You are on page 1of 3

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN KE-20 SMK JALAN OYA 2012 7.

30 -7.30 Ketibaan para jemputan dan tetamu kehormat. PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR, ANDA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL DI HADAPAN ASTAKA/ PADANG MENGIKUT RUMAH SUKAN MASING-MASING KERANA UPACARA PERASMIAN AKAN BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. Ucapan Alu-aluan Assalamuailaikum, Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia diucapkan Kepada: Yg Berusaha Tuan Pengetua : En. Philip Choo Kuong Kiong

Yg Dihormati tetamu jemputan, YDP PIBG : Encik Edwin ak Mareng Penolong Kanan Pentadbiran : Pn. Ling Chuong Ing

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: En. Chew Ngat Jong Penolong Kanan Kokurikulum : En. Arunegeri Thanimalai

Penolong-Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahli Jawatankuasa Kejohanan Balapan & Padang Antara Rumah-Rumah Sukan Smk Jalan Oya Para Peserta Kejohanan Dan Para Pelajar Yang Dikasihi Sekalian

Burung Kenyalang hinggap di dahan, Duduk bertenggek melihat kejohanan, Kedatangan tuan kami alukan, Sukan Semenjaya kita raikan . Bersyukur kita ke hadrat Nya, maka pada pagi yang serba indah ini dapat kita berhimpun bersama-sama, bagi menjayakan majlis Perasmian Kejohanan Balapan & Padang Antara Rumah-Rumah Sukan Smk Jalan Oya tahun 2012 ini.

Sebagai pembuka tirai majlis, pada pagi ini kita akan saksikan dahulu upacara Menaikkan Bendera Kejohanan Balapan & Padang oleh Pasukan Badan Pengakap Sekolah. Seterusnya, diminta semua hadirin berdiri bagi menghormati lagu Kebangsaan kita iaitu, Lagu Negaraku diikuti oleh Lagu Negeri Sarawak Ibu Pertiwiku serta Lagu Sekolah , Semenjaya, yang akan berkumandang sebentar lagi. 1

Terima, kasih.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, kita akan disaksikan dahulu dengan persembahan istimewa daripada Kelab Citra Kemuyang dengan persembahan bertajuk..CHAMAK CHALO..... Habis. Ya, begitulah rancak dan menariknya persembahan tadi. Seterusnya kita saksikan pula satu lagi pertunjukan istimewa dari Kelab Karate-Do. Dipersilakan Ya, begitu bertenaga sekali persembahan yang ditunjukkan. Terima kasih. Majlis diteruskan lagi dengan Pembacaan Ikrar Kejohanan oleh wakil pelajar iaitu saudara Richard ak Ngayum. Dipersilakan Terima kasih, saudara Richard ak Ngayum Seterusnya , Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Pen.Kanan Ko-Kurikulum , En Arunegeri dan selaku, Pengurus Kejohanan, menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Seterusnya majlis mempersilakan pula, YDP PIBG En Edwin ak Mareng untuk menyampaikan ucapan perasmian sempena Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jalan Oya 2012 ini. Dipersilakan. Terima, kasih diucapkan. Hadirin yang dihormati. Kejohanan akan bermula sebentar sahaja lagi. Diharap kejohanan pada kali ini dapat disempurnakan dengan jayanya dan harapan kepada atlit-atlit yang mengambil bahagian agar dapat bersaing dengan bersungguh-sungguh demi kejayaan rumah sukan masing-masing. Maka dengan itu, selesailah, upacara perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jalan Oya 2012 ini

Perbarisan keluar kontijen dimulakan dengan pasukan kontijen dari rumah Sharif Masahor....diikuti oleh pasukan kontijen dari Rumah Tugau, seterusnya pasukan kontijen dari Rumah Linggir dan yang terakhir pasukan kontijen dari Rumah Rentap MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.....SALAM SUKAN 1 MALAYSIA.

You might also like