You are on page 1of 2

Merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan

Itali. Beliau berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Memperkenalkan Teorem Pythagoras , yang menyatakan bahawa kuadrat hipotenus dari suatu segitiga siku-siku adalah sama dengan jumlah kuadrat dari kaki-kakinya . Beliau menulis banyak bukti berbentuk geometri tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang membuktikan. Ini disebabkan kawan-kawannya ingin merahsiakan semua penemuan. Memperkenalkan pembahagian garis kepada ekstrem dan min nisbah. Memperkenalkan bahawa sifat bilangan seperti bilangan genap dan ganjil, bilangan sempurna contohnya 6 mempunyai pembahagi 1, 2 dan 3 jika dijumlah 1+2+3 = 6.

Beliau adalah seorang ahli matematik yang sangat penting pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan arimetik nombor negatif yang bersistem dan nombor sifar. Beliau menekankan bahawa 0 + 0 = 0 dan 0 0 = 0 serta positif atau negatif dibahagi dengan sifar ialah pecahan. Beliau juga memperkenalkan hukum positif dibahagi dengan positif, atau negatif dengan negatif, ialah positif. Positif dibahagi dengan negatif ialah negatif. Negatif dibahagi dengan positif ialah negatif. Memperkenalkan konsep untuk menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua dan penyelesaikan untuk persamaan kuadratik. Menggunakan algebra untuk bercerita mengenai astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Digelar Ganita Chakra Chudamani yang bermaksud mutiara di kalangan ahli matematik.

You might also like