You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KOM 2013

KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Kamaliah binti Ismail diiringi Encik Jaflus bin Mohd Bahari masuk ke ruang stadium.

Nyanyian lagu

(lagu Negaraku) (lagu Negeri Selangor) (lagu IPG)

SALUTASI

Yang Berusaha, Puan Kamaliah bt Ismail Pensyarah Penasihat Kejohanan Olahraga Mini 2013, Yang dihormati, Encik Jaflus bin Mohd Bahari Pensyarah Penasihat Subjek Olahraga Semester 5, Ahli Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Olahraga Mini 2013, Para atlit, Seterusnya, hadirin sekalian, Assalamualaikum w.b.t.

ALU-ALUAN MC

Dari Stadium Khalid Al-Walid IPG KPI membawa anda ke MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MINI 2013 Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi hadir bagi memeriahkan Kejohanan Olahraga Mini 2013.

Bacaan Doa

Hadirin sekalian, bagi mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh saudara_______________________. Dengan itu pihak majlis menjemput dan mempersilakan.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KOM 2013

Ucapan Encik Jaflus Ucapan perasmian penutup sama ada En Jaflus atau Pn Kamaliah. Tengok situasi. Ucapan Puan Kamaliah

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pensyarah Penasihat Subjek Olahraga Semester 5. Dengan itu pihak majlis menjemput dan mempersilakan Encik Jaflus bin Mohd Bahari untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada Encik Jaflus bin Mohd Bahari atas ucapan sebentar tadi. Majlis kita beranjak maju dengan mendengar ucapan daripada Pensyarah Penasihat Olahraga dari Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Kejohanan Olaharaga Mini 2013 kita pada hari ini. Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

Terima kasih atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi. Kini tibalah masanya untuk sesi penyampaian hadiah dan cenderahati. Dengan itu pihak majlis menjemput dan mempersilakan Pn Kamaliah bt Ismail diiringi En Jaflus bin Mohd Bahari untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 1) 4x400 meter (L&P) 2) 4x100 meter (L&P) 3) 200 meter (L&P) 4) 100 meter (L&P)

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KOM 2013

5) Olahragawati??? Olahragawan??? Seterusnya pihak menjemput dan mempersilakan En Jaflus bin Mohd Bahari untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Kamaliah bt Ismail sebagai tanda kenang-kenangan. Penutup Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi. Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah tadi, maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Mini kita pada hari ini. Pihak jawatankuasa kejohanan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah penasihat subjek WAJ 3112 Olahraga, Urusetia-urusetia Kejohanan Olahraga Mini 2013, seterusnya semua pihak yg menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga berjumpa di lain waktu. Segala salah silap sepanjang mengndalikan kejohanan ini, kami dahului dengan ucapan maaf dan ampun. Saya akhiri dengan lafaz yg mulia Assalamualaikum WBT. Jamuan Dipersilakan para VIP ke Bilik Jamuan untuk menikmati jamuan yg telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai...

*edit2 lah yg mana patut diedit...study leklok utk majlis penutupan nanti k. Nazrin x dapat join KOM ni sebab sampai Malaysia dari Beijing pd 1 April 2013....so sad.....tpi nk wt cmne kan.... =(

You might also like