You are on page 1of 22

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

TAJUK 7

ASAS FOTOGRAFI

SINOPSIS Tajuk ini memperkenalkan tentang asas fotografi di mana pelajar akan dapat mengetahui beberapa teknik pengambaran yang telah dipelbagaikan. Dengan mempelajari asas fotografi pelajar juga dapat mengenali bahagian-bahagian kamera dengan era digital terkini yang kian mencabar bagi kegunaan fotografi dalam pendidikan. KERANGKA TAJUK

7.1 Sejarah perkembangan fotografi 7.2 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera 7.3 Jenis-jenis dan aksesori kamera 7.4 Jenis-jenis filem 7.5 Teknik penggambaran 7.6 Komposisi 7.7 Fotografi digital

7.1 Sejarah Perkembangan Fotografi

Sejarah menunjukkan kewujudan fotografi sejak abad ke-19

di mana foto

pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam. Istilah fotografi diambil dari perkataan photography yang berasal daripada perkataan greek yang membawa maksud cahaya (phos) dan menulis (graphien) Louis Jacques Mande Daquerre merupakan orang yang mula-mula sekali memperkenalkan fotografi dan ia juga dikenali sebagai bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obcura merupakan kamera yang pertama kali yang dipakai untuk menggambar kemudian memotret. Kamera Kodak (Eastmant Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika. Konstribusi fotografi ke dunia filem pertama kali dipelopori oleh Edward Muybridge. Flash atau lampu kilat pertama kali ditemukan oleh Harold E.Edgerton pada tahun 1938. Memotret benda-benda mati disebut dengan still life. Penemuan filem negatif oleh John Hendri Fox Talbot yang telah dibuat selama 40 detik di bawah terik matahari.

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan.

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang

untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej.

Semakin

kompleks

binaan/struktur

sesebuah

kamera,

semakin

lengkap

mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan.

Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

i.

Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.

ii.

Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera.

iii.

Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

iv.

Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

v.

Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem.

vi.

Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

vii.

Alat untuk menggulung filem.

viii.

Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

7.2 Bahagian-Bahagian Kamera Binaan sebuah kamera terdiri daripada beberapa komponen utama.

Rajah 1: Bahagian-bahagian Asas Kamera Sumber (Buku): Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.2.1 Kanta (Lensa)

Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

Saiz filem 110 126/127 35 120

Jarak fokus normal 25 mm 45 mm 50 mm 75 mm

Jenis-jenis kanta

i. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. jauh yang luas. Pemandangan

ii. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens) Ukurannya 43 mm 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

iii. Lensa Foto Jauh ( Telefoto) 85 mm 120 mm 135 mm 200 mm 300 mm 600 mm Untuk gambar potret. Sesuai untuk sukan pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

iv. Lensa Zoom Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya.

28 mm - 50 mm 50 mm 100 mm 70 mm 200 mm 135 mm 300 mm

sudut luas ke normal normal ke sederhana normal ke jauh sederhana ke jauh

Rajah 2 : Lensa Zoom Sumber : Canon Marketing Malaysia

7.2.2 Pengatup / shutter

Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik.

Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa

dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 3 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

7.2.3 Apertur ( Dedahan Cahaya)

Apertur

ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk

mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan.

Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

F2.8/3.8

f4

f5.6

f8

f11

f16

f22

Rajah 4 : Aperture (Dedahan Cahaya)

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 5 : Skala Apertur

7.2.4 Fokus

Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini

dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan

menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila fokusnya tepat.

Rajah 6 : Skala Fokus

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3 Jenis-jenis Kamera

Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij (cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view).

7.3.1 Kamera fokus tetap

Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus.

Yang ada hanya sebuah

penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga

kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar

Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang

Rajah 7 : Kamera Fokus tetap

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan 7.1

Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai jenis-jenis kamera dan bahagianbahagian asas kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran masa kini.

7.3.2 Kamera pencari jarak padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

7.3.3 Kamera satu lensa refleks (SLR)

Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya.

Ia

hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh

menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

Rajah 8 (i),(ii) : Kamera Satu Lensa Refleks Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3.4 Kamera format sederhana

Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Rajah 9 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996 )

Rajah 10 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996)

10

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.3.5 Kamera format besar

Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.

Rajah 11 : Kamera Format Besar

7.3.6 Kamera segera

Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini

disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

Rajah 12 : Kamera Segera ( Polaroid) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)


11

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Latihan 7.2

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera.

Berdasarkan bacaan anda, kenalpasti sejauh manakah perbezaan antara fungsifungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

7.4 Jenis-jenis Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

Rajah 13 : Jenis Filem

7.2.5.1 Jenis-jenis Filem Filem hitam-putih Filem Warna Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna warni atau hitam putih Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

12

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.2.5.2 Kepekaan Filem

Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah.

Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

1000 ISO 31

500

250

125

64

32

16

4 ASA

28

25

22

19

16

13

10

7 DIN

Kelajuan Tinggi

Kelajuan rendah

Rajah 14 : Kepekaan Filem

7.2.6 Meter dedahan

Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan skala pelaras kamera.

Rajah 15 : Meter Dedahan Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff


13

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.5 Teknik Penggambaran

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran seni foto. Berikut adalah contoh-contoh teknik fotografi:

Rajah 16.1 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

Rajah 16.2 : Fokus Jarak Sederhana

Rajah 16.3 : Fokus Jarak Jauh

14

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.4 : Teknik Aksi

Rajah 16.5 : Teknik Makro

Rajah 16.6 : Teknik Potret

15

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.7 : Teknik Perspektif

Rajah 16.8 : Teknik Pembekuan

Rajah 16.9 : Teknik Lanskap

16

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 16.10 : Teknik Simetri

Rajah 16.11 : Teknik Silhouttes

Latihan 7.3

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej tindanan, fokus sederhana, fokus jauh dan fokus dekat. Bincang bersama rakan untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar.

17

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

7.6 Komposisi Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam seni fotografi, antaranya komposisi. Berikut adalah berkaitan dengan komposisi: Menegaskan lagi impak komunikasi visual yang hendak disampaikan Menentukan subjek matter yang hendak ditonjolkan dan kaitannya dengan latar Menentukan mud dan mesej yang hendak disampaikan Komposisi imej digital/ foto boleh dibaiki atau diubah dengan teknik cropping dalam perisian aplikasi grafik- photo retouching atau pengimbas

Ada banyak teknik komposisi, tetapi apa yang perlu diberi perhatian adalah pengamalan Aturan Sepertiga atau The Rule Of Thirds dalam fotografi. Apakah Rule Of Thirds? Menurut Bryan F. Paterson; The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. (Artikel : Fotografi N8 / 808 Pureview: Teknik Komposisi Aturan Sepertiga, 11 Okt. 2012) Aturan sepertiga adalah sebuah teknik komposisi yang membahagikan kawasan foto menjadi tiga bahagian, baik secara vertikal maupun horizontal. Lihat ilustrasi seperti dalam rajah berikut:

18

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Rajah 17 : Pembahagian kawasan Aturan Sepertiga

7.7 Fotografi Digital Pengenalan mengenai Kamera Digital Tidak menggunakan filem, tetapi menyimpan gambar /imej secara elektronik; melalui mikrocip yang sensitive pada cahaya yang dikenali sebagai CCD (Charged Coupled Device) Membolehkan gambar diambil dan review terus pada kamera Memindahkan imej ke komputer, crop mengikut ukuran yang dikehendaki, menyesuaikan warna dan terang gelap imej; mencetak imej yang dikehendaki mengikut ukuran yang diperlukan Gambar/imej digital boleh di e-mail, hantar ke web site, atau boleh tunjukkan gambar kepada rakan melalui organizer tangan Cepat dan fleksibel (versatile) Boleh didapati dalam mega piksel 2 hingga 6 mega piksel; lebih besar piksel lebih besar gambar boleh dicetak Setiap gambar disimpan sebesar setem Boleh merakam gambar sebanyak mana yang mungkin mengikut keupayaan CCD dan kad penyimpan memori.

Penyimpan Memori/ Imej Menggunakan stail memori seperti komputer; kamera bukan digital menggunakan filem Lebih banyak memori, lebih banyak imej yang boleh disimpan
19

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

imej boleh disimpan dalam 3 bentuk memori imej iaitu: Kad memori yang boleh di tukar ganti o dimasukkan ke dalam kamera untuk menyimpan imej. Kad memori dimasukkan ke dalam komputer dengan bantuan adapter, atau kabel untuk memindahkan maklumat (imej) dari kamera ke komputer. Kad memori boleh didapati dalam bentuk: i. Kad SmartMedia- kapasiti memori 8 MB,16 Mb, 32 MB, 64MB,128 MB ii. Kad CompactFlash - kapasiti memori lebih tinggi, dari 175 MB 1040 MB; harganya lebih mahal iii. Kad PCMCIA - untuk kamera yang tertentu sahaja`

Menggunakan kamera digital yang menggunakan cakera liut untuk menyimpan imej, terus boleh digunakan pada komputer; jumlah imej yang disimpan adalah terhad

Jenis jenis kad memori : CompactFlash, PCMCIA, dan SmartMedia

Resolusi Imej Kamera Digital Diukur dalam unit piksel Piksel menentukan kualiti imej yang dicetak Lebih tinggi piksel, lagi kurang imej yang disimpan Kamera Digital Resolusi Rendah o 320 x240 piksel

Kamera Digital Resolusi Sederhana

20

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

dari 640 x 480 piksels (VGA - Kamera Video Graphic Array) hingga 800 x 600 piksel (SGVA- Kamera Super VGA ) dan 1024 x 768 piksel (XGA- Extended GA camera)

Kamera Digital Resolusi Tinggi o o o dikategorikan sebagai megapiksel mencapai tahap jutaan piksel sesuai untuk menghasilkan imej untuk produksi penerbitan kerana berupaya menghasilkan warna yang terang dan jelas.

Kamera Digital. diperolehi dalam pilihan megapiksel yang berikut: Mega piksel Sub-m.p (VGA) 1 m.p 2 m.p 3 m.p 6 m.p Ukuran cetakan imej Pada paparan komputer ,web site, e-mail

3 in X 5 in 5 in X 7 in 8in X 10 in 13 in X 19 in

RUMUSAN

Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik fotografi. BIBLIOGRAFI

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

21

EDU3105

T7-ASAS FOTOGRAFI

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: komponen teknologi pendidikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2008). Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer (MPV) Teknik Pemerolehan Grafik: Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.symbianku.my/fotografi-n8-808-pureview-teknik-komposisi-aturansepertiga/

22

You might also like