You are on page 1of 1

Kemahiran pengukuhan

a) Takrif - Pengukuhan ialah satu kemahiran yang digunakan oleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan jayanya. Kemhiran ini digunakan apabila seseorang guru hendak mengukuhkan tingkah laku, pemahaman, penerimaan perangai baik seseorang murid. - Pengukuhan membolehkan berulangnya perlakuan yang baik, membina sikap positif murid dan memberi kebaikan kepada seluruh kelas.

b) Objektif - Menarik dan mengekalkan perhatian murid. - Menggalakkan murid mencuba dengan lebih giat. - Membaiki disiplin kelas dan mengubah tabiat negatif murid. - Meningkatkan keyakinan diri murid. - Membanti meningkatkan prestasi murid.

c) Prinsip - Kemesraan dan semangat - Keragaman kegunaan (pelbagai bentuk pengukuhan) - Pengukuhan positif ( elakkan pengukuhan negatif) - Mendapat tindak balas positif dari murid.

d) Bentuk-bentuk - Galakkan secara lisan - Galakkan secara gerak geri atau bahasa isyarat. - Galakkan secara sentuhan - Galakkan secara dampingan. - Galakkan dengan menggunakan jawapan murid. - Galakkan secara memberi ganjaran - Peneguhan negatif lisan/ gerak isyarat negatif yang sesuai

You might also like