You are on page 1of 1

TOPIK 6

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

6.1 Kemahiran Lisan Dan Bukan Lisan 6.1.1 Kemahiran Lisan 6.1.1a. Kemahiran Lisan Guru Dalam Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya Perkara pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru ketika berada di sekolah ialah kemahiran lisan guru. Hal ini penting kerana kita sedia maklum bahawa kanak-kanak banyak belajar melalui peniruan suasana di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru harus menguasai kemahiran lisan dengan cemerlang dan diserapkan dalam proses pengajaran agar sesi pembelajaran menjadi lebih mengujakan dan menambat hati murid. Antara kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh guru ialah: A) Sebutan Kelebihan negara kita ialah mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan kumpulan etnik. Oleh yang demikian, guru harus mencari medium penghubung yang menghubungkan murid-murid pelbagai kaum di sekolah. Medium yang boleh digunakan oleh golongan pendidik ialah menjadikan bahasa melayu sebagai agen perpaduan. Setiap guru harus mempunyai sebutan yang jelas, dan tepat, hal ini harus diamalkan oleh semua guru tanpa mengira subjek yang diajar. Dalam penggunaan Bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku sangat perlu bagi mengelakkan penggunaan bahasa dialek atau bahasa pasar menjadi amalan. 6.1.2 Kemahiran Bukan Lisan Menurut Noriati A.Rashid (2011), Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej melaui pelbagai cara tanpa penggunaan perkataan. Dengan kata lain, kemahiran bukan lisan boleh ditafsirkan sebagai cara berkomunikasi dua hala tanpa menggunakan suara atau tutur bicara. Kemahiran ini sangat penting kepada seseorang yang tugasnya berhadapan dengan manusia serta memerlukan proses komunikasi seperti guru, peguam, doktor, jurujual dan lain-lain lagi. Di dalam konteks bidang perguruan, kemahiran bukan lisan ini sangat penting bagi seorang guru kerana mereka ialah golongan pendidik dan agen sosial. Tugas dan tanggungjawab seorang guru terikat dengan komunikasi dengan murid, pihak sekolah, ibu bapa dan orang awam. Oleh yang demikian, guru perlu menguasai pengetahuan berhubung dengan kemahiran bukan lisan dan disesuaikan dengan budaya setempat

You might also like