You are on page 1of 10

KERTAS PENERANGAN

KURSUS/TRADE PEMBUAT PERABOT A-010-1


TAHAP/LEVEL TAHAP 1
DUTI/DUTY 04 - APPLY CONSTRUCTION TECHNIQUES
TUGAS/TASK 04.01 - Construct variuos types of joints
OBJEKTIF Construct various types of joint by following
PENCAPAIAN the construction procdure using appropriate
PENILAIAN/TERMI tools and equipment so that the joint can be
NAL fitted perfectly
PERFORMANCE
OBJECTIVE
NAMA PELAJAR
NO KAD
PENGENALAN

JENIS – JENIS TANGGAM DALAM PEMBINAAN DAN KERJA


PERTUKANGAN KAYU.

Pembinaan tanggam dalam kerja ketukangan kayu adalah amat diperlukan untuk
menghasilkan satu sambungan diantara kayu yang kuat dan baik supaya ianya
sentiasa selamat dan tidak rosak atau lemah. Jenis –jenis tanggam yang digunakan
perlulah sesuai dengan keadaan kerja yang diperlukan supaya dapat memenuhi
kehendak diatas itu. Tanggam-tanggam ini boleh dikelaskan kepada 4 kategori
utama mengikut fungsi dan penggunaannya seperti :

i. Tanggam melebar
ii. Tanggam siku
iii. Tanggam pemidang
iv. Tanggam memanjang

TANGGAM PEMIDANG

 Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk


pemidang.
 Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi.
 Contohnya ialah pada pintu berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi
dan lain lain lagi.

A. TANGAM LEKAP

 Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian


keping kayu yang akan dilekapkan.
 Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila
dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
 Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :

1 tanggam lekap siku atau pepenjuru


2 tanggam lekap penjuru rencong
3 tanggam lekap T
4 tanggam lekap bajang T
5 tanggam lekap palang

1. TANGAM LEKAP SIKU ATAU PEPENJURU

Ia digunakan pada sudut pemidang

2. -TANGGAM LEKAP PENJURU RENCONG

Ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan


sebagainya kerana pelitupannya dapat dapat melindungi ira hujung kayu.
3. TANGGAM LEKAP T

Ia digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu dengan


pemidang tegak secara melintang dihujungnya hujungnya.

TANGGAM LEKAP T (buntu)


4. TANGGAM LEKAP BAJANG T

Ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari
sebelah luar.

5. TANGGAM LEKAP PALANG

Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.


6.

B. TANGGAM KEKANG

 Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan
puting.
 Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin dan soket (cabang).
 Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu.
 Ada 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan.

1. TANGGAM KEKANG T

Ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada


pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya.
C.

2. TANGGAM KEKANG PENJURU

 Nama yang lain bagi tanggam ini ialah tangam lubang dan puting terbuka.
 Ia digunakan pada penjuru pemidang.
3. TANGGAM KEKANG PENJURU RENCONG

 Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah ataupun sebelah


sahaja.
 Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam
lekap rencong dikhendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.

C. TANGGAM PENETAP

 Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap.


 Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3
kali diameternya.
 Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan

meja.

 Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabut yang dihasilkan secara
pasangkan sendiri ( knock down furniture )

D. TANGGAM LUBANG DAN PUTING


 Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam
pemidang.
 Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula
mempunyai fungsi yang tertentu.
 Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :

1. TANGGAM LUBANG DAN PUTING – TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA


○ Kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama
tebal.
 Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak.
 Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah
1/3 daripada tebal kayu yang berkenaan.
 Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya.
 Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah dibuat dua puting.
 Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.
 Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila
menebuk lubang.
 Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembuskan muka pemidang tegak
dan puting untuk menguatkannya.
 Akan tetapi,kayu yang dipasakkan itu akan mencacatkan rupa permukaan
pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat
perabut.

2. TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERJANJANG

 Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang


tegak pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi.
 Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting.
 Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada
beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut

3.

3. TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERBAHU TINGGI RENDAH

• Sebelah bahu puting dikerat panjang sedikit untuk menerima


tetingkat

4. TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERBAHU SEBELAH

• Tanggam ini digunakan apabila lintang pemidang lebih nipis


daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja
biasa.puting ini cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan
tebalnya ialah ½ tebal kayu pemidang lintang.

 LAIN-LAIN TANGGAM LUBANG DAN PUTING

I. Tanggam lubang dan puting sanding

II. tanggam lubang dan puting kembar

You might also like