You are on page 1of 6

8.

1 Konsep Pengangkutan Awam Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor sepert teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)
Secara umumnya: Pengangkutan awam merangkumi pengangkutan darat, laut dan udara yang mengangkut orang ramai dan barangan bukan kenderaan sendiri, disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta dan mempunyai kadar tambang tertentu serta mempunyai laluan tertentu

8.2 Jenis Pengangkutan awam di Kawasan Kajian(berkumpulan)

"Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu bas, teksi, beca dan van 1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian. Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan. 2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki. 3) beca: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda).. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir. (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan. Jumlah beca. 4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian

8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Stesen Bas Kota Bharu ."Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik..." 1) Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya

2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) pekerja (awam dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi. Mengangkut penumpang dalam jumlah yang banyak 3) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri, pergi ke sekolah. 4) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah. 5) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk. 6) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca dapat mengangkut pelancong bersiar-siar di kawasan Bandar kota bharu

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa sangat bertuah dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Hal ini kerana, kerajaan telah menyediakan system pengangkutan awam yang berkesan dalam menangani masalah kesesakan yang wujud terutamanya di kawasan Bandar serta memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara.. Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..

8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Stesen Bas Kota Bharu (berkumpulan)(huraikan berdasarkan jenis pengangkutan awam yang kita pilih)
1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-

keluarkan asap kotor. 2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan 3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam 4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRTkereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas 5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa. 6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya 7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardinpenumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa) 8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti. 9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meterpemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. 10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas 11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat 12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (berkumpulan)(cadangan adalah berdasarkan masalah, 8.4)
Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif. Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau keduaduanya" dan kursus pemanduan berhemah. Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah: 1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. 2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah) 3) Pendidikan alam sekitar 4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara 5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya. 6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" .. 7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.

8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)
*

Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian. Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawabdalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan manamana huraian dalam aspek 8.5 ini.

9. Rumusan

Rumusan kajian pengangkutan awam


Seorang pelajar bertanya dalam ruangan komen. "cikgu cm mne nk buat rumusan...????" Jawapan saya adalah satu contoh spontan sahaja. Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.

Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan. Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-masalah..'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme. 'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh ........ di ........ Saya bangga kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di .......... Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit huraian anda sendiri seperti dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan di atas, untuk aspek masalah dan cadangan.

You might also like