You are on page 1of 3

20/06/2003 NORMALA - MPT 7 MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat

t yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka . Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin. Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti JENIS-JENIS PERKHIDMATAN B&K 1. PERKHIDMATAN KAUNSELING a). Kaunseling individu atau kelompok. - pencapaian akademik yang tidak memuaskan. - rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. - kerjaya, pelajaran, dan peribadi. - tidak turut serta dalam ko-kurikulum. - masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen b). Kaunseling keluarga - jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .

c). Kaunseling tunjuk ajar - guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahirankemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen. PERKHIDMATAN BIMBINGAN - Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang mengandungi aktiviti TERANCANG DAN TERSUSUN

PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT. - pendidikan pencegahan dadah - latihan dan kerjaya - sosial dan peribadi

PERKHIDMATAN PENEMPATAN - membantu memilih aktiviti kokurikulum. - penempatan pekerjaan - penempatan IPT dan IPTS PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH - memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah - membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program pencegahan penggunaan dadah.

PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN - membantu bekas pelajar - membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah - membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar - membuat rujukan

PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA - memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi, dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.

PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS - menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar - merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti B & K kepada komuniti luar.

PERKHIDMATAN PENILAIAN - membuat penilaian aktiviti bimbingan - menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

You might also like