You are on page 1of 48

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

KANDUNGAN

1.0 2.0

PENDAHULUAN SISTEM PENDIDIKAN UMUM DI MALAYSIA

2.1

Kronologi Sistem Pendidikan Di Malaysia 2.1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British 2.1.2 Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British 3-4 2.1.3 Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka 2.1.4 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan 2.1.5 Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 2.1.6 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 5 5 6 6 2

2.2

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang 2.2.1 Pendidikan Zaman Dahulu 2.2.2 Pendidikan Zaman Sekarang 2.2.3 Pendidikan Zaman Akan Datang 7 7 8

2.2

Sistem Pendidikan Di Malaysia 2.3.2 Pendidikan prasekolah 2.3.3 Pendidikan rendah 2.3.4 Pendidikan Menengah 2.3.5 Pendidikan Lepas Menengah 2.3.6 Pendidikan Pengajian Tinggi 8 9 10 11 11

3.0

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

3.1

Sejarah perkembangan PTV 3.1.1 PTV Sebelum Perang Dunia Kedua

12-13 14

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6

PTV Semasa Pendudukan Jepun PTV Selepas Perang Dunia Kedua PTV Awal Kemerdekaan PTV Pada Tahun 1970-1990 PTV Pada Tahun 1990 Hingga Kini

14 15 15 16 16

3.2

Hubungan di antara Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

17-26

4.0

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SISTEM PENDIDIKAN UMUM DAN SISTEM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

4.1 4.2 4.3 4.4

Kelebihan Pendidikan Umum Kelemahan / Jurang Persepsi Pendidikan Umum Di Malaysia Kelebihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Kelemahan kurikulum PTV

26-27 28-31 32-37 38-42

5.0 6.0

KESIMPULAN RUJUKAN

42-43 44-46

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia, Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011).

Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Adnan,M. F., Hamzah, R. dan Udin, A. (2011). Data yang diperolehi daripada Kementrian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009 mengenai kadar celik huruf rakyat di Malaysia telah mencapai 95 peratus dalam semua usia 15 tahun ke atas. Kadar ini merangkumi jumlah pendaftaran murid 5,407,865 dengan jumlah guru seramai 405, 716 orang. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementrian Pelajaran Malaysia yang dipusatkan terutama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan kerana ia ditentukan oleh

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

kementrian bagi mencapai standard yang telah digariskan dalam dasar pendidikan kebangsaan. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Menurut Udinet. al. (2011), salah satu cabang dalam pendidikan yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang ialah bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV dianggap sangat penting kerana melalui PTV negara dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, separa mahir dan professional. Tenaga kerja yang lahir daripada bidang PTV dapat membangunkan negara untuk menjadi negara maju. Bagi mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, FPK perlu diimplikasikan dalam PTV. Dengan mengimplikasikan FPK dalam PTV, negara akan mendapat sumber tenaga kerja yang berkualiti.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran dan andaian dalam mentransformasikan Pendidikan Teknik dan Vokasional ke dalam sistem pendidikan umum di Malaysia. Oleh yang demikian, laporan ini akan menyenaraikan kelebihan serta kelemahan sistem pendidikan umum dengan sistem pendidikan Teknik dan Vokasional untuk mencapai Visi dan Misi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

2.0 SISTEM PENDIDIKAN UMUM DI MALAYSIA

2.1 Kronologi Sistem Pendidikan Di Malaysia 2.1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya pendidikan tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolahsekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
4

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. 2.1.2 Sistem Dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British (1786-1956) I. Tempoh Pertama (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negerinegeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolahsekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau
5

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: 1. untuk semua bangsa; 2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; 3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; 6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; 7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; 8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

2.1.3 Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka ii. Tempoh Kedua (1946-1957) Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

2.1.4 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)


7

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

2.1.5 Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

2.1.6 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

2.2 Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

2.2.1 Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

2.2.2 Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari
9

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.2.3 Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

2.3 Sistem Pendidikan Di Malaysia 2.3.1 Pendidikan prasekolah


10

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Pendidikan Prasekolah ialah program pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 5+ tahun bertujuan untuk memperkembangkan potensi secara menyeluruh, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh, menanam keyakinan diri dan membentuk konsep kendiri yang positif. Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan modal insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan kepada pengalaman, penglibatan aktif, selamat dan menyeronokkan.

2.3.7 Pendidikan rendah

Pendidikan rendah ialah program pendidikan yang disediakan kepada murid yang berumur antara 6+ hingga 11+ tahun untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul, pengenalan kepada konsep asas sains, kemahiran pravokasional, kemahiran generik, serta penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan rendah menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid yang selari dengan FPK. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

11

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

2.3.8 Pendidikan Menengah Pendidikan menengah menyediakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti serta menerapkan nilai murni kepada murid yang berumur 12+ tahun hingga 17+ tahun. Struktur pendidikan menengah memberi fokus kepada pendidikan umum pada Tahun 7 hingga 9 (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) agar setiap murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. Pada Tahun 10 dan 11 (Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima), murid dijuruskan kepada aliran sastera, sains, agama, teknikal, vokasional dan kemahiran. Tahun 12 dan 13 (Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas) menyediakan murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam pekerjaan.

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik termasuk Matematik Tambahan. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga yang digelar peringkat menengah rendah, para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima yang digelar peringkat menengah atas, para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom
12

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah).

2.3.9 Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan lepas menengah disediakan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak. Pendidikan untuk murid menengah atas ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara. Pendidikan Lepas Menengah telah dijenamakan semula bermula dengan menambah perjawatan kenaikan pangkat, sistem jadual waktu dan pengurusan yang baharu serta pengenalan sistem modular mulai 2012. Dalam sistem Pentaksiran Modular, aspek kemahiran insaniah akan diterapkan. Aspek-aspek tersebut ialah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika dan moral. Pada penghujung tempoh persekolahan, murid akan menduduki pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) mengikut peruntukan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225].

2.3.10 Pendidikan Pengajian Tinggi Selepas SPM atau STPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi samaada di matrikulasi dan universiti. Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

13

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

3.0 Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) PTV merupakan salah satu cabang dalam dunia pendidikan di Malaysia. Ia merupakan salah satu aliran utama yang dipilih oleh pelajar di peringkat pengajian tinggi dan juga sekolah. PTV dapat ditakrifkan sebagai pendidikan yang berbentuk ilmu kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka untuk menempuh alam pekerjaan (Udin et. al. 2010). Di peringkat persekolahan, bidang ini boleh diikuti di sekolah menengah teknik atau sekolah vokasional yang mempunyai aliran vokasional. Ianya berbeza dengan pendidikan umum yang memberi fokus kepada ilmu pengetahuan secara umum dan aliran vokasional ini ditawarkan hanya sebagai mata pelajaran elektif. Ini bermakna, pelajar yang ingin mengikuti bidang ini perlu memasuki sekolah teknik atau sekolah vokasional bagi mendapatkan pendidikan teknik dan vokasional secara menyeluruh. 3.1 Sejarah perkembangan PTV PTV di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 dan diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pengurusan Teknik atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV). BPTV ini mempunyai beberapa fungsi dalam menguruskan PTV iaitu Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional Merancang ,menyelaras, memantau dan meniali standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran bahagian SMT/SMV. (Bahagian pendidikan teknikal dan vokasional, 2012) Sistem pendidikan ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan pelajar untuk memasuki bidang pekerjaan berfokuskan kepada perindustrian yang mana kerajaan berusaha untuk memajukan sektor ini. Di Malaysia, terdapat beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan yang
14

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

mentadbir pendidikan teknik dan vokasional ini. Namun, kerajaan Malaysia masih lagi merupakan pentadbir utama. Badan kerajaan dan bukan kerajaan tersebut adalah: Kementerian Pendidikan Malaysia PTV ditawarkan di sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia PTV ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat juga universiti yang memberi fokus kepada bidang teknikal iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Pahang (UniMAP). Kementerian Pembangunan Sumber Manusia menguruskan Bahagian Unit Latihan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pusat Latihan Kemahiran dan sebagainya. Kementerian Belia dan Sukan menguruskan Institut Kemahiran Belia Negara Kementerian Pembangunan Komuniti Kejaraan Negeri menguruskan institusi-institusi seperti Pusat Latihan Kemahiran, Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) dan sebagainya Badan Bukan Kerajaan seperti Institut Kemahiran MARA dan Pusat Giat MARA yang dikendalikan oleh MARA, German-Malaysia Institute, British- Malaysia Institute yang dikendalikan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Kesemua pertubuhan ini samada kerajaan atau bukan kerajaan menyediakan perkhidmatan dalam memberikan pendidikan teknik dan vokasional kepada pelajar-pelajar yang berminat. Udin et. al. (2010) dalam penulisannya meringkaskan sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di negara ini kepada enam peringkat iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Sebelum perang dunia kedua (1900-1940) Semasa pendudukan Jepun (1941-1945) Selepas perang dunia kedua (1945-1957) Pada awal kemerdekaan (1957-1969) Pada tahun 1970-1990 Pada tahun 1990 hingga kini

15

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

3.1.1 PTV Sebelum Perang Dunia Kedua Pada awal abad 1900-an, tiada dasar yang digubal bagi mentadbir perkara berkaitan pendidikan teknik dan vokasional ini. Ini menyebabkan bilangan tenaga mahir dan separa mahir berkurangan dalam bidang ini. Perkara ini disedari oleh pihak kerajaan Inggeris dan sekaligus menubuhkan Jawatankuasa Lemon pada tahun 1918 dengan tujuan menubuhkan PTV di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura). Hasil dari penubuhna jawatankuasa ini, sekolah teknik pertama di Tanah Melayu telah tertubuh iaitu Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpr pada 1906. Sekolah ini bertujuan untuk melatih juruteknik khas dalam melakukan kerja bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Sekolah teknik ini kemudiannya dinaiktaraf menjadi maktab (Maktab Teknik) dan seterusnya kepada university yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia pada masa kini. Kemudianya, pada tahun 1925, jawatankuasa yang diberi nama The Winsted Committee on Industrial and Technical Education ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperaan bagi memantau latihan dalam bodang vokasional. Hasilnya, tertubuh empat lagi sekolah ketukangan dengan tujuan utama memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah yang lemah dalam akademik untuk memasuki bidang vokasional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan. Kursus ini mengambil masa selama tiga tahun. Namun, kursus ini tidak mendapat sambutan daripada pelajar kerana; Sikap masyarakat yang memandang rendah pekerjaan kolar biru Peluang pekerjaan yang amat berkurangan berikutan keadaan semasa negara yang bergantung kepada sektor pertanian Ibu bapa lebih mementingkan pencapaian akademik berbanding pendidika vokasional Sekolah ini dipandang rendah dan hanya sesuai untuk pelajar sekolah rendah yang pencapaian akademiknya rendah.

3.1.2 PTV Semasa Pendudukan Jepun

Sekolah teknik dan ketukangan yang ada diteruskan dalam memberikan pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional kepada pelajar.
16

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

3.1.3 PTV Selepas Perang Dunia Kedua Selepas kejatuhan Jepun, pihak Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu. Ini membawa kepada pengkajian semula sistem pendidikan sedia ada. Pada tahun 1950, Barnes Oxford, seorang tokoh pendidikan dari England mencadangkan agar pendidikan vokasional di Tanah Melayu dilengkapi dengan sebuah sekolah Menengah Vokasional Moden yang mengutamakan pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Walaubagaimanapun, cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu. Seterusnya, parti Perikatan yang telah memenangi pilihanraya pada 1955 telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak pada 1966. Jawatankuasa ini membawa perubahan penting kepada PTV kerana ianya telah diserap ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mula diberi keutamaan dalam pelaksanaan.

3.1.4 PTV Awal Kemerdekaan Semasa ini, Penyata Rahman Talib menjadi pengaruh dalam sistem pendidikan negara yang kemudiannya menjadi Akta Pendidikan 1961. Akta ini telah membuat beberapa syor yang antaranya ialah mewujudkan sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik. Dengan itu, kerajaan telah membukan lapan buah sekolah ketukangan di luar Bandar dan bertukar menjadi sekolah lanjutan kampong. Namun, sekolah ini tidak mendapat sambutan masayrakat kerana ia tidak menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Kemudian, pada 1965, sistem pendidikan Aneka Jurusan telah ditubuhkan bagi sekolah menengah rendah. Seterusnya, pada 1968, tiga buah sekolah teknik telah ditubuhkan bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang kejuruteraan. Di sekolah ini, kedua elemen akademik dan teknikal dititik beratkan. Serentak dengan itu, sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan diperkenalkan iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia. Bagi pelajar yang cemerlang dalam teknikal, berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Institusi Teknologi MARA atau kolej teknikal yang lain.

17

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

3.1.5 PTV Pada Tahun 1970-1990 Pada peringkat ini, pendidikan negara bermatlamat membasmi buta huruf dan mencapai matlamat ekonomi negara. Pertambahan beberapa sekolah teknik dan vokasional dan juga politeknik dapat dilihat sepanjang tahun 1970-1989. Ia bagi menampung permintaan pelajar yang berminat dalam sistem PTV.

3.1.6 PTV Pada Tahun 1990 Hingga Kini. Pada tahun 1990-an, fenomena di bidang PTV mula berubah di mana sambutan terhadap sekolah teknik dan vokasional mula meningkat. Bukan sahaja pelajar lemah, malah pelajar cemerlang lulusan SRP turut memohon untuk menyambung pelajaran disini. Secara tidak langsung, persaingan dan persepri ibu bapa mula meningkat. Ini membawa kepada penggubalan semula matlamat dan tujuan PTV oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1995, perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah penstrukturan semila 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Kesemua SMV telah ditukarkan kepada SMT dan beberapa mata pelajaran teknikal juga telah berubah. Pada masa kini, sistem PTV sekali lagi mengalami perubahan yang mana tertubuhnya Kolej Vokasional dan Pendidikan Asas Vokasional. Kedua sistem ini adalah bagi mengganti sistem sedia ada dengan tujuan penambahbaikan dan untuk mengarusperdanakan sistem pendidikan teknik dan vokasional negara. Selain itu, selaras dengan keperluan semasa industri, satu sistem baru yang dikenali sebagai Dual System telah diperkenalkan dalam PTV. Ianya bermula pada tahun 2005 melalui penubuhan National Dual Training System (NDTS). NDTS berperanan mendedahkan para perintis kepada keadaan sebenar alam pekerjaan dalam industri. Ia juga menitikberatkan kecekapan dalam aspek kemahiran teknikal dan aspek kemanusiaan dan sosial. Ianya cuba dicapai melalui pendedahan kepada perintis dengan 70-80 peratus latihan perindustrian dilakukan dalam industri itu sendiri manakala 20-30 peratus lagi dipelajari melalui latihan dalam institusi mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh National Occupational Core Curriculum (NOCC) (Udin et.al. , 2010). Ini menunjukan sistem PTV telah diubahsuai bagi memastikan
18

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

keberkesanannya dalam dunia pekerjaan adalah lebih tinggi dan memenuhi kehendak industri itu sendiri. Ini juga membolehkan negara mencapai tujuan PTV itu sendiri iaitu untuk melahirkan tenaga kerja mahir dari kalangan rakyat negara ini sendiri.

3.2 Hubungan di antara Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentukbagi memantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajarberorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenagamanusia Negara. Jika kita lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadiseorang warganegara yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlubersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang pesat.Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kitalihat keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. PTVseharusnya berupaya;

a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan bolehmendapat manafaat daripadanya

b. Memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalampendidikan yang sama; ataupun bidang lain dalam pendidikan am

c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa bekerja

d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan

e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan,melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan

f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yangberkesan

19

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan

Falsafah Pendidikan Vokasional

Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasionalkerana ia boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untukmembentuk tujuan, matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategipelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkantenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras denganpertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telahditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa PusatKurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, JawatankuasaPerancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan PusatPerkembangan Kurikulum.

Kepentingan Falsafah dalam PTV

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dandunia. Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itufalsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaianasas mengenai realiti, kebenaran dan nilai.Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kitamesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai berkaitan realiti, kebenaran dan nilai. Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV.Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusanmengenai perkembangan
20

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

program, pemilihan aktiviti pembelajaran dan kurikulum. Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesisdan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untukmembuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV, matlamat dan penggunaan sumber. Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat sepertifalsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah. Terdapat beberapa falsafah Barat yang mempengaruhi PTV. Antaranya adalah aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme danEksistensialisme. Pragmatisme merupakan salah satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikirantradisional idealisme dan realisme. Manakala Progresivisme dan Rekonstruktivismememperkembangkan ciri-ciri pendidikan Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum. Namun, secara keseluruhannya, PTV tidak terikat kepada mana-mana falsafah ini. Ini kerana PTV ini berpegang pada falsafah yang universal, membangukan PTV itu sendiri, menyatukan dan kebenarannya bersifat mutlak. Ianya berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat pendidikan dan memenuhi cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik (Udin, 2010).

Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV

Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksudkerja di mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harusdilakukan oleh seseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaankehidupan manusia dan mencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-ahliPragmatisme ini, mereka menganggap bahawa idea manusia mengenai alamadalah neutral. Manusia haruslah menerima perubahan, maka cara dan matlamatpendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan mempunyai matlamat untukmemajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untukmencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksidengan alam sekeliling. Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telahmereka pelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepadaoutcome tertentu. sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan.Dalam konteks pragmatisme, setelah
21

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapatmenyelesaikan masalah-masalah ataupun soalansoalan yang diberikan oleh guru.Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. Antara teknikpenyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem BasedLearning (PBL), sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkanpelajar yang berkemahiran tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh. Terdapat empat elemen dalam PTV yangmempunyai implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:-

a) Guru Guru merupakan ketua projek penyelidikan Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah

b) Sekolah Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.

c) Pelajar Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja. Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaanakan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapatpendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-teknikpenyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya . d) Kurikulum

22

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTVini. sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan. Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perludiselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat. Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaranyang berkaitan dengan kehidupan sebenar pelajar. Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyakmenerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupanmanusia. Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulummestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yangmempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV.

Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV

Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan.Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zamanmoden. Fahaman ini berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivismebertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untukberinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Alat ini merupakankemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar boleh menggunakannya untukmengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran seperti Matematik Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain lagi. Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan pengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawapendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkarayang berkaitan dengan alam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangansecara am atau terperinci terhadap sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentukpenerangannya sendiri. Ini jelas kita lihat apabila pelajar membentangkan hasiltugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakan tajuk-tajuk yang perlu di ajaroleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuai dilaksanakan bagi memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak langsung, idea-ideabaru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka. Proses pendidikan PTV tidak hanya berfokuskan kepadakepada buku sahaja sebagai sumber maklumat tetapi
23

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

teknologi maklumat turutmenyumbang kepadanya. Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajarcapai menerusi internet. Penilaian guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagihanya bergantung kepada penilaian sumatif atau formatif semata. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran programoleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telah digunapakai diperingkat sekolah rendah lagi.Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk kepada keperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawakurikulum PTV wujud hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluanmasa lampau sahaja. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplinilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani,emosil, rohani dan intelektual mereka. Guru berperanan sebagai fasiliatator ataupemudahcara. Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif, inovatif serta bijak. Sekolahsepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar tetapi sebaliknyaberperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV

Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusipembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (VanScottes, Kraft dan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudanmasyarakat demokratik dan berfikiran kritis. Guru memainkan peranan yang pentingdalam mendidik masyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikirandemokrasi. Kesan daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, gurubukan sahaja bertindak sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawabuntuk menyampaikan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentukmasyarakat demokrasi.Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampumenguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secaraberterusan. Guru digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada dirimereka. Ia berfokuskan ke arah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah.Guru juga merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaandalam masyarakat. Implikasinya ia akan membentuk sebuah masyarakat berkemahiranyang unggul.

24

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikandi semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti, dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yangberkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspeksistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat, outcome dalam menghadapi cabaran sainsdan teknologi secara global pada masa kini. Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagaiinstitusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Universiti yang bersifat teknikal.Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Latihan Petronas(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat latihan bertauliah diMalaysia.

Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV

Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktorsubjektif seperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu.Falsafah ini berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepadakewujudan manusia berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individuberkenaan akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arahhidupnya. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormatikebebasan yang diberikan oleh guru. Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan yang penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhikeperluan tenaga kerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akandapat membangunkan masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yangcemerlang. Ini dapat kita lihat dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secaratidak langsung mampu menjana pembangunan ekonomi di negara tersebut.Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalumenjadi indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraantelekomunikasi dunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi initelah melahirkan pelbagai rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turutmenyumbang kepada pembangunan perhubungan, ekonomi, sosial, politik dankeselamatan kepada masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran falsafahEksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

25

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap,berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatifdan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memilikiciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkandapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan.Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlakudisebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenaikepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal sertakepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadapkeperluan untuk pembangunan ekonomi negara. Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memilikipengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segiteknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatifdan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu seperti berikut: Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alatalat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidangteknologi maklumat dan komunikasi.

Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial dan ekonomi seperti berikut:

26

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi,budaya, sosial dan pendemokrasian Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunanalam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang bolehdisesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikandan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

4.0 Kelebihan Dan Kekurangan Sistem Pendidikan Umum Dan Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Kedua sistem pendidikan ini iaitu sistem pendidikan umum dan pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ini membantu pelajar untuk memilih bidang pendidikan yang bersesuaian dengan mereka. Ini juga membantu kerajaan untuk membuat perancangan dalam membangunkan sistem pendidikan negara untuk menjadi lebih baik dan sekaligus menghasilkan warganegara yang berpendidikan dan berkualiti. Pelajar bebas untuk membuat pilihan sendiri. Namun, setiap laluan atau aliran ini membuat kebaikan dan kekurnagan tersendiri. Rajah 1 menunjukkan dua pilihan laluan yang boleh dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi samada ingin meneruskan dalam laluan akademik atau lalaun teknikal.

27

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Rajah 1: Pilihan laluan untuk melanjutkan pelajaran samada laluan akademik atau laluan teknikal.

4.1 Kelebihan Pendidikan Umum Sistem pendidikan Malaysia adalah bertitik tolak dari Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar yang digubal adalah kesan daripada Pelan Transformasi Negara dan Transformasi Pendidikan untuk mencapai Wawasan 2020. Cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dunia masa kini menuntut Kerajaan memastikan semua murid di seluruh ceruk rantau Malaysia perlu mendapat pendidikan yang sewajarnya. Oleh itu, antara kelebihan pendidikan umum di negara kita adalah: 1. Pendidikan sekolah rendah merupakan pendidikan yang wajib diberikan kepada setiap warganegara Malaysia yang telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan anak itu didaftarkan sebagai murid disekolah rendah

28

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

dalam tahun itu dan terus menjadi murid sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikn wajib mengikut Seksyen 2A, Akta Pendidikan, 1996.

2. Transformasi sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah dengan menggunakan penandaaras kurikulum sekolah di negara maju. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

3. Terdapat elemen merentas kurikulum dalam pendidikan umum yang bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai murni dan Patriotisme. Manakala elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

4. Pendidikan umum menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21, iaitu mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran dengan cara memperluas konsep pembestarian di semua sekolah. Proses ini melibatkan pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah.

5. Pendidikan menengah menyasarkan 60% murid aliran sains dan teknologi, 40% murid aliran sastera.

6. Memastikan 60% guru di sekolah rendah ialah guru siswazah menjelang 2015 (RMK-10). Ini bagi memastikan kualiti guru berada di peringkat yang baik.

29

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

7. Sistem pendidikan yang berorientasikan kepada bangsa dan agama serta pendidikan berteknologi tinggi.

4.2 Kelemahan / Jurang Persepsi Pendidikan Umum Di Malaysia Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional dan jurang persepsi yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakkan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakkan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti berikut: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran LocalArea Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini mampu memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat yang sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan peljar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan

30

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

berkesan dan member peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenalpasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara yang global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai cirri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan yang global iaitu dari segi: 1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat 2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa 3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian 4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru 5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan tersebut iaitu: 1. Kurang rasa kepunyaan 2. Kurang berfaedah 3. Penambahan beban 4. Kekurangan sokongan pentadbiran 5. Menyendiri: Kebanyakkan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti perlaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif. 6. Perbezaan tahap pengetahuan
31

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan kepada guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui, mempelajari dan melaksanakan kemahiran baru. Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan Rajah 1 seperti berikut bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan perlaksanaaannya kerana masyarakat kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif budaya Barat. Oleh itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran yang sama dalam meletakkan anak-nak remaja di landasan norma yang tepat dan betul menurut acuan tempatan melalui perlaksanaan kurikulum yang bersifat dualisme, eklektik dan mudah lentur bagi menangani masalah globalisasi abad ke-21.

FALSAFAH PENDIDIKAN

Matlamat Pendidikan Objektif Mata Pelajaran Intelek, Rohani, Emosi & Jasmani

Mata pelajaran teras, tambahan elektif

INSAN YANG BAIK

Mata pelajaran teras, tambahan elektif

Kandungan

Bahasa & Nilai

Kandungan

KOKURIKULUM

Budaya

Sumber: Malaysia Kita, INTAN, 1991

Rajah 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan


32

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Aspek-aspek yang perlu diteliti bagi perlaksanaan program-program pendidikan nilai di institusi pendidikan adalah seperti berikut: 1. Kepribadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan positif terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Budaya sekolah: Budaya institusi pendidikan yang mempraktikkan sikap amanah,

ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, tolong menolong, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. 3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting pembentukkan sahsiah pelajar. Oleh itu, terdapat beberapa jurang persepsi yang telah dikenalpasti melalui pemerhatian, rujukan dan pembacaan terhadap kurikulum pendidikan umum di Malaysia berdasarkan Jadual 1 seperti berikut. Jadual 1: Jurang Persepsi Pendidikan Umum Di Malaysia

JURANG PERSEPSI PENDIDIKAN UMUM DI MALAYSIA

Kurikulum
Terlalu banyak subjek dengan kandungan yang luas tetapi ketat lalu menjadi beban kepada pelajar Penanda aras Kelas tuisyen pencapaian yang pelajar mengalakkan menjurus latih tubi iaitu kepada menghafal regimentasi tetapi tidak bagi mencapai mengalakkan kecemerlangan pelajar untuk mengikut memikir dan bilangan gred menaakul A Pelajar tiada masa untuk melakukan proses reaksi dan refleksi di mana ini menyebabkan pelajar mudah beremosi dan kurang cekap berkomunikasi

33

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Oleh demikian, justifikasi penetapan terhadap pembinaan kurikulum perlu ditekankan terhadap dua perkara penting iaitu seperti berikut: Mengenal pasti pembelajaran yang mempunyai nilai yang tinggi kepada masyarakat dan peradaban kini Mengenal pasti strategi yang paling berkesan dalam proses penyampaian supaya matlamat yang ditetapkan tercapai Terdapat juga bebrapa aspek umum yang perlu diberi tumpuan untuk memenuhi kehendak individu dan kehendak hidup bermasyarakat dalam pembinaan kurikulum iaitu seperti berikut: 1. Perkembangan fizikal, mental, emosi dan kerohanian individu 2. Kebajikan dan keharmonian masyarakat 3. Peningkatan kualiti hidup dengan menitikberatkan pelbagai ilmu dan kemahiran 4. Kebebasan individu menerokai bidang yang dipilihnya 5. Kerelevenan persekolahan dengan pembangunan negara

4.3 Kelebihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) Bidang pendidikan teknikal dan vokasional memerlukan modal kewangan yang besar dalam pelaksanaannya. Peruntukan yang besar ini adalah bagi menampung keperluan PTV termasuklah insentif untuk menarik minat belia dan juga industri untuk terlibat dalam latihan vokasional (Zain, 2008). Sejumlah angka yang besar telah dilaburkan bagi tujuan untuk

memperkembangkan bidang ini. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, sejumlah RM 629.6 juta telah diperuntukan bagi bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Malah, jumlah ini terus meningkat dalam perancangan akan datang. Ini adalah berdasarkan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh perdana menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mana sejumlah 3.7 billion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional. Kerajaan turut memperuntukan sebanyak 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Peruntukan sebanyak 366 juta ringgit turut disediakan bagi menaik taraf serta

pembelian peralatan Institusi Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara. Selaras
34

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

dengan matlamat kerajaan untuk mentransformasikan industri utama negara berteraskan teknologi tinggi, berinovatif dan berpendapatan tinggi, pelbagai program latihan kemahiran akan disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan belia khususnya untuk mengisi kekosongan peluang pekerjaan dalam bidang ini. Melalui Petronas, kerajaan turut menyediakan tempat bagi latihan kemahiran untuk belia bagi memenuhi keperluan projek RAPID dan juga dalam bidang minyak dan gas (Berita Harian, 2012). Ini jelas membuktikan kerajaan menitik beratkan bidang teknikal dan vokasional ini walaupun ianya menelan belanja yang banyak dalam pelaksanaannya. Walaupun negara sudah mempunyai sistem pendidikan umum yang bermula sejak zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, sistem pendidikan teknikal dan vokasional ini tetap menjadi perhatian kerajaan khususnya pada masa sekarang. Ini kerana bidang teknikal dan vokasional ini mampu memberikan banyak kebaikan dan manfaat kepada pelajar dan juga negara secara amnya. Ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung yang mana PTV memberi kelebihan termasuklah mencorakkan kemahiran pekerja generasi akan datang dan menyediakan pelajar dengan kemahiran kebolehpekerjaan (Bernama, 2012). Ini bermakna melalui PTV, kualiti tenaga kerja di Malaysia dapat ditingkatkan dan menghasilkan tenaga kerja mahir dan juga kumpulan sokongan yang berkualiti. Tenaga kerja mahir ditakrifkan sebagai pekerja yang menerima latihan secara formal di institusi latihan tertentu atau latihana dalaman khusus untuk kerja-kerja tertentu, pekerja mahir merupakan tukang-tukang yang mahir dalam sesuatu tred manakal pekerja tidak mahir pula merujuk kepada mereka yang tidak memiliki kemahiran dalam mana-mana tred tetapi bekerja di tapak binaan. Tugas mereka ialah melaksanakan kerja-kerja asas seperti membawa bahan binaan ke sesuatu tempat, membersihkan tapak pembinaan dan mana-mana tugas yang diarahkan (Rajuddin dan Yusof, 2004). Sebagaimana yang sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mensasarkan tahun 2020 sebagai titik tanda untuk menjadi negara maju. Pembangunan yang dialami oleh Malaysia pada masa kini telah membolehkan kadar kemiskinan negara berkurangan kepada 0.9% pada 2010 berbanding 6.9% pada 1984 (Nordin et al. 2012). Perkembangan ini sekaligus memberikan Malaysia tahap pembangunan modal insan yang tinggi. Namun,
35

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

perkembangan negara ini masih lagi perlahan berikutan krisis ekonomi yang dialami di Asia. Ini dapat dilihat berdasarkan rajah 2 di bawah yang memperlihatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang menurun akibat krisis ekonomi tersebut.

Rajah 2: Perubahan dalam perkembangan KDNK Malaysia (Nordin et al., 2012) Maka, untuk kembali mengukuhkan ekonomi dan kembali menuju ke arah negara maju 2020, ia menuntut negara untuk mempunyai kadar peningkatan ekonomi yang mantap dan juga mampu berdaya saing dengan pasaran antarabangsa. Malaysia juga haruslah mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di dalam pasaran tempatan. Pertukaran mata wang asing ini mampu mengukuhkan mata wang negara. Salah satu faktor yang mampu menarik pelabur asing ini ke Malaysia adalah kesediaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dari segi teknikal. Ini bermakna, negara perlu bergantung bukan sahaja kepada golongan berpendidikan tinggi bagi mencapai visi dan misi ini, malah turut perlu bergantung kepada kelompok dengan kemahiran teknikal dalam skala yang besar (Zain, 2008). Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada pekerja kurang mahir untuk menjadi negara yang membangun. Maka, tenaga kerja ini perlu diberikan pendidikan yang bertepatan bagi mnghasilkan pekerja yang mahir. Ini juga bermakna, pada masa akan datang, lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran ini akan disediakan oleh kerajaan dan juga swasta. Berdasarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), 45% bersamaan 1.5 juta daripada 3.3 juta peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menjelang 2020 adalah dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan

36

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

vokasional (Yusof, 2011). Persediaan pada masa sekarang adalah penting bagi memenuhi kekosongan ini supaya target 2020 akan dapat dicapai dengan lebih bermutu dan bermakna. Persediaan ini sememangnya melalui pendidikan bagi belia negara sedari peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi samada awam mahupun swasta. Oleh sebab itu, pelaburan dalam PTV adalah wajar oleh kerajaan walaupun memakan belanja yang besar sebagai persediaan dalam mencapai Wawasan 2020. Selain itu, pelaksanaan PTV mampu menyediakan pekerja mahir dalam bidang kejuruteraan samada sebagai pakar mahupun kumpulan sokongan. Berbeza dengan sistem pendidikan umum, sistem PTV lebih mementingkan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal. Ini boleh dilihat dari segi pembangunan kurikulum bagi PTV yang tidak sama dengan sistem pendidikan umum yang mana terdapat beberapa subjek yang ditawarkan di sekolah teknik dan vokasional tetapi tidak ditawarkan di sekolah biasa (Udin et al, 2010). Ini membolehkan pelajar PTV ini mendapat pendedahan terhadap teknikal dengan lebih terperinci dan bagi tempoh yang lebih lama. Secara tidak langsung pelajar menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam melakukan kerja teknikal. Sistem PTV yang melibatkan industri dalam sistem pendidikannya turut menyediakan pelajar dengan pengalaman yang lebih berkesan dan penambahbaikan boleh dilakukan pelajar sewaktu dalam tempoh latihan ini. Pelajar akan dapat mengaplikasikan pembelajaran mereka ketika bersama industri bagi tempoh latihan. Pihak industri juga dapat menyumbang dengan memberi sebarang penambahbaikan dalam sistem kurikulum pelajar bagi memastikan ianya lebih sesuai dan memenuhi keperluan industri tersebut. Ini memperlihatkan kerjasama baik yang mana ianya memberikan kebaikan kepada kedua belah pihak. Kerjasama antara industri dan penyelidikan dapat ditingkatkan dan dalam masa yang sama kompetensi pelajar dalam persediaan menghadapi pasaran pekerjaan turut dapat dipertingkatkan (Kechik 2011). Maka, melalui PTV pelajar akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih tinggi dengan industri dan juga dapat memenuhi keperluan industri itu sendiri melalui kurikulum yang telah diambil. Kajian oleh Ismail et. al (2011) mendapati kejayaan dalam kerjaya yang diperolehi oleh pelajar PTV ini adalah berikutan kesesuaian antara kekuatan individu dan juga kebolehan industri untuk memberi sokongan, motivasi danganjaran kepada individu tersebut terhadap perkembangan kerjaya mereka.
37

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Selain itu, merujuk kepada kurikulum PTV, dapat dilihat kursus keusahawanan merentas kurikulum. Ini bermakna pelajar PTV ditekankan dengan aspek keusahawanan yang mana akan membolehkan mereka menjadi usahawan dalam bidang teknikal dan vokasional unsai pengajian. Ini menghasilkan graduan yang boleh berdikari dalam mencari pekerjaan tanpa perlu mengharapkan kepada pihak kerajaan mahupun swasta. Jika dilihat insitusi pengajian tinggi PTV seperti politeknik turut mensasarkan hasil graduan dengan kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja (employability skills) dan berdaya keusahawanan (enterprising) yang tinggi (Yusof, 2011). Ini dengan jelas secara tidak langung mengalakkan pelajar untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan yang sememangnya merupakan satu kerjaya yang mampu memberikan keuntungan. Kepakaran yang diperolehi semasa dalam pengajian mampu digunakan untuk memperolehi pendapatan. Selain membekalkan pelajar dengan asas keusahawanan yang kukuh, PTV turut membantu menghasilkan individu minda kelas pertama. Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan PTV yang memberi keseimbangan dari segi perkembangan minda pelajar dan juga perkembangan kemahiran mereka (Udin 2011). Ini berbeza dengan pendidikan umum yang memberi fokus kepada pelajar untuk kerjaya berkolar putih yang lebih kepada perkembangan minda mereka. . Minda kelas pertama ini merujuk kepada ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pambangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dna dunia (Udin, 2011). Keperluan pembangunan ini termasuklah dari segi pembangunan ilmu pengetahuan, sikap dan moraliti masyarakat.Keseimbangan antara kemahiran dan pengetahuan ini bukan sahaja mampu menghasilkan pemikiran minda kelas pertama, malah turut menjamin kedudukan individu dalam dunia pekerjaan global pada masa sekarang berbanding mereka yang kurang dari segi kemahiran dan pengetahuan (Talib et. al., 2010). Golongan ini akan lebih ketinggalan dan menghadapi lebih kesukaran untuk bersaing PTV yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran berbanding pembelajaran teori ini dilihat mampu menarik minat golongan remaja yang sudah tidak berminat dalam pelajaran. Golongan ini kebiasaannya tidak akan menghabiskan sesi persekolahan dan menjadi golongan yang bermasalah dari segi tingkah laku atau juvana. Berikutan itu, masa depan mereka dalam dunia kerjaya dilihat kurang berpeluang kerana tiada pengiktirafan akademik atau mempunyai rekod jenayah. Namun, melalui PTV, golongan ini dapat dibantu dengan memberikan mereka
38

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

latihan kemahiran untuk mereka bekerja sendiri atau sebagai tenaga kerja sokongan yang berkemahiran selepas melalui program pemulihan. Malah, dalam penulisan oleh Udin et al. (2010), latihan kemahiran sewaktu program pemulihan mampu menjadi terapi bagi golongan ini dalam menghadapi dunia kerjaya kelak. Ianya juga dilihat mampu memberikan kesedian kepada mereka untuk memulakan hidup baru setelah menyedari kesilapan yang telah mereka lakukan. Ini secara tidak langsung memberikan peluang kedua bagi golongan ini untuk memulakan hidup baru. Ismail et. al. (2010) menyatakan dalam kajian yang dilakukan, selain berperanan menyediakan negara dengan tenaga kerja berkemahiran, PTV turut berperanan sebagai laluan alternatif kepada lepasan sekolah dan juga mereka dengan keputusan akademik yang rendah untuk mendapatkan kerjaya yang stabil dan bagus. Golongan ini dikenali sebagai late bloomers berdasarkan pencapaian mereka yang rendah dalam sistem pendidikan utama negara. Kajian ini mendapati bahawa PTV sebagai pilihan alternatif untuk pendidikan mampu membawa pelajar PTV ini ke arah kerjaya yang baik dan peluang peningkatan dalam kerjaya itu sendiri samada sebagai penyelia mahupun dalam bahagian pengurusan kerjaya tersebut. Ini boleh berlaku walaupun tanpa meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memulakan kerjaya sebagai pihak atasan. Selain itu, responden yang dikaji turut merasa mereka mempunyai daya kebolehpasaran yang tinggi dalam dunia pekerjaan. Ini bermakna, graduan PTV berkeyakinan dengan kemahiran mereka yang diperolehi semasa tempoh pengajian. Oleh itu, jika dilihat kembali, PTV bukan sahaja membantu kerajaan menyediakan tenaga mahir dalam usaha menjadi negara maju menjelang 2020, malah turut membantu individu itu sendiri dalam mencorak kehidupan mereka. Melalui PTV pelajar yang kurang cemerlang atau yang mempunyai sejarah silam yang gelap masih berpeluang mempunyai kerjaya yang cemerlang melalui kemahiran yang diperolehi. Ini menunjukkan ianya adalah relevan bagi kerajaan untuk melabur dalam PTV kerana kebaikannya diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.

39

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

4.4 Kelemahan kurikulum PTV Jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam pendidikan negara ini untuk menghasilkan tenaga manusia yang berkualiti. Namun, lambakan pekerja asing ke Malaysia masih berlaku. Perkara ini berlaku kerana sumber manusia yang ada kurang kualitinya. Sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya (Dakian, 2009). Ini adalah fitrah yang sehingga kini masih belum dapat diatasi. Pelaburan dalam

pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Malaysia melibatkan kos yang tinggi, namun usaha ini adalah sia-sia sekiranya faktor utama pengangguran adalah disebabkan oleh kekurangan penawaran dalam pekerjaan bidang ini dan kos buruh yang sangat tinggi. Sebaliknya sekiranya pengangguran berlaku berpunca daripada masalah kekurangan kemahiran bekerja di kalangan individu maka program PTV adalah sangat releven. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan graduan PTV terus berkualiti dari segi kerja dan haluan masa depan profesion mereka ini termasuklah program keusahawanan merentasi kurikulum yang sedang giat dijalankan pada masa ini. Program ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mampu bekerja di bawah organisasi besar malah mampu untuk menjadi pemilik pekerjaan itu sendiri. Namun program ini masih baru dan perlu dikaji dari segi perlaksanaan dan keberkesanannya kerana pada hakikatnya kurikulum keusahawanan melibatkan silibus yang sangat luas. Ianya mencakupi bidang operasi, perakaunan, pemasaran dan sumber manusia. Kurikulum yang dibina mestilah bersesuaian dengan keperluan usahawan dalam industri permotoran, pembinaan dan permesinan kerana industri ini bukan sahaja memerlukan individu yang mahir dalam bidangnya malah mesti cekap, bijak dan mampu memimpin perusahaan untuk lebih berdaya saing. Sebagai contoh graduan yang mempunyai kemahiran membaiki kereta ingin membuka perniagaan beberapa faktor perlu diambil kira bagi memastikan kejayaan perniagaannya untuk jangka masa yang panjang: i. ii. Lokasi yang sesuai adalah kawasan bandar dan pekan kecil. Kemahiran dan kecekapan untuk membaiki kenderaan (produktiviti) aras tinggi.
40

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

iii. iv. v. vi.

Pengurusan kewangan dan modal. Pengurusan staf. Perkhidmatan selepas jualan. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan (sustainability).

Pemilihan lokasi yang salah akan mengakibatkan perniagaan kurang mendapat sambutan, kualiti baik pulih yang rendah dan servis yang kurang cekap mengurangkan

kepercayaan pelanggan, kegagalan pengurusan kewangan yang baik meningkatkan hutang syarikat, kemahiran kepimpinan yang rendah sukar untuk mengawal staf dan penting untuk mempelbagaikan produk dan perkhidmatan untuk mempunyai kelebihan persaingan seperti

contoh selain membaiki kenderaan kedai juga menjual alat ganti kenderaan yang pelbagai. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kecekapan dan produktiviti individu ini untuk membaiki kenderaan serta skil pengurusan yang tinggi. Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini kurikulum PTV yang dibangunkan masih belum mampu memenuhi keperluan tenaga mahupun dari segi kecekapan bekerja dan produktiviti malah dari aspek yang lain seperti pengurusan kendiri dan keusahawanan. Bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kurikulum latihan pertukangan seharusnya dilakukan terus-menerus melalui jalinan dengan industri seperti di German pelatih vokasional akan mengikuti kelas teori selama empat hingga 6 minggu dan setelah itu mengikuti latihan terus dalam industri dan menerima intensif dan keistimewaan sama seperti staf yang lain. Kurikulum keusahawanan seharusnya diwujudkan sendiri untuk para pelatih-pelatih PTV, sebagai contoh individu yang mengambil latihan pertukangan seharusnya mengambil subjek pemasaran, sumber manusia, perakaunan dan pengurusan operasi. Latihan keusahawanan ini dilakukan juga secara teori dan praktikal. Selain itu Pro dan Kontra Pendidikan Teknik dan Vokasional ini boleh dilihat daripada beberapa aspek berikut: Kewangan

41

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Kebanyakkan sistem PTV di Malaysia bergantung kepada pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kebergantungan sebegini haruslah tidak terus diamalkan kerana untuk

melahirkan individu yang benar-benar mahir sistem latihan berasaskan industri kerja sebenar adalah lebih berkualiti. Kebanyakan kajian dijalankan mendapati bahawa kebanyakkan majikan akan membuat pelaburan terhadap meningkatkan kemahiran kerja staf dengan menghantar mereka mendapatkan latihan pada satu-satu masa tertentu semasa di dalam pekerjaan yang sedang dijalankan (Norrag News, 2007). Kaedah ini dilihat lebih baik daripada latihan

beroreantasikan kelas latihan bagi individu yang belum bekerja. Justeru pendidikan PTV perlu berorientasikan industri bagi melahirkan individu yang terlatih dan mahir boleh diterima bekerja oleh majikan. Sistem Latihan

Program PTV yang dilaksanakan di Malaysia hanya mengambil kira terhadap penerapan kemahiran untuk bekerja dalam industri sahaja. Tetapi hakikat yang diperlukan oleh industri adalah pekerja yang boleh bekerja dengan cekap dan memiliki produktiviti yang tinggi. Di mana inilah masalah sebenar para majikan dalam industri yang masih tercari-cari pekerjapekerja yang bertanggungjawab dan boleh diharapkan menggalas tanggungjawab kerja dengan penuh rasa integriti. Sistem pendidikan di German sendiri agak berbeza pendekatan PTV yang digunakan di Malaysia. Di Negara Maju ini PTV lebih kepada sistem latihan di bawah industri di mana pelajar memperolehi latihan sepenuhnya di bawah sebuah syarikat yang dalam lingkungan 4 tahun dan sekiranya memenuhi kriteria dari segi kecekapan, pengetahuan dan operasi berkaitan kerja yang dijalankan mereka akan diserap untuk bekerja secara tetap dengan syarikat jika sebaliknya akan keluar dan mencari kerja yang lain. Di negara membangun program sebegini lebih dikenali sebagai Program Apprenticeship. Walaubagaimanapun, bangsa dan negara yang gemilang tidak hanya bergantung kepada kemampuan fizikal yang bercorak materialistik dan teknologi sahaja, namun perlu membina kekuatannya berdasarkan kepada budaya ilmu yang mulia dan perlu memenuhi matlamat pembangunan diri insan secara menyeluruh (Noordin, 1993). PTV di Malaysia seharusnya diolah supaya menghasilkan pekerja yang mempunyai etika dan budaya kerja, serta daya produktiviti tinggi untuk membantu sektor perindustrian Negara (Sharil dan Habib,1999).
42

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Walaubagaimanapun, Jika dilihat dengan teliti, matlamat PTV sebegini kurang mengambilkira kesepaduan di antara ilmu akal dengan ilmu ketuhanan, antara akidah dan tauhid sebagai paksinya sedangkan kurikulum sepatutnya merupakan kesatuan tiga dimensi Tuhan, manusia dan alam sepertimana yang ditekankan oleh Noordin (1993).

Tenaga Pengajar

Selain itu, keberkesanan guru dalam menyampaikan kandungan kurikulum juga merupakan antara isu yang sering dipersoalkan kerana guru sebagai pemangkin dalam kejayaan institusi PTV. Noordin (1993) dalam bukunya Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

mempersoalkan keberkesanan penerapan nilai oleh guru dalam implimentasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Antaranya seperti persoalan mengenai penghayatan guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang perlu diserapkan ke dalam pengajaran di sekolah serta persoalan mengenai kemahiran guru untuk menjalinkan pengajaran kemahiran dan teori kemanusiaan dengan nilai rohani dan epistemologi ketuhanan. Berbeza dengan keperluan skil tenaga pengajar bagi pendidikan vokasional memerlukan kemahiran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang kemahiran yang diajar. Seperti mana sistem apprenticeship di German jurulatih bagi program vokasional yang dijalankan adalah terdiri daripada individu yang bekerja dalam industri tersebut dan merupakan jurulatih tetap. Ternyata pelatih adalah merupakan individu yang berpengetahuan dan pengalaman luas dalam sektor industri tersebut. Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi penyediaan tenaga pengajar bagi program latihan vokasional yang dijalankan. Perlaksanaan sistem pada masa ini masih lagi belum menyeluruh kerana mengabaikan aspek kecekapan dan produktiviti pekerja dalam melaksanakan sebarang tugasan kemahiran.

Pusat dan Institusi Latihan Vokasional dan Industri Awam

Kelemahannya institusi ini hanya bergantung kepada sumber kewangan kerajaan. Malah tiada yuran dikenakan kepada pelajar untuk mengikuti latihan yang ditawarkan ini hakikatnya hanya akan membebankan pihak-pihak tertentu terutamanya pelabur kerana sudah pasti mereka menghadapi kekurangan dana untuk membeli teknologi baru dan mengupah pelatih dengan harga
43

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

yang berpatutan dengan kemahiran dan pengalaman yang tinggi. Maka cita-cita untuk PTV menjadi pembekal kepada inovasi menemui jalan kegagalan. Hal ini perlu segera diatasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir industri yang dijangka meningkat permintaan terutamanya di negara-negara membangun.

Pengenalan kepada PAV terhadap kurikulum sekolah menengah

Bagi melahirkan individu terlatih pada peringkat ini memerlukan pelaburan yang tinggi daripada pihak pendidikan dan sehingga ke hari ini masih tiada lagi bukti yang menunjukkan skil yang diperolehi daripada fasa ini mampu memenuhi keperluan pekerjaan selepas mereka habis sekolah. Apatahlagi kurikulum vokasional yang ditawarkan di sekolah hanya mencakupi

sebahagian kecil keperluan latihan vokasional untuk pekerjaan. Latihan Apprenticeship"

Dalam konteks ini, industri dan institusi tidak berjalan seiring.

Kurang inovasi dari segi

penggunaan alatan yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja dalam industri seperti yang berlaku dalam sektor pembuatan, kimpalan dan pembinaan. Selain itu teknologi yang digunakan semasa dalam latihan di institusi juga kebanyakannya tidak sama dengan yang bakal digunakan dalam industri. Sebagai contoh, pelatih dalam bidang binaan menggunakan mesin pemotong kayu semasa dalam latihan vokasional tetapi apabila berada dalam industri hanya menggunakan gergaji sahaja untuk kerja-kerja yang sama.

5.0 Kesimpulan Walaupun terdapat perbezaan antara sistem pendidikan utama dan alternatif di Malaysia, namun kesemua sistem ini mempunyai arah tujuan yang sama iaitu untk memberikan pendidikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia supaya mereka menjadi warganegara yang berpendidikan tidak kira dalam apa jua bidang. Setiap sistem ini mempunyai kelemahan dan keburukan tersendiri. Pilihan untuk memasuki mana-mana sistem terletak di tangan pelajar sendiri. Mereka memilih berdasarkan
44

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

minat dan keputusan masing-masing. Sekiranya ada usaha dari pelajar sendiri, mereka pasti akan berjaya walau apa jua bidang yang diceburi. Kejayaan ini jua pasti sedikit sebanyak dapat membantu negara menjadi negara membangun dengan pengukuhan ekonomi yang mantap dan pendapatan negara yang tinggi. Oleh itu, setiap pelajar perlu mempunyai motivasi untuk memajukan diri dan juga menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi dalam menghadapi cabaran arus perdana dalam dunia perkejaan kelak.

45

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Rujukan: Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abd. Samad., H. B.(2002). Sistem penilaian prestasi pelajar. Universiti Teknologi Malaysia

Adnan, M. F., Hamzah,R. dan Udin, A. (2011).Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Latar belakang Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dicapai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 26 September 2012

Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (2012). Fungsi bahagian. Dicapai dari http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-bahagian/profil-bahagian/fungsi-bahagian pada Okt 15, 2012 Bereiter. (1972). Schools without education. Harvard Educational Review, 42, August Berita Harian (2012). Teks Ucapan Bajet 2013. Dicapai Dari www.bharian.com.my pada Oktober 2, 2012 BERNAMA (2012). Hanya 15% Pelajar Menengah Malaysia Dalam TVET. Dicapai dari www.utusan.com.my pada Oktober 2, 2012 Career Technical Education Foundation, Inc (2008). Boarding The Global Train Of Success Implementing The Dual Education System In Amerika. An Academic And Apprenticeship Model.

Dakian. M, (2005). Pembangunan Modal Insan Misi 2057 Berteraskan Islam danKonvensional. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ismail, A. I, Sail, R. M., Krauss, S. E. dan Omar, Z. (2011). Exploring Career Success Of Late Bloomers from the TVET Background. Journal Education and Training. Vol 53 (7). Pp 603-624
46

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Jabatan Penerangan Malaysia. (2008). Sejarah Pendidikan di Malaysia. Dicapai pada 26 September 2012, dari Jabatan Penerangan Malaysia:

pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenaipendidikan/1057-sejarah-pendidikan-di-malaysia.html Kechik, A. A. (2011). Reformasi Dalam TVET : Perubahan Masa Hadapan. Journal Of Edupress. Vol 1. Pp 336-341 Kechik, A. A. (2011). Reformasi dalam TVET: Perubahan Masa Hadapan. Journal Of Edupres. Vol 1. Pp 336-341 Kementrian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Edisi Ketiga. Selangor: Giga Wise Network Sdn. Bhd. Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011).Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Sosio humanika, Vol.4 No.1. page 33. Noordin, T. A. (1993).Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordinm. S., Zainudin M. I. Z Dan Saud. M. S. (2012). Curriculumim TVET: Catalyst Toward Nations Success. Journal Of Technical, Vocational & Engineering Education. Vol 5. Pp 20-27 NORRAG News (2007). Technicle and Vocational Skills Development, Special Issue.

www.norrag.org. Rajuddin, M. R. dan Yusof, Z. M. (2004). Pendidikan vokasional dan latihan dalam melahirkan tenaga kerja tempatan dalam industri pembinaan. Dalam: Konfrens GREDuc 2004, 2004, n/a Shahril dan Habib (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia Sorotan Dan Cabaran Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

47

P ro d an Ko nt ra P e nd id i k an U mu m d a n P T V

Talib, K. N., Sulaiman, N. L dan Salleh, K. M. (2010). Globalizations Impact on Soft Skills Demand in the Malaysian Workforce and Organizations: What makes graduates employable?. Proceedings of the 1stUPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training Bandung, Indonesia, 10-11 November 2010 Udin, A., Adnan, M. F. dan Hamzah, R. (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia.dspace.unimap.edu.my

Udin, A., Dason, A. dan Hamzah, R. (2010). Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara.dspace.unimap.edu.my

Udin, A., Hamzah, R. dan Padzil, N. S. A. A (2011). Pendidikan PTV Dalam Membangunkan Tenaga Manusia Berminda Kelas Pertama. Journal of Edupres, Vol. 1. Pp 279-286

Udin, A., Hamzah, R., Zakaria, W. Z., Aripin, M. A. dan Hadi, A. F. A. (2010). Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Dan Pelajar Juvana. edupress2010

Udin, A., Kayan, I. C. dan Hamzah, R. (2010). Transformasi Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Membentuk Pemimpin Masa Depan.Dspace.unimap.edu.my

Udin, A., Kayan, I., C. dan Hamzah, R. (2010). Transformasi Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Membentuk Pemimpin Masa Depan.Journal of Edupress 2010 Yusof, M. N. (2011) .Warga Berinovasi Pemacu Transformasi. Amanat Tahun Baharu 2011. Putrajaya Zain, Z. M. (2008). TVET In Malaysia.Dspace.unimap.edu.my

48

You might also like