You are on page 1of 18

Hubungan Etnik

Tutorial minggu 10:


Menggalurkan Proses Pembentukan Perlembagaan
DISEDIAKAN OLEH : LOK SEOW HUI TAN HOONG YEN PISMP BCPJPM SEMESTER 3

Menggalurkan Proses Pembentukan Perlembagaan


Menggalurkan: Menerangkan atau menghuraikan sesuatu perkara dll dr mula hingga akhir. Perlembagaan:
Kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidak bertulis, ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan diurus dengan teratur. Neraca atau kayu ukur penting dalam menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah asset undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara dan merupakan sumber utama bagi menggubal undang-undang yang lain.

Proses Pembentukan Perlembagaan


Jawatankuasa CLC 1949

Perjanjian Pangkor 1874


Memperkenalkan Sistem Residen Dasar Pecah dan Perintah

Perjanjian Persekutuan 1896


Menggabungkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Bertujuan mengembalikan kuasa sultan.

Majlis Mesyuarat Persekutuan 1905


Sebuah badan perundangan pusat, Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Pindaan Perjanjian Persekutuan 1927


MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Pendudukan Jepun 1941


Mengeruhkan keadaan dengan menambahkan lagi perasaan prasangka dan politik perkauman. Dasar penjepunan mengetepikan bahasa ibunda masyarakat Melayu. Kuasa sultan dan pembesar tidak dikembalikan.

Malayan Union 1946


Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945. Memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946. Mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948


Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Jawatankuasa CLC 1949


Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian. Tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

Pilihanraya Pertama 1955


Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, satu rombongaan ke London untuk memperolehi kemerdekaan telah diadakan dan akhirnya Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956.

Pembentukan JP 1956
Rundingan Kemerdekaan 1956 Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London Melalui Perjanjian London 1956, Kerajaan british bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada akhir bulan Ogos 1957. Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan Suruhanjaya Reid.

Suruhanjaya Reid 1956

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggubal perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Anggotanya ialah Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Laporan Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan, Pesuruhjaya tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan 1957


Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hakhak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Kemerdekaan 1957 Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan oleh tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama ialah Tunku Abdul rahman. Yang di-Pertuan Agong yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)

Akta Malaysia 1963


Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963

Sekian, Terima Kasih!

You might also like