You are on page 1of 10

Hubungan Pragmatik dengan Semiotik

Ilmu pragmatik dan semiotik merupakan subbidang dalam disiplin yang sama, iaitu linguistik.

Kedua-kedua subbidang ini berkaitan antara satu sama lain dalam beberapa perkara.

Menurut Morris (1938 : 53), ilmu pragmatik menyelidiki dimensi pragmatik dalam bentuk semiosis, iaitu cara penggunaan tanda linguistik oleh penutur.

Dari segi pragmatik, tanda harus meliputi elemen yang perlu untuk menjelaskan penggunaan tanda tersebut dengan mengambil kira peranan objek sama mustahaknya dengan proses tanda.

Dari sudut pandangan pragmatik, semiosis ialah integrasi objek ke dalam proses tanda dengan cara tertentu yang menyebabkan pengetahuan baharu yang berkaitan dengan objek dapat dimanifestasikan ke dalam tanda baharu, yang mungkin terdiri daripada perkataan, aksi atau imej.

Pendekatan pragmatik juga melihat bagaimana tanda baharu hadir sebagai manifestasi kepada tanda yang pertama.

Perbezaan antara Pragmatik dengan Semiotik

Perbezaan yang ketara antara pragmatik dan semiotik ialah dri segi rujukan interpretant.
Dalam bidang semiotik, interpretant mempunyai bentuk dan rujukan yang berbagai-bagai dan kompleks.

Menurut Eco (1984 : 70), antara rujukan tersebut ialah :


i. Mempunyai maksud yang sama dengan kandungan tanda dalam sistem semiotik yang lain. ii. Boleh merupakan indeks atau petunjuk yang memperkenalkan sesuatu objek. iii. Boleh berbentuk istilah saintifik dalam sistem semiotik yang sama, misalnya /garam/ signifies sebagai sodium chloride. iv. Boleh merupakan sesuatu yang ada hubungan emosi berdasarkan konotasi yang telah dibuktikan. v. Ia boleh secara mudah merupakan terjemahan sesuatu istilah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain atau sebagai penggantian kata seerti dalam bahasa yang sama.

Dalam bidang pragmatik pula, interpretant mempunyai pengertian yang sama dengan interpreter, iaitu orang yang menerima maklumat, pentafsir atau pendengar. Interpreter berupaya untuk menginterpretasikan ujaran atau tanda dan memprosesnya agar dapat difahami serta bertindak balas terhadapnya.

Sekian, terima kasih

You might also like