You are on page 1of 3

FLYING FOX

Matlamat pembelajaran Bertujuan memperkenalkan para pelajar berkenaan aktiviti flying fox dan ciri-cirinya.

Objketif pembelajaran 1. Pelajar dapat mengetahui konsep flying fox. 2. Pelajar dapat menyatakan ciri-ciri yang harus ada pada aktiviti flying fox.

Istilah "flying fox" merujuk kepada zip line yang berskala kecil, juga dikenali sebagai foefie slide, zip wire, aerial runway dan oraerial ropeslide . Terdiri daripada takal yang digantung pada kabel yang biasanya diperbuat daripada besi tahan karat yang dipasang secara condong.

Gambar menunjukkan takal atau pulley yang digantung pada kabel dalam aktiviti flying fox.
1

Seterusnya, ia direka bentuk untuk membolehkan pengguna digerakkan oleh graviti untuk bergerak dari atas ke bawah dengan menggunakan kabel condong. Zip line datang dalam pelbagai bentuk, kebanyakkannya digunakan sebagai satu cara hiburan. Kadang kala ianya pendek dan rendah, bertujuan untuk mainan kanak-kanak, kita akan dapati pada beberapa taman permainan. Tunggangan yang lebih panjang dan lebih tinggi sering digunakan sebagai satu cara untuk mengakses kawasan pedalaman, seperti kanopi hutan hujan tropika.

Gambar menunjukkan kabel yang digunakan untuk aktiviti flying fox

Selaras dengan dasar Tyrolean traverse (kaedah menyeberangi melalui ruang kosong di antara dua titik tinggi di atas tali yang tinggi tanpa menggunakan troli atau bekas. Selalu digunakan dalam pelbagai aktiviti, contohnya mendaki gunung, memanjat pokok, penerokaan gua dan melintas air) aktiviti ini menjadi aktiviti percutian yang popular dan
2

boleh ditemui di kem atau pusat peranginan. Zipline adalah pada dasar kepada Tyrolean traverse membenarkan kita bergerak dengan cepat dengan bantuan graviti.

Gambar menunjukkan aksi flying fox dilakukan.

You might also like