You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN Pantang larang mengikut definisi yang dirujuk Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan perkara yang dilarang dilakukan menurut adat dan kepercayaan masyarakat dulu-dulu. Pantang larang juga membawa maksud perlakuan atau

perbuatan yang ditegah dalam sesuatu masyarakat di Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat Melayu ada 1001 jenis pantang-larang. Tidak semua pantang-larang itu dapat diterima akal, namun tetap indah dan berseni, terutama dalam membentuk struktur kehidupan yang sempurna. Walaupun banyak beranggapan pantang-larang tidak sesuai digunakan terutama menghadapi kehidupan alaf baru, tiada tanda pantang-larang akan dipinggirkan begitu sahaja. Sekarang, masyarakat tidak begitu aktif dengan mengamalkan pantang larang. Apabila mereka mendapat tahu bahawa pantang larang dicipta semata-mata untuk memberi petunjuk dan kadang kala menakutkan, mereka sudah merubah persepsi dan mengaggap bahawa pantang larang itu tidak benar. Bukan semua tetapi segelintir sahaja kerana melalui pantang larang dapat membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. 1.1 TUJUAN Jika dilihat dengan teliti, pantang larang itu wujud melalui pengalaman orang dahulu dengan meneliti dari pelbagai aspek kehidupan. Orang dahulu menggunakan pendekatan yang lebih halus dan berhemah dalam mengajar setiap ahlinya. Masyarakat dahulu mendidik bermulanya dari kecil lagi. Mereka memegang pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana jika seseorang itu sudah besar, kepalanya juga semakin besar. Sudah semakin sukar untuk dilentur. Oleh yang demikian, antara tujuan pantang larang yang boleh dilihat secara langsung yang
1

mana tidak dapat disangkal lagi ialah untuk mendidik. Mendidik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan proses mengajar atau melatih. Jadi, kita dapat melihat bahawa pantang larang merupakan satu medium untuk mendidik sama ada anak-anak atau diri kita sendiri dalam menjalani rutin harian kita. Sebagai contoh, banyak pantang larang yang berbunyi untuk menakutkan kanak-kanak seperti jika makan nasi tidak habis nanti nasi akan menangis, jangan mengasah pensil di kedua bahagian depan dan belakang nanti ibu bapa mati cepat manakala bagi orang India, selalu melarang anaknya akan di dalam gelap kerana hantu akan makan bersamanya nanti. Pantang larang yang menakutkan ini wujud kerana orang tua-tua dahulu percaya bahawa perasaan takut melakukan perkara yang dilarang merupakan salah satu cara untuk membentuk kesopanan dalam diri anak-anak. Mereka ingin putera puteri mereka yang lahir mempunyai nilai diri yang tinggi. Seterusnya, dengan wujudnya pantang larang yang diamalkan hingga kini secara tidak langsung dapat memurnikan tingkah laku seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian. Seseorang inidividu mampu menjaga tingkah laku dan tatasusilanya baik dari percakapan malahan perbuatannya dalam pergaulan sehari-harian. Apa yang jelas kita lihat, melalui pantang larang ini terselit sopan santun dan nilai peribadi yang tinggi. Usaha mengekalkan pantang larang memang patut disanjung dan orang tua tidak patut dipersalahkan kerana manusis ketika itu mempunyai sifat tidak sanggup menjatuhkan maruah dan air muka secara terangterangan. Dari sifat tidak suka berterus terang inilah yang mewujudkan ahli bijak pandai yang melahirkan beribu-ribu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, kiasan, bidalan, lidah pendita dan sebagainya. Antara contoh pantang larang yang mampu mentatasusilakan seseorang individu ialah dilarang menyanyi di dapur di khuatiri akan mendapat lelaki tua.
2

Rasionalnya di sini, jika si anak dara leka menyanyi di dapur ditakuti apa yang dimasak mungkin hangus ataupun tidak sempurna kerana secara logiknya menyanyi di dapur adalah kurang sopan kerana di dapur adalah tempat memasak,bukan menyanyi. Tambahan pula dikhuatiri akan menganggu orang lain. Orang Cina pula melarang untuk mencucuk chopstick pada makanan dalam keadaan menegak kerana dipercayai seperti membuat upacara pemujaan syaitan. Padahal rasionalnya tindakan sebegitu kurang sopan. Contoh yang diberi secara tidak langsung dapat menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam diri individu. Jika pantang larang ini masih di praktikkan hingga kini, tidak mustahil kita akan memperoleh golongan muda yang penuh kesopanan dan bukannya dengan penuh kebongkakkan. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Antara tujuan lain yang jelas dapat dilihat dalam pantang larang hampir semua masyarakat ialah untuk mengelakkan penganiyaan terhadap binatang. Pantang larang melibatkan penganiayaan terhadap binatang ini dilihat jelas semasa wanita sedang hamil. Contohnya, suami dan ibu mengandung itu sendiri dilarang mengapaapakan binatang kerana dikhuatiri bayi akan terkenan. Antaranya ialah Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut. Ratarata kebanyakan pantang larang yang wujud di negara ini mengatakan perkara yang sama semasa tempoh kehamilan. Jelaslah bahawa orang-orang tua dahulu ingin menegah sama sekali penganiayaan terhadap binatang.
3

Dikatakan bahawa orang-orang dulu mempercayai kepada semangatsemangat seperti semangat hutan dan semangat haiwan. Jadi, mereka tidak mahu anak, menantu, cucu mereka dan keluarga mereka di timpa sebarang musibah. Selain itu, kita juga dapat mendidik generasi kini yang semakin nipis

kemanusiaannya untuk bersikap lebih berperikemanusiaan bukan sahaja dengan manusia malah dengan haiwan juga. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, sepatutnya dapat menjaga kelakuan dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Secara logiknya, apa sangat salah haiwan tersebut sehinggakan kita hendak menganiaya haiwan. Oleh yang demikian, pantang larang yang menakutkan kita ini secara tidak langsung dapat memanusiakan kita dan juga mengelakkan

penganiayaan ke atas binatang. Akhir sekali, pantang larang dikekalkan dan diamalkan sehingga masih dipegang kuat golongan mak, ayah kita kerana pantang larang ini merupakan satu harta pusaka yang diwarisi turun temurun. Temubual yang kami lakukan bersama beberapan responden yang terdiri dari golongan muda memberi jawapan yang sama di mana pantang larang merupakan satu perkara yang membuatkan mereka masingmasing berasa istimewa di atas keunikan yang ada pada kaum mereka. Mereka juga berpedapat bahawa pantang larang merupakan satu warisan yang di turunkan oleh nenek moyang mereka dan mereka seharusnya menghargainya. Mereka juga tidaklah sepenuhnya mengamalkan pantang larang yang ada tapi mereka tidak pula menafikan atau menolak pantang larang yang wujud kerana itu merupakan salah satu cara mereka menghormati peninggalan nenek moyang mereka. Hal ini merupakan satu perkara yang positif bagi anak muda generasi kini. Apa yang dapat disimpulkan melalui temubual bersama mereka, pantang larang yang masih wujud hingga kini perlu dikekalkan dengan tujuan untuk menhormati peninggalan nenek
4

moyang yang boleh dikira sebagai harata pusaka sesuatu kaum itu tidak kira dari kaum mana atau etnik mana seseorang itu. Seperti yang kita tahu, Malaysia terkenal di mata dunia dengan kepelbagaian ras, entik, budaya yang mana kaya dengan pelbagai kepercayaan, pantang larang dan adat. Jika apa yang ada pada kita tidak dihargai dan dipelihara maka identiti dan keunikan kita juga akan lupus ditelan zaman yang serba moden ini. Contohnya, pengantin tidak boleh keluar rumah seminggu sebelum berkahwin, khuatir jika ada berlaku kecelakaan. Hampir semua masyarakat di Malaysia mempeacayainya tak kira kaum apa pun kerana perbuatan berjumpa antara sama lain sebelum berkahwin dianggap tidak sopan dan tidak manis dipandang orang selain akan hilang seri pengantin. Pantang larang ini kekal hingga hari ini sebagai salah satu tinggalan dari nenek moyang masing-masing. Oleh yang demikian, generasi muda patut menghargainya dan meneruskan supaya dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.

1.2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI NEGARA KITA

1.3 . KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1.3.1. KELAS SOSIAL


6

1.4 CABARAN GURU DALAM MENGHADAPI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI DALAM KELAS Antara cabaran yang dihadapi dek kepelbagaian budaya yang wujud ialah ketidakserasian antara murid di dalam kelas. Perkara ini kita jelas dapat lihat melalui keduduka mereka di dalam kelas. Murid-murid lebih cenderung untuk memilih duduk bersebelahan bersama rakan yang sama budaya dengan mereka. Adakalanya jika kita pergi ke kelas yang berada di hujung, mereka akan duduk secara berkelompok di dalam kelas. Kumpulan-kumpulan kaum atau budaya yang berlainan ini juga sering di lihat bertelagah dek kerana mempunyai pendapat yang berbeza dan berlainan. Oleh yang demikian, pergaulan antara mereka sangat terhad. Mereka seolah-olah membataskan pergaulan sesama mereka dek kerana ketidaksamaan latar belakang. Permasalahan akan timbul bagi seseorang guru apabila melakukan aktiviti kelas secara berkumpulan. Walaupun guru telah membahagikan kumpulan secara sama rata dan mencampurkan mereka tanpa memilih warna kulit, kerjasama yang wujud dalam kumpulan tersebut akan dilihat sangat terhad dan matlamat guru untuk memecahkan sifat perkauman tidak tercapai. Apatah lagi etnik yang berada di Sabah dan Sarawak yang masih memegang kuat kepada kepercayaan masingmasing. Akan menjadi lebih sukar untuk mereka bergaul tambah pula dengan bahasa yang berbeza. Walaupun menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium interaksi, namun tahap kefasihan penggunaan bahasa ini sangat lemah kerana bahasa perantaraan yang digunakan murid pelbagai etnik ini di rumah adalah mengikut etnik masing-masing. Jadi, ini juga menimbulkan masalah kepada guru

untuk mewujudkan keserasian antara murid semasa melaksanakan sesuatu aktiviti kelas. Seterusnya, guru akan menghadapi satu lagi cabaran dalam merealisasikan misi dan matlamat konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia Yang Keenam; Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu untuk membentuk perpaduan dalam kalangan murid seterusnya membina

persefahaman di antara mereka. Sukarnya untuk membina persefahaman antara murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya adalah kerana budaya ini telah menjadi sebahagian dari diri mereka kerana budaya tersebut merupakan warisan turun-temurun dari nenek moyang masing-masing. Rata-rata murid yang masih tidak terbuka pemikirannya dan tidak dapat menilai sesuatu dengan satu pandangan yang matang akan lebih cenderung untuk mengikuti kepercayaan ibu bapa mereka mereka. Justeru, mereka tidak mempunyai sifat yang terbuka mengenai amalan yang diamalkan oleh kaum yang berbeza dengan mereka maka wjudlah satu perasaan perbezaan antara diri mereka dan rakan yang lain. Perkara ini akan mewujudkan ketidaksefahaman antara murid di dalam kelas dan seterusnya perpaduan sukar dicapai. Bagi seseorang guru untuk menceritakan perihal konsep perpaduan kepada murid-murid khususnya murid sekolah rendah yang mana merupakan satu subjek yang abstrak merupakan cabaran yang besar. Pemahaman mereka terhadap perpaduan sangat terhad kerana cara hidup yang mereka amalkan dilihat sangat berbeza. Tambahan lagi bagi mereka yang sedari kecil lagi tidak pernah keluar dari komuniti setempat yang terdiri dari golongan warna kulit yang sama. Jadi, untuk memahamkan murid-murid khususnya murid sekolah rendah memerlukan pendekatan yang kreatif supaya mereka dapat menerima perbezaan

yang ada dan dapat menyesuaikan diri ketika bergaul bersama rakan kelas yang lain. Selain itu, guru juga menghadapi cabaran dalam pembawakan dirinya di dalam kelas. Antara sedar atau tidak, guru itu sendiri kadang-kadang mewujudkan jurang antara kaum di dalam kelas di mana sikap guru yang bias terhadap kaum. Pengalaman menjadi murid dan pelajar kepada guru yang berlainan bangsa memberi satu persepsi di mana ada ketikanya guru akan memberi layanan yang lebih kepada murid yang sama warna kulit dengannya. Perkara ini juga ada kalanya terbawa-bawa sehingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi. Hal ini juga merupakan satu cabaran kepada guru untuk bersikap natural di dalam kelas guru perlu melayani semua murid secara sama rata tanpa melihat kepada warna kulitnya. Jangan dek kerana ada beberapa amalan murid yang bertentangan dengan guru tersebut maka guru memilih untuk menyisihkan atau meminggirkan murid tersebut. Jadilah seperti lilin yang membakar diri demi menerangi kegelapan. Bukan itu saja, pembawakan diri seorang guru juga dilihat kurang berkesan jika ada guru semenanjung yang dihantar berkhidmat ke pedalaman dan juga ke Sabah dan Sarawak. Hal ini selalunya berlaku kepada guru baru. Guru baru akan lebih cenderung menggunakan bahasa perantaraan yang standard dalam berkomunikasi di dalam kelas tanpa menyedari bahawa murid-muridnya yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang mana rata-ratanya tidak mengusai bahasa standard iaitu Bahasa Melayu. Pembawakan guru seperti ini yang terlalu rigid dengan hanya menggunakan satu sahaja bahasa pengantara akan menyukarkan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Bukan itu saja, murid juga akan mempunyai masalah mengenai apa yang indin disampaikan oleh guru tersebut. Oleh yang demikian, guru khusunya guru baru perlu peka dengan keadaan sekeliling dan keadaan murid
9

mereka. Pembawakan diri biarlah seperti kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Tambahan pula, pengetahuan guru yang terhad terhadap budaya lain menjadi satu cabaran buat guru itu sendiri dalam menghadapi kelas yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Dengan kecetekan pengetahuan yang ada pada guru mengenai budaya setempat ataupun budaya yang diamalkan muridnya, boleh menyebabkan pengajaran yang dijalankan mengguris perasaan murid. Hal ini secara tidak langsung akan membuat murid tersebut tersinggung dengan gurunya dan seterusnya hubungan mesra antara guru dan murid tidak dapat dibina. Bukan itu sahaja, akan wujud pula salah faham antara guru dengan murid. Sebagai contoh, jika kita mempunyai murid dari warna yang berlainan kulit dan melakukan sesuatu amalan yang bertentangan dengan kita jangan pula kita sebagai guru

memperlekehkan atau menunjukkan riak muka yang tidak senang dek kerana kecetekan ilmu kita. Perkara ini akan menimbulkan spekulasi dalam kalangan muris bahawa guru bersikap perkauman. Jadi kita nampak disini kesan salah anggap guru kepada murid akan menimbulkan spekulasi negatif dalam diri murid. Lebih parah lagi jika murid mengadukan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Sekiranya guru tersebut membiarkan perkara tersebut berlarutan, maka proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan menjadi bosan dan suram. Murid tidak akan berminat mengikuti pembelajaran dari guru dan seterusnya membinja jurang bukan sahaja antara guru dengan murid malahan jurang antara murid dengan murid yang berlainan budaya. Jadi, guru perlu berpengetahuan luas dan andainya tidak memahami budaya sesuatu kaum atau etnik, jangan menampakkan riak muka yang jelek tetapi bersikap terbuka dan cuba merujuk bahan bacaan supaya lebih jelas mengenai budaya yang diamalkan muridnya.
10

Akhir sekali, guru akan menghadapi cabaran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian budaya khusunya kelas yang mempunyai pelbagai etnik. Guru sukar untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme yang mana pengetahuan baru dibina dengan adanya pengetahuan sedia ada murid. Guru akan berhadapan dengan masalah untuk mengaitkan pelajaran dengan kehidupan seharian murid kerana setiap murid yang berbagai budaya mempunyai pengalaman yang berbeza. Murid yang kurang matang apabila melihat akan perbezaan rakannya yang mana dilihat pelik akan mendorong mereka untuk mengasingkan kawannya. Kebiasaannya berlaku kepada murid yang minoriti. Murid yang majoriti akan mempunyai persepsi yang buruk dek kerana cara hidup rakan mereka yang berlainan. Jadi, proses pengajaran akan menjadi sukar.

2.0 RUMUSAN Kesimpulan dari tugasan kali ini, setiap sub topik yang terkandung memberi kami kesedaran bahawa tugas guru bukan saja hanya berada di kelas mengajar dan melaksanakan tugasan lain di sekolah. Malahan seorang guru yang baik perlu
11

sentiasa mengemas kini pengetahuan dengan bukan sahaja ilmu-ilmu isu semasa ataupun ilmu-ilmu pendidikan semata tetapi perlu juga mengemas kini pengetahuan tentang budaya-budaya yang ada di Malaysia. Isu mengenai budaya dan kaum dilihat semakin sensitif dari hari ke gari dek kerana dipolitikkan. Jadi, guru perlu jelas tentang latar belakang budaya murid mereka dan perlu peka tentang isu-isu yang sensitif. Guru juga perlu peka tentang perbezaan murid mereka dari segi keupayaan menikmati pendidikan. Ketaksamaan peluang pendidikan amat ketara dalam unsur-unsur kelas sosial, jantina serta kumpulan etnik lain disebabkan oleh faktor goegrafi, taraf sosioekonomi dan pegangan budaya tradisional. Setiap murid mempunyai peluang yang berbeza dan dipengaruhi beberapa faktor yang telah dibincangkan yang mana bukan dalam kawalan guru. Guru hanya perlu menyedari akan hakikat ketidaksamaan peluang pendidikan ini dan janganlan pula bersikap bias dalam melayani keperluan murid. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah bertindak untuk

merapatkan kembali jurang-jurang ketaksamaan peluang pendidikan agar semua rakyat di Malaysia mendapat pendidikan yang sama rata dan sewajarnya. Selain itu, kerajaan juga perlulah menyediakan kelengkapan yang sempurna serta sama rata antara kawasan bandar dan luar bandar. Ini membolehkan kawasan luar bandar tidak ketinggalan di pendidikan.

3.0 REFLEKSI INDIVIDU 3.1 ATHIRAH BT MOHD RADZI

12

Melalui tugasan EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran yang mana mencakupi sub tajuk pantang larang, ketaksamaan peluang pendidikan dan juga cabaran yang dihadapi guru dalam menangani murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya memberi banyak input baru pada saya. Selain itu, sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini saya mendapati bahawa penulisan saya semakin matang dan cara berfikir juga lebih terbuka kerana tugasan kali ini menuntut pelatih untuk membaca dan berfikir dengan kritis. Bukan itu saja, hubungan saya dan rakan kumpulan bertambah erat dan kami saling bantu membantu antara satu sama lain. Perbincangan antara kami juga semakin berilmiah dan juga semakin matang. Dapat dilihat rakan kumpulan begitu komited dalam melaksanakan tugasan kali ini. Malahan boleh bertolak ansur dengan jadual harian saya yang padat dari hari ke hari. Semakin usia menginjak dewasa, kematangan mula terserlah bukan saja dari perwatakan dan tutur bicara tetapi juga dari pemikiran. Sebarang perselisihan pendapat di selesaikan dengan perbincangan dan juga rujukan. Akhir sekali, tugasan kali ini memberi ruang untuk saya lebih bertanya kepada pensyarah pembimbing sama ada secara langsung atau secara tidak langsung ketika kuliah mengenai persolan yang bermain di fikiran. Segala input yang di terima membolehkan tugasan kali ini dijalankan dengan licin. Pendek kata, tugasan ini memberi banyak kebaikan kepada saya. Apa yang penting, saya pelajari bahawa ilmu tidak akan datang bergolek jika tiada usaha untuk mencarinya. Ilmu yang diajarkan kepada orang lain adalah lebih kekal dari ilmu yang disimpan untuk diri sendiri. 3.2 ZALEHA BT AHMAD
13

4.0 BIBLIOGRAFI Rujukan Anwar Din(Penyunting), 2008, .Asas Kebudayaan Dan Kesenian Melayu. Bangi : Penerbit UKM

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kamus Dewan (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid(2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sumber http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm (18/2/12) (Sabtu , 11.43)

14

http://merpatiputih88.blogspot.com/2011/10/pantang-larangmitos-atau-fakta.html 6 Feb 2012, 1.03 pm http://www.scribd.com/doc/47844274/ISL-ketaksamaan (18/2/12) (Sabtu, 12.04) http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7022.html (18/2/12) (Sabtu,12.00) http://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaan-peluang_15.html (18/2/12) (Sabtu , 11.34)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu 6 Feb 2012, 1.06 pm http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/ pm 6 Feb 2012, 1.10

15

5.0 LAMPIRAN

Antara generasi muda yang kami sempat temu bual. ( Bekas pelajar SMK Sultan Badlishah )

16

You might also like