You are on page 1of 40

Disediakan oleh:

MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD PISMP SAINS SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2012

IPG KAMPUS PERLIS

PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa
maksud kumpulan manusia yang menetap bersamasama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

Pluralistik

(Majmuk) terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud satu


kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK


Tidak
adanya penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan.


Selalu berlaku konflik dan pertentangan antara kelompok yang
ada.

Tiap-tiap

kelompok itu mengekalkan mengikut bahagian sistem sosial mereka.

kuasa

autonomi

Unsur

paksaan serta saling bergantungan dalam bidang

ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi.

Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok dengan


kelompok yang lain.

Pemecahan
kepentingan

pucuk

pimpinan tertentu.

berdasarkan Tiap-tiap

kepada kelompok

kelompok

mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENJAJAHAN PORTUGIS

PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK

PENJAJAHAN BELANDA

PENJAJAHAN BRITISH

KESULTANAN MELAYU MELAKA


Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku
apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa.

Kedudukan

Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal.

Kemudahan

yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.

Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah


mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

Antara

kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka. masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.

Pembentukan

PENJAJAHAN PORTUGIS
Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis. Tujuannya
bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu agama, kekayaan dan kemegahan (Gospel, Gold and Glory).

Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada


berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.

Setelah

berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

Kesannya

wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.

PENJAJAHAN BELANDA
Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip
(raja negara Sepanyol).

Akibat

daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548.

Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan.


Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus.

Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke


kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia.

Pada

tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor. faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian InggerisBelanda (1824).

Disebabkan

ORANG MELAYU

PENJAJAHAN BRITISH

ORANG CINA

ORANG INDIA

ORANG MELAYU
Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan telah
menetap berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan kirakira 3 500 tahun dahulu.

Bilangan

orang Melayu semakin bertambah pada pertengahan abad ke-19 apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.

FAKTOR KEDATANGAN
1)
Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut.

2)

Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah tinggi.

3)

Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petanipetani Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.

4)

Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda. Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.

5)

ORANG CINA
Kemasukan
penghijrahan Cina bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka dengan negara China.

Pada

awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS) terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.

Pada

pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah mereka.

Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih


timah diambil alih oleh pedagang Eropah. Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu.

Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah


menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun 1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931.

Di

Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

FAKTOR KEDATANGAN
1)
Kesukaran hidup di negara China. Di zaman tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam yang terhad.

2)

Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.

3)

Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi. Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

4)

5)

Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.

6)

Penduduk di kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka berhijrah.

Perhubungan

ORANG INDIA

awal India dengan Semenanjung Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

Pada

zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagan.

Penghijrahan orang India secara beramai-ramai berlaku


mulai tahun 1840-an untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.

Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai buruh


India ke Tanah Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya, pada tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di Tanah Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471 536 orang pada tahun 1921.

Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus kedatangan


imigran India tetapi banyak buruh Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.

FAKTOR PENGHIJRAHAN
1)
Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad. Penyebab utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial dan menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah.

2)

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang yang diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan kepada tenaga buruh.

3)

Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orangorang India untuk bekerja di ladang-ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan (bangunan dan jalanraya).

POLITIK

EKONOMI

KESAN

SOSIOBUDAYA

POLITIK
Dari
segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang berbeza.

Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi


kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini.

Orang Melayu menunjukkan taat setia

mereka kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.

Menjelang

pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan.

Malayan Union telah membangkitkan semangat kebangsaan


orang Melayu dengan amat luas sekali.

Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul


sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia (MIC) pula ditubuhkan untuk: 1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersamasama kaum lain.


3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.

Bagi

masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama iaitu: 1) Melindungi hak kepentingan orang Cina

2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.

Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang


mewakili kepentingan kaum masing-masing.

EKONOMI
Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan
berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa.

Kaum Kaum

Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang kewangan. Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara.

Orang India bertumpu di kawasan perladangan


getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.

Kemasukan

buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolahsekolah dibina.

Penduduk

Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting.

SOSIOBUDAYA
Budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah
Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia.

Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai bangsa


telah mewujudkan pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian.

Kepercayaan

animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara luar khususnya India.

Pada

Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.

Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India


di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

KESIMPULAN
Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan
hasil interaksi beberapa faktor sejarah.

Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad


ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya


secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like