You are on page 1of 6

Pengenalan -definasi secara umum -apa itu demam denggi -sejarah (klu ada) -kaitkan dgn tempat kajian

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar olehnyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Apakah maksud denggi ?Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virusDenggi (genus Flavivirus yang disebar olehnyamuk Aedes betina

APA ITU DEMAM DENGGI ?


- Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. - Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi. - Sangat berbahaya dan boleh membawa maut. - Tiada ubat untuk merawat denggi. -

MENGENALI NYAMUK AEDES.


- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki - Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm) - Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah. - kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini? Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masingmasing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masingmasing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk. Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5

penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih.

1.0 PUNCA DEMAM DENGGI 1.1 Faktor persekitaran


Longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, -kenapa ada tu smpah -jenis sampah (yg bleh menyebabkn pmbiakan cth bekas polostrine) -sampah menyebabkan takungan timbunan tanah -tempat takungan -x bleh d agak di mana rumput-rumput yang telah tumbuh. Ini menyebabkan ada air yang bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

1.2 Faktor Dalaman


Sikap pengotor -kaitkan dgn personality seseorang -tidak biasa -tidak ambil peduli -sikap individualistic segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan, termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dikenal pasti antara punca peningkatan kes denggi. sumber : Scribd - Punca demam denggi

Di dalam rumah 1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga. 2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi. 3. Perangkap semut.

B. Di luar rumah 1. Di dalam tayar buruk.

2. Saluran air hujan. 3. Tin-tin kosong atau botol. 4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan 5. Cawan getah 6. Lubang pokok 7. Tunggul buluh 8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

1.2 MENGENALPASTI TANDA-TANDA DEMAM DENGGI 1.2.1 Demam


Mengapa demam? 1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius. 2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis. Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi. Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah. Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan. Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam. Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah

demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius. Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga, katanya. Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan. Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa, katanya. Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas. Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulangulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian. Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain. Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak, katanya. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy). Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. sumber : wikipedia - demam denggi

Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-

serta.html#ixzz2OLZWMoK6 Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes; Cirit-birit - Demam secara mengejut - Loya dan muntah-muntah - Ruam dan gatal-gatal - Sakit bahagian belakang biji mata - Sakit kepala yang teruk - Sakit otot dan sendi yang teruk - Sakit perut - Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah) sumber: Petua sejagat - 9 Tanda Demam Denggi

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptomsimptom penyakit virus: demam hidung berair batuk ruam kulit yang ringan Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: demam panas sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi sakit kepala ruam kulit bertompok merah dan putih Ini mungkin diikuti dengan: kurang selera makan loya muntah gatal di tapak kaki rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh. sumber : baby center - denggi dan kanak-kanak

1.3 TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

1.4 CARA MENGAWAL DAN MENCEGAH DEMAM DENGGI 1.4.1 Memusnahkan nyamuk aedes peringkat jentik-jentik -meluang kan masa dlm 10 minit (ikut pembahagian struktur essei)

MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.


1. DI DALAM RUMAH : - Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air - Bekas perangkap semut - Bekas menakung air peti sejuk - Piring menakung air pasu bunga

2. DI LUAR RUMAH : - Tayar terpakai - Tempurung kelapa - Tempurung koko - Botol dan Tin-tin kosong - Saluran air hujan - Parit-parit bertakung

You might also like