You are on page 1of 11

PUTERA GUNUNG TAHAN

PERSOALAN

1.

Kecintaan terhadap tanah air

Ratu Bongsu enggan menyerahkan puncah Gunung Tahan kepada Tuan William walaupun ditawarkan ganjaran lumayan. Perempuan Tua sanggup menentang Inggeris dan melarikan diri ke dalam hutan kerana tidak mahu menerima pemerintahan Inggeris.

2.

Ketabahan menghadapi cabaran

Tan Robert dan Tuan William tabah menghadapi pelbagai rintangan semasa meredah hutan dan mendaki Gunung Tahan untuk mencari tempat peranginan. Mereka terpaksa menghadapi cuaca buruk seperti hujan lebat, banjir dan tanah runtuh serta ancaman binatang buas. Ratu Bongsu dan pengikut-pengikutnya tabah menghadapi cabaran mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada dikuasai Inggeris. Perempuan Tua begitu tabah menghadapi cabaran semasa melarikan diri ke dalam hutan dalam keadaan sarat mengandung, terpaksa melahirkan anak di dalam htan dan kemudian tinggal bersama-sama orang Sakai.

3.

Ketamakan dan kerakusan penjajah

Tuan Robert dan Tuan William mendaki Gunung Tahan mempunyai hasrat untuk mencari kekayaan dan kemegahan diri. Mereka ingin mendapat ganjaran daripada kerajaan Inggeris sekiranya berjaya mendapat tempat peranginan.
Tuan Robert ingin mendapat kulit harimau puith daripada PerempuanTua kerana dapat dijual dengan harga yang mahal di barat.

4.

Keangkuhan dan sikap memandang rendah penjajah terhadap masyarakat tempatan

Tuan Robert memandang rendah akan ilmu orang Melayu terutama ilmu dunia yang dianggap sebagai karut dan tidak boleh dipercayai. Tuan Robert juga menganggap bahawa agama Kristian itu lebih baik dan hanya agama tersebut sahaja boleh memberi kemajuan. Tuan William meminta Ratu Bongsu menyerahkan Gunung Tahan kepada Inggeris kerana negeri yang diperintah oleh Inggeris semuanya maju.

5.

Kesan buruk penjajah Inggeris

Terdapat orang Melayu yang pergi ke gereja.


Pergaulan bebas lelaki dan perempuan di rumah Penglipur lara. Hj. Adam menjadikan bangunan tempat aktiviti agama kepada tempat hiburan dan tari-menari. Tengku Chah (Tengku Aishah) mengandung anak luar nikah.

6.

Hidup hormat-menghormati

Perempuan Tua menghormati dan melayan Tuan Robert dengan baik.


Orang-orang Sakai amat menghormati Perempuan Tua dan Perempuan Tua juga menghormati cara hidup dan adat resam mereka. RATU Bongsu, Kusina dan masyarakat bunian menghormati dan melayan Tuan William dengan baik semasa di puncak Gunung Tahan.

7.

Pengkhianatan dan perbuatan belot terhadap bangsa dan tanah air

Terdapat golongan orang Melayu yang bermuka-muka dan menjadi tali barut Inggeris. Ada yang berpura-pura menentang tetapi sebenarnya mereka menyokong Inggeris. Terdapat orang Melayu yang mengkhianati ketua-ketua mereka dan menerima rasuah daripada Inggeris.

8.

Patuh dan taat kepada agama

Perempuan Tua tetap berpegang dan patuh pada agama walaupun tinggal dalam masyarakat orang Sakai.
Perempuan Tua tegas mempertahan agama Islam ketika berdebat dengan Tuan Robert.

9.

Hidup saling membantu

Orang-orang Sakai membantu PerempuanTua semasa melahirkan anak di dalam hutan. Perempuan Tua menyelamatkan Tuan Robert daripada dibunuh oleh orang Sakai. Ratu Bongsu membantu Tuan William dengan memberikan khidmat burung pesuruhjaya, beringin bercakap dan teropong terus Kusina membantu Tuan William mendaki puncak Gunung Tahan.

10. Kebijaksanaan mengatasi masalah

Ratu Bongsu dapat memerangkap Tuan William dalam bilik khazanah dan akhirnya Tuan Willaim terbunuh.
Perempuan Tua dengan kerjasama orang Sakai berjaya menundukkan Tuan Robert yang sombong dengan mengenakan cenuai menyebabkan Tuan Robert jatuh cinta kepada perempuan Sakai.

You might also like