You are on page 1of 1

941022 08 5485

SINOPSIS

Kajian saya ini adalah berdasarkan tema ekonomi dan bertujuan mengenalpasti faktor faktor yang mempengaruhi pilihan pelanggan untuk memilih kedai makanan segera untuk menjamu selera di Pasaraya AEON. Lokasi kajian saya ialah Pasaraya AEON di kawasan Manjung yang dibuka pada bulan Disember 2012 dan skop kajian saya ialah Faktor Pilihan Pelanggan. Antara masalah yang dapat saya kenal pasti ketika menjalankan kajian ini ialah, berlakunya kekurangan pelanggan di sesetengah kedai makanan segera di dalam Pasaraya AEON walaupun dikunjungi oleh ramai orang. Hasil dapatan kajian saya berasaskan kaedah pemerhatian / tinjauan, kaedah sumber lain dan kaedah soal selidik yang diutarakan kepada 30 orang di Pasaraya AEON secara rawak. Didapati faktor paling utama yang mempengaruhi pilihan pelanggan ketika memilih kedai makanan segera ialah faktor kebersihan kedai dan juga jenis makanan yang dijual. Faktor harga makanan dan juga cita rasa pelanggan juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pilihan pelanggan. Pengusaha kedai makanan segera di Pasaraya AEON haruslah meneliti faktor faktor ini dengan teliti dan mengaplikasikannya dalam perniagaan mereka supaya berlaku perubahan. Kajian lain yang boleh dijalankan untuk mengenali skop ini dengan lebih mendalam ialah kesan persaingan terhadap pendapatan kedai kedai makanan segera di Pasaraya AEON.

You might also like