SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI 2 / 2013 Tarikh Masa

Tempat : 09 April 2013 : 01.15 petang : Bilik Gerakan

1. Ucapan alu-aluan 1.1 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat Ko-Kurikulum kali ke dua 2013. 1.2 Terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana telah memberi kerjasama dalam melaksanakan kokurikulum setengah tahun 2013. 1.3 Ucapan tahniah kepada pasukan catur, pasukan takraw, pasukan bola jaring dan pasukan olahraga sekolah kerana telah mengharumkan nama SKPP. 1.4 Tahniah kepada unit Ko-Kurikulum kerana tahun 2012 adalah tahun kegemilangan. 1.5 SKPP akan menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Melayu bagi tahun 2013. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Ko-Kurikulum 3/2012 2.1 Disahkan oleh 2.2 Disokong oleh : Pn. Che Zaharah bt Che Su : Pn. Hermaliza bt Helmi

3. Perkara Berbangkit 3.1 Buku laporan setiap minggu hendaklah disiapkan dan dihantarkan kepada Gpk koko pada setiap hari jumaat. 3.2 Sila serahkan post mortem setiap pertandingan yang dijalankan, kepada Gpk koko 3.3 Surat kebenaran menyertai aktiviti kokurikulum hendaklah diserahkan kepada setiusaha koko. 4. Hal-hal lain 4.1 Ucapan GPK Koko (En. Ahmad Razali bin Saleh) 4.1.1 Tahun 2013, sukan tahunan ditangguhkan. 4.1.2 Latihan kriket akan dijalankan selepas semester 2. 4.1.3 Sukan tahunan akan digantikan dengan “Hari Terbuka” iaitu Rimup, Hari kantin dan Hari sukaneka. 4.1.4 Tahniah kepada pasukan MTAQ kerana menjuarai tilawah perempuan dan bercerita. 4.1.5 Baju sukan telah diedarkan dan semua murid telah dapat. 4.1.6 KPI KOKO pada tahun ini telah tercapai, kerana kriket telah pergi ke peringkat kebangsaan. 4.1.7 Peruntukan untuk membeli bola bowling boleh mohon dari PIBG.

4.1.7 Nama murid dalam buku laporan mingguan mesti sama dengan SMM. 5. Penglibatan guru sebagai hakim 5.1 Guru digalakan menjadi hakim samada peringkat daerah dan negeri. 5.2 SK. Pasir Panjang hanya mempunyai hakim untuk pertandingan MTAQ. 5.3 Penglibatan sebagai hakim adalah untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang pertandingan yang akan dipertandingkan. 5.4 Cadangan adalah Untuk Karnival Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan MTAQ Pada masa akan datang. 6. Surat Kebenaran 6.1 Surat Kebenaran penjaga hendaklah dikemaskini dari masa kesemasa. 6.2 Surat kebenaran tersebut hendaklah disimpan didalam fail. 7. Data Guru 7.1 Data guru hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada penolong setiausaha sukan untuk disimpan didalam fail. 8 .Minit Mesyuarat Unit-Unit 8.1 Penyelaras sukan & permainan, Unit beruniform dan Kelab & Persatuan diminta supaya melengkapkan fail putih. 9. Buku Laporan Aktiviti Mingguan 9.1 Semua Ketua unit diminta melengkapkan buku laporan aktiviti mingguan. 9.2 Tindakan penyelaras supaya buku tersebut lengkap. 9.3 Contoh Laporan boleh dapatkan daripada Pn. Hermaliza. 10. Sijil Peringkat Daerah 10.1 Guru pengiring hendaklah bertanggungjawab untuk mendapatkan sijil peringkat daerah dan sentiasa berhubung dengan pihak pengelola. 11. Perkhemahan Tahunan (Pn. Hermaliza) 11.1 Ditangguhkan kepada bulan oktober 11.2 Supaya murid-murid tahun 6 dapat menyertai perkhemahan tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang. Disediakan oleh, ……………………………. KAMARIAH BT ESA Setiausaha Kokurikulum, Sk Pasir panjang. Disemak oleh, ………………………………………. AHMAD RAZALI BIN SALEH Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk. Pasir Panjang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful