You are on page 1of 5

PROGRAM DAKWAH RUTIN SEKOLAH NAMA PROGRAM : MODUL ABADI ( AKHLAK BAIK AMALAN DIDIKAN ISLAM )

Ucapan salam ( MARHABAN, CIKGU )

Objektif 1. Murid dapat menyebut ucapan salam tanpa mengira agama dan bangsa. 2. Murid lebih hormat antara satu sama lain. 3. Murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik.

Matlamat 1. Melahirkan komuniti sekolah yang lebih mesra dan erat silaturahimnya.

Sasaran 1. Komuniti sekolah

Aktiviti 1. Memperbanyakkan perkataan salam ditempat-tempat yang sesuai 2. Kempen pembudayaan salam Penerangan guru Tunjuk cara

Penilaian

Komuniti sekolah mengucapkan salam ketika bertemu.

Tatacara bersalaman

Objektif: 1. Komuniti sekolah dapat membudayakan amalan bersalaman dengan debih baik. 2. Merapatkan hubungan silaturrahim diantara komuniti sekolah melalui sentuhan. 3. Komuniti sekolah faham tatacara bersalaman yang sebenar.

Matlamat Mewujudkan persekitaran yang lebih muhibah

Sasaran Seluruh komuniti sekolah

Aktiviti 1. Menampal gambar orang sedang bersalaman di dalam kelas dan di kawasan-kawasan yang sesuai. 2. Menggantung banner tatacara bersalaman di pagar sekolah.

Penilaian: Komuniti sekolah dapat mengamalkan cara bersalaman yang sebenar

Penerapan akhlak dalam rutin sekolah

Objektif: 1. Murid dapat mengamalkan rutin harian dengan akhlak yang mulia. 2. Murid dapat menerangkan dan menasihati rakan dengan akhlak yang baik 3. Murid dapat membimbing rakan sebaya.

Matlamat: Melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

Sasaran Murid-murid sekolah

Aktiviti: 1. Penerapan mengikut tata tertib cara makan yang betul semasa rehat 1.1. 1.2. Penerangan guru Menampal adab-adab makan di setiap meja kantin sekolah

2. Penerapan mengikut tata tertib cara masuk dan keluar tandas dengan betul 2.1 Penerangan guru 2.2 Menampal adab-adab masuk dan keluar tandas di dinding luar tandas.

Penilaian: Murid mengamalkan adab-adab dalam aktiviti seharian

Penganugerahan

Objektif: 1. Mengiktiraf murid yang berakhlak mulia setiap minggu 2. Menjadi motivasi kepada murid-murid lain 3. Menjadi role model kepada murid-murid lain

Matlamat Melahirkan murid yang berakhlak mulia

Sasaran Semua murid

Aktiviti 1. Memberi sijil penghargaan kepada murid yang berakhlak mulia 2. Memberi gelaran tertentu kepada murid yang berakhlak terpuji

Penilaian

Murid-murid mengamalkan adab terpuji

You might also like