You are on page 1of 1

Puan Saadah telah mendahulukan ceramahnya dengan mentakrifkan maksud etiket sosial kepada guru pelatih.

Biasanya, kami banyak mendengar perkataan etika etapi tidak pernah mengambil tahu maksud perkataan etiket. Etiket bermaksud cara atau hukum-hukum yang tidak bertulis berkenaan dengan adab tertib di dalam pergaulan. Etiket sosial pula bermaksud peraturan pergaulan, budi bahasa serta adab tertib dalam sesuatu kelompok masyarakat dan sesuatu pekerjaan ataupun ketetapan dan kodm imej yang diterima dalam upacara seperti di dalam istana atau majlis formal. Tujuan kami mematuhi etiket sosial adalah untuk menunjukkan tatacara yang betul dalam pergaulan kita, memberi tanggapan pertama yang baik serta menjaga keharmonian dalam pergaulan. Nilai etiket yang tinggi dapat mempertingkatkan imej individu seseorang. Antara komponen etiket ialah pakaian, perbualan, gaya berdiri, berjalan, duduk, makan dan sebagainya. Dalam komponen berpakaian, terdapat tiga elemen penting iaitu kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi, penampilan dan penggayaan diri. Pakaian dapat meneampilkan imej dan personaliti kita. Oleh itu, pakaian yang dipakai perlu sederhana, seduai dengan bentuk badan, warna kulit dan padanan warna. Pakaian yang baik tidak semestinya mahal tetapi memenuhi syarat kepadanan warna, keselesaan, bahan fabrik dan kesesuaian. Selain itu, kebersihan diri juga sangat penting untuk memberi tanggapan pertama yang baik kepada orang ramai. Contuhnya rambut disikat, badan dan mulut tidak berbau dan kuku pendek.

You might also like