You are on page 1of 3

2.

Pandangan Sebagai Seorang Bakal Guru Bagi Membendung Masalah Dan IsuIsu Moral Yang Berlaku Warga pendidik terutamanya guru perlu sedar bahawa mereka menggalas tanggungjawab berat sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar di sekolah. Kewibawaan dan komitmen guru menjadi titik tolak dalam memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat dalam menangani masalah moral, gejala sosial membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan. Golongan remaja atau pelajar perlu diberikan kesedaran dan penerangan oleh guru mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk menyalahi undang-undang yang boleh membawa banyak kemudaratan seperti masalah buang bayi dan pelbagai penyakit. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini sebagai guru. Antara usaha yang boleh dilakukan sebagai seorang guru ialah kesedaran guru akan kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat, iaitu mereka telah mendapat pendidikan secara tidak langsung. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. Saya berpendapat bahawa seorang guru itu perlulah menerangkan kepada kanakkanak ini apa itu moral, kenapa sesuatu tindakan itu tidak boleh dilakukan,

bagaimana sesuatu akibat itu berlaku daripada tindakan yang dibuat tersebut. Apa yang saya maksudkan ialah mereka sudah mempunyai bayangan dalam pemikiran mereka akan sesuatu perkara tersebut, oleh itu guru itu sebagai pemudahcara bagi mereka untuk memperkenalkan atau memberi penjelasan yang bermakna kepada kanak-kanak cilik ini. Seterusnya, seseorang guru itu perlu sedar bahawa beliau mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya yakni guru juga bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Guru di sini bermaksud memainkan peranan sebagai Role Model yang merupakan kayu ukur kepada

perkembangan moral pada pandangan umum, khususnya pelajar-pelajar di sekolah. Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu ialah para guru atau pendidik. Oleh itu, sangat penting untuk guru mengetahui peranannya di sekolah supaya murid-murid yang diajar itu tidak tersalah langkah kerana pepatah ada mengatakan bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul tetapi dirinya sendiri berjalan tidak betul. Di samping itu, seseorang guru itu haruslah sedar bahawa guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, murid akan mula menunjukkan sikap yang tidak menepati norma-norma masyarakat sebagai cara protes dirinya ataupun ingin menarik perhatian guru bahawa dirinya mempunyai masalah. Pada pendapat saya, guru sepatutnya tahu setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai ragam dan macam, jadi, seseorang itu perlulah cuba mengenali bagaimana untuk menghadapi manusia ini. Guru perlu ingat bahawa apa yang diberi akan dirasai semula sebagai balasan. Berkemungkinan jika guru tersebut tidak menekankan nilai-nilai murni kepada murid-murid, mereka yang menghadapi masalah seperti penceraian ibu bapa akan mengalami tekanan dan sekiranya guru tidak peka terhadap situasi murid, barangkali murid itu akan terjebak dengan gejala-gejala negatif sama ada mencuri, bergaduh, dan buli. Sebagai contoh, dalam babak filem Harmony melalui watak Kang Yoo-Mi yang membunuh tanpa niat ayah tirinya akibat tindakan merogol dan kemudian apabila dipenjarakan beliau menjadi seorang yang pendiam dan tidak mahu bergaul dengan penghuni penjara lain. Walaupun ibunya datang untuk melawatnya di penjara, beliau turut tidak mahu berjumpa dengan ibunya. Bagi saya, tindakan beliau ini disebabkan masalah keluarga yang dihadapi di mana tiada sesiapa yang cuba untuk menyelami dirinya dan

mengambil tahu bahawa beliau perlukan kasih sayang dan sokongan. Saya juga merasakan tindakan beliau itu sebagai protes terhadap ibunya yang ketika kes pembunuhan ayahnya itu, ibunya tidak cuba untuk faham akan tindakan yang diambil bahkan terus tidak cuba untuk memahaminya. Bayangkan jika seorang guru memandang enteng akan perlakuan muridnya, sebenarnya guru tersebut telah menghancurkan masa hadapan murid tersebut kerana beliau terganggu untuk belajar dan akan mengundang kepada masalah lain. Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu, seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

You might also like