You are on page 1of 6

Kemusykilan Dalam Hadis Sesiapa Yang Mengucapkan Kalimah Tawhid Dengan Keikhlasan Hati, Haram Daripada Neraka

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya www.darulkautsar.net

)) : : (( (( )): (( : .

: : (( )) )):

Daripada Anas bin Malik1 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dan pada waktu itu Muadh samasama memboceng kenderaan dengan baginda. Baginda bersabda: Wahai Muadh bin Jabal. Muadh menjawab: Ya, saya di sini, wahai Rasulullah, bertuahlah engkau wahai Rasulullah. Tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang pun menyaksikan bahawa (tiada Tuhan melainkan Allah) dan (Muhammad itu Rasul Allah) dengan keikhlasan hati, melainkan Allah akan mengharamkannya daripada neraka. Muadh berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah saya beritahu tentangnya kepada orang ramai, dengan itu mereka akan gembira dengan berita ini?. Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu mereka akan berserah (tidak akan beramal). Muadh menceritakannya ketika hampir mati kerana takut berdosa.

Kemushkilan:

1[1] Al-Bukhari: 128, Muslim: 32

Apakah maksud Rasulullah s.a.w. menyatakan haramnya api neraka kepada orang yang mengucapkan kalimah tawhid sahaja sedangkan kezaliman yang dilakukan oleh manusia tidak gugur seperti yang telah diijmakan dan begitu juga orang yang mencampuradukkan antara amalan soleh dan perkara haram atau mensia-sia perkara wajib? Bukankah perkara-perkara ini boleh menyebabkan dia ke neraka?

Antara jawapan yang dikemukakan oleh ulama dalam merungkai persoalan ini ialah:

Pertama: Mengikut Said bin Musayyab dan segolongan ulama, pengharaman api neraka kerana ucapan kalimah tauhid adalah sebelum turunnya ayat tentang kefarduan dan perkara yang haram. Pendapat ini tidak dapat diterima kerana, hadis ini ada juga diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurayrah dan keislaman beliau adalah terkemudian. Oleh itu tetap muhkam (terus diamalkan) dan tidak mansukh.

Kedua, al-Hasan al-Basri berpendapat itu bagi orang yang menunaikan kewajipan dan tuntutan hak kalimah tawhid.

Ketiga, ini bagi orang yang mengucapkannya dengan penuh penyesalan dan bertawbat serta meninggal dunia dalam keadaan demikian. Ini adalah pendapat imam al-Bukhari.

Keempat, maksud haram di sini ialah haram kekal dalam api neraka. Berdasarkan kepada hadis;

Daripada Abu Said al-Khudri daripada Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: Ahli syurga akan memasuki syurga dan ahli neraka akan memasuki neraka. Kemudian Allah s.w.t. berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang yang dalam hatinya ada iman walaupun seberat biji sawi. Mereka dikeluarkan dari dalam keadaan telah hitan legam lalu dicampakkan ke dalam sungai malu atau sungai kehidupan. (al-Bukhari, no 22, 4581, 6560, 6574, 7438, 7439)

Kelima, ini menunjukkan kepada kebiasaan kerana orang yang mentawhidkan Allah, kebiasaan bagi dirinya ialah melakukan ketaatan dan menjauhi masiat.

Keenam, pengharaman secara keseluruhan, kerana bukan semua bahagian jasad orang Islam terkena api neraka. Seperti yang sabit dalam hadis yang lain, bahagian sujud tidak terkena api.

Dan Allah s.w.t. mengharamkan neraka dari memakan kesan sujud (dahi) dan mereka dikeluarkan dari neraka. Setiap anak Adam dimakan oleh api neraka kecuali kesan sujudnya. (alBukhari, no: 806, Muslim: 182, lihat juga al-Nasa`i: 1140, Ibn Majah: 4326)

Maksudnya di sini, orang Islam tidak akan diseksa dalam api neraka semua bahagian tubuhnya tetapi hanya bahagian tertentu sahaja.

Ketujuh, maksudnya ialah Allah mengharamkan api neraka yang dahsyat lagi kekal yang disediakan untuk orang kafir, meskipun dia melakukan dosa besar. Ini adalah pendapat Shah Waliyullah.

Kelapan, pengharaman dari api neraka ini khusus kepada orang yang ikhlas. Tidak mungkin orang yang ikhlas akan berterusan melakukan masiat sedangkan hatinya penuh dengan kasih

dan takut kepada Allah. Oleh sebab itu, hati mendorong anggota tubuh badan ke arah ketaatan dan menahan diri dari masiat.

Lafaz min qalbihi, bermaksud dengan keikhlasan hatinya, dengan sebenar-benarnya dari hatinya, mengucapkan dengan lidah dan membenarkan dengan hati. Dan ini memberi penekanan supaya ikhlas dalam pengakuan, bukan seperti persaksian orang munafiq. Menurut al-Tibi, lafaz sidq mengambil makna istiqamah kerana benar itu menunjukkan bertepatan ucapan dengan apa yang diberitakan dan juga perbuatan yang mencari-cari atau menjaga akhlak yang disenangi. Ayat alQur`an,

Dan orang yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) dan orang yang mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (alZumar: 33) yani membenarkan ucapan yang dinyatanya dengan perbuatan yang dijaganya.

Kesembilan, terikat dengan sharat. Kerana adakalanya nas datang dengan mutlak tanpa sharat dan sharat tersebut disebutkan pula dalam nas yang lain. Kaedah usul ada menyebutkan nas yang mutlak hendaklah ditafsirkan berdasarkan yang muqayyad. Tambahan pula, nas-nas shara hendaklah diteliti dan difahami secara keseluruhan, saling berkait, bukan terpisah-pisah.

Kesepuluh, pendapat Mawlana Anwar Shah al-Kashmiri, hadis ini tidak menyentuh kadar amalan yang dimestikan bagi memasuki syurga. Janji yang terdapat dalam hadis ini hanya diperolehi setelah mengambil kira semua perintah-perintah Shara dan juga laranganlarangannya. Bagi beliau, dalam bab targhib dan tabshir (menggalakkan dan memberi berita gembira) sharat-sharat tidak dijelaskan dan ini sesuai dengannya kerana ia adalah bab yang tersendiri berbeza dengan bab talim (pengajaran) yang perlu kepada penjelasan terperinci. (La yajuz ta`khir al-Bayan an Waqt al-Hajah). (lihat Faid al-Bari, jil. hal. 318)

Kesimpulan daripada perbincangan

Dalil dari al-Qur`an dan hadis seperti ini hendaklah difahami berdasarkan kaedah yang telah digariskan oleh para ulama. Berhubung dengan hadis yang memberi khabar gembira, hendaklah diambil kira maksud Rasulullah s.a.w. yang asal iaitu kesan tawhid kepada manusia tanpa melihat kepada kelebihan mana-mana amalan lain. Yani tanpa melihat kepada adakah tuntutan amalan lain disempurnakan atau tidak. Ini seperti sifat potensi ubat yang tertulis dalam buku-buku perubatan. Bagaimanapun, ubat itu hanya berkesan bagi mereka yang mematuhi arahan atau berpantang. Demikian juga, orang yang mengambil ubat tersebut tidak sama, ada yang mempunyai penyakit lain atau tidak.

Dengan memahami hadis berdasarkan kepada kaedahnya, maka tidak akan timbul kemushkilan dan terselamat dari salah tanggap yang berpunca daripada sikap tidak berhati-hati dalam ilmu hadis.

Faedah dan kesan utama dari Tawhid, dua kalimah Shahadah ialah selamat dari api neraka dan akan masuk syurga. Akan tetapi jika dia bertindak malang, melakukan apa yang Allah s.w.t. dan Rasul-Nya larang, akan memasuki neraka juga. Bagaimanapun masuknya dia ke neraka bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk membersihkan dirinya.

Pengajaran hadis:

1. Kelebihan orang yang mati dalam keadaan mentawhidkan Allah. 2. Mengambilkira keadaan orang yang hendak disampaikan ilmu kerana bimbang timbul salah faham dan fitnah. Muadz menceritakan hadis ini di saat kematiannya kerana bimbang berdosa takut termasuk dalam dosa menyembunyikan ilmu. 3. Wajib menyampaikan ilmu sesuai dengan tahap pencapaian pendengar. 4. Tidak boleh berpegang semata-mata dengan shahadah. Tidak dapat tidak perlu kepada amalan-amalan lain. 5. Keharusan menumpang atau membonceng kenderaan orang lain. 6. Hadis ini menunjukkan kepada kedudukan Muadh yang mulia, di mana beliau berpeluang berada bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. 7. Keharusan untuk mengulangkan ayat jika diperlukan dan mempunyai maksud penting.

8. Perlu bertanya jika ada tidak mendapat kepastian dalam sesuatu perkara. 9. Meminta keizinan untuk menyampaikan dan menyebarkan ilmu sekiranya ilmu itu diambil secara sendirian. 10. Menyahut panggilan dengan lafaz yang menunjukkan kepada kesungguhan dan kesediaan bukan dengan cara yang lewa dan malas. Maksud lafaz Labbayka, sentiasa menyahut seruan, bersedia untuk melakukan apa yang diperintahkan setelah mana dipanggil. 11. Menyampaikan berita gembira kepada ahli Tawhid.

Sumber: http: //www.darulkautsar.net/4859Kemushkilan_Dalam_Hadis_Sesiapa_Yang_Mengucapkan_Kalimah_Tawhid_De ngan_Keikhlasan_Hati,_Haram_Daripada_Neraka.html

You might also like