You are on page 1of 1

MADAH CINTA SEBUAH TULISAN

Wahai kawan-kawanku
dengarlah bisikan kata-kataku ini.

Tulislah wahai kawan-kawanku


tulislah madah cintamu
tulislah puisi cintamu
tulislah apa-apa yang terlintas dihatimu
rasakan getaran suara hati nalurimu
biarkan ia bersuara dan menjerit
biarkan seisi dunia mendengarkan luahannya
luahan rasa hati seorang manusia.

Wahai kawanku
jangan engkau berdiam diri
jangan engkau hanya menjenguk di sana dan di sini
komentar sana dan komentar sini
bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
sedikit naluri untuk berpuisi.

Wahai kawan ku
percayalah bahawa
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahsia kehidupan
sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
di dalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahsia hakikat puisi cinta.

Pengarang
Muhd Fiqri Hazrith
Pelajar Tingkatan 5A2

You might also like