You are on page 1of 16

Analisis Wacana

Konsep Subjek
Disediakan Oleh : i. Sriyani binti Fadzil ii. Syarmimi binti Ellias iii. Norsilawati binti Saridah iv. Siti Syakira binti Sidi

Menurut Halliday (1985 : 32-37 ) dalam Siti Hajar Abdul Aziz, dalam struktur klausa terdapat konfigurasi fungsi yang memberikan makna. Salah satu daripadanya ialah subjek.

Konsep subjek dapat dibahagikan kepada tiga bahagian dengan berdasarkan fungsi dan maknanya dalam sesuatu klausa iaitu :
i. Subjek Tatabahasa (ST) ii. Subjek Psikologis (SP) iii.Subjek Logis (SL)

Subjek Tatabahasa (ST)

Subjek Tatabahasa bermaksud sesuatu yang dipredikatkan.


Ia dinamakan subjek tatabahasa kerana konstruksi aubjek dan predikat dilihat sematamata.

Subjek ini dilihat sebagai yang menentukan fitur tatabahasa seperti kata nama dan kata ganti nama yang berfungsi sebagai subjek, keserasian antara orang dan bilangan kata kerjanya, dan tidak dilihat mempunyai makna tertentu.

Fungsi subjek tatabahasa boleh diperincikan kepada subjek yang berfungsi sebagai pertukaran dan menjadi unsur yang dipertanggungjawabkan pada kejayaan klausa dalam sesuatu fungsi bahasa.

Kebenaran dan kepalsuan pernyataan terletak pada subjek ini.

Contoh Subjek Tatabahasa : Nini menjemur baju.


ST

Subjek Psikologis (SP)

Subjek Psikologis bermaksud yang menjadi fokus amanat. Ia dinamakan subjek psikologis kerana penutur menetapkannya dalam fikiran sebagai yang awal apabila menghasilkan klausa.

Fungsi subjek psikologis boleh diperincikan kepada tema yang berfungsi sebagai amanat, (dalam klausa) yang menjadi tumpuan dan sebagai titik tolak yang hendak dituturkan oleh penutur.

Tema ini lazimnya berada dihadapan klausa.

Contoh Subjek Psikologis ialah: Nini menjemur baju.


SP

Subjek Logis (SL)

Subjek logis diertikan sebagai pelaku tindakan. Subjek logis mempunyai hubungan antara benda. Fungsi subjek logis boleh diperincikan kepada pelaku yang berfungsi sebagai representasi sesuatu proses dan merupakan peserta aktif yang melakukan tindakan.

Contoh Subjek Logis : Nini menjemur baju.


SL

Walaubagaimanapun, subjek tersebut boleh dipisah-pisahkan dan dianalisis mengikut konsep masing-masing. Contohnya: Baju dijemur oleh Nini. Oleh Nini, baju dijemur. Baju, Nini dijemur oleh emak.

Sekian, terima kasih

You might also like