengan sorotan literatur yang sangat tepat. Memberi 4 cadangan yang bernas, logik dan boleh diaplikasikan oleh pengasuh di Taska dan juga ibu bapa. Disokong dengan sorotan literatur yang sangat tepat.

10

Rumusan dan cadangan

2.5

Tidak menjawab persoalan tugasan.

Memberi 1 cadangan yang baik dan boleh diaplikasikan oleh pengasuh di Taska. Tiada sorotan literatur.

10

Organisasi

Tiada keterangan dan tiada rujukan.

Keterangan kes dan rujukan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna. Jumlah Markah

Beberapa keterangan kes dan rujukan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak menarik.

Keterangan kes dan rujukan disusun mengikut logik tetapi cara ia ditulis kurang menarik.

Keterangan kes dan rujukan disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan dan amat menarik.

40

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan: 1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. 2. Buat pencarian di internet berkaitan penilaian untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan. 3. 4. Mengunjungi TASKA untuk mendapat maklumat. Menggunakan lampiran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan.

You might also like