You are on page 1of 5

Bio Impedance Analysis (BIA)

Bio Impedance Analysis merupakan cara mudah untuk mengukur komposisi badan. Thomesett (1962) ialah orang yang pertama yang memulakan prinsip asas BIA . Prinsip-prinsip tersebut ialah : i. ii. Arus elektrik dialirkan antara dua elektrod yang dilekatkan pada badan. Rintangan terhadap aliran arus elektrik akan direkodkan oleh BIA analyzer. iii. Air ialah pengalir arus di mana sekiranya air banyak dalam badan ia akan meningkatkan aliran dan sekiranya lemak (penebat arus elektrik) banyak dalam badan menyebabkan rintangan tinggi pada BIA. iv. Fat-Free Mass dan Total Body Water menyebabkan bacaan lemak menurun.

Prosedur Ujian BIA ialah : Cara tetrapolar menggunakan empat (4) elektrod yang dilekatkan pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan pergelangan kaki.

Rangsangan elektrik (500uA 800uA) pada 50 kHz dialirkan dari elektrod. Puncanya (distal) pada tangan dan kaki dan Voltan elektrod menurun akibat rintangan dikesan oleh sensor (pada bahagian proximal) yang diletakkan pada wrist dan ankle.

Formula BIA ialah % BF = ( FM / BW ) X 100

Punca Ralat i. Punca ralat ialah ; Proses instrument Faktor Subjek Faktor Penguji Faktor Persekitaran Persamaan ramalan yang digunakan untuk menganggar FFM. Sumber daripada Kushman (1992); Lohman (1959); Van Loan (1990). ii. Secara teorinya anggaran ralat yang dianggarkan ialah sekitar 1.8 kg sekiranya kaedah yang dirujuk adalah tidak melakukan kesilapan

(Lohman,1992). Malangnya, ralat bahagian ramalan keseluruhan yang berkenaan dengan BIA (20-50%) dan persamaan-persamaan yang

digunakan akan menambahkan lagi ralat dalam sesuatu kaedah rujukan. iii. Seterusnya, SEE bagi < 3.5 kg untuk lelaki dan < 2.8 kg untuk wanita boleh diterima. iv. v. Instrumen yang digunakan. Perbezaan jenama vi. Penggunaan arus elektrik berbeza Versi keluaran Teknik

Faktor Subjek

Ralat terjadi sekiranya subjek Mengalami dehidrasi 4 jam selepas makan dan latihan Alami haid

vii.

Penguji Bukanlah penyebab utama ralat Penguji berlainan ke atas seseorang subjek Cara berlainan Subjek baring dengan tangan dan kaki dijarakkan pada sudut lebih kurang 45%.

viii.

Faktor persekitaran BIA mesti dijalankan secara :

Subjek berbaring dalam keadaan supinasi di atas permukaan yang bukan bersifat konduktive kepada arus elektrik.

Dalam bilik yang suhu normal (350C) Subjek tidak boleh makan dan minum dalam tempoh 4 jam sebelum ujian.

Tidak melakukan sebarang latihan dalam tempoh 12 jam sebelum ujian.

Tidak buang air kecil 30 minit sebelum latihan.

ix.

Persamaan ramalan BIA Persamaan BIA seharusnya dipilih berdasarkan umur, jantina, etnik, aras faktor fizikal dan aras kegemukan subjek untuk mengelakkan ralat dalam menganggarkan FFM.

x.

Teknik BIA Ukuran BIA di ambil dibahagian kanan dengan subjek baring di atas alas yang nonkonduktif di dalam bilik bersuhu normal (35 0C) Kulit hendaklah dibersihkan dengan alkohol sebelum menampal elektrod. Letakkan elektrod sensor (proximal dipermukaan dorsal pergelangan tangan, jadi sempadan bahagian atas elektrod melintangi bahagian ulna. Permukaan dorsal pergelangan kaki, jadi sempadan bahagian atas elektrod melintangi bahagian medial dan lateral malleoii. Letakkan punca elektrod dibahagian asas yang kedua atau ketiga sendi metacarpalphalengeal tangan atau kaki. Jarak antara keduadua elektrod ialah 5 cm. Punca elektrod yang berwarna merah akan dilekatkan dibahagian pergelangan tangan dan kaki, punca yang berwarna hitam dilekatkan di tangan dan kaki.

Kedua-dua tangan diletakkan pada kedudukan 450 antara satu sama lain. Tidak boleh bersentuh antara paha dengan paha dan antara tangan dan badan.

You might also like