You are on page 1of 1

RUMUSAN Penilaian dan pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga akhir.

Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan Jika dilihat keputusan Indeks kesukaran

berdasarkan kerja kursus yang dihasilkan ini, item / soalan yang dibina adalah baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran atau perbezaan yang melampau. Berdasarkan kerja kursus subjek ini, dapat dirumuskan bahawa penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian dan panduan pemarkahan amatlah penting dan guru pelatih perlu menyiakan diri untuk menambah pengetahuan sedia ada mengenai penyediaan JSU dan panduan pemarkahan. Selain itu, guru pelatih perlu menguasai kemahiran pembinaan item ujian supaya memudahkan tugas ketika bergelar guru kelak. Kemahiran menganalisis item ujian juga perlu dikuasai agar item-item dalam pembinaan ujian adalah relevan dan bersesuaian dengan tahap penguasaan murid. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembinaan ujian agar pelajar dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan. Malah item yang dibina perlu bersesuaian dan mencabar kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka. Perlaksanaan kerja kursus ini telah memberikan pelbagai input yang berguna kepada guru pelatih. Sesungguhnya kami telah melaksanakan tugasan ini secara bersungguh-sungguh. Diharapkan agar pensyarah pembimbing berpuas hati dengan hasil tugasan kerja kursus yang dipersembahkan oleh guru pelatih.

You might also like