You are on page 1of 4

Resepi Crispy Chicken Chop Oleh: Alniamira Alwi Bahan- bahan (ayam) : - hirisan dada ayam / peha ayam

yg sudah dibuang tulang - serbuk lada hitam & lada putih - garam - telur - serbuk roti (boleh beli di kedai bakery, cari yg warna putih, sedap!) Cara-cara : 1) Perap hirisan ayam / peha ayam dgn lada hitam & lada putih & garam selama 1/2 jam. 2) Panaskan minyak, celup hirisan ayam yg sudah diperap kedalam telur yg dipukul sedikit. 3) Balik balikkan hirisan ayam dalam serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan ayam. 4) Goreng ayam td dalam myk dgn api sederhana sehingga keemasan. Bahan-bahan (kuah / gravy) : - 2 sudu butter - 2 ulas bawang putih - sebiji bawang besar - 1 cm halia - serbuk lada hitam - 250gm serbuk brown sos (boleh dapatkan di kedai bakery) - 1liter air - cendawan butang (optional) Cara-cara : 1) Panaskan butter, tumis lada hitam, bwg putih, bwg besar & halia yg dicincang halus. 2) Bancuhkan serbuk brown sos dgn 1liter air dan tuang ke dalam tumisan bawang.

3) Kacau sehingga mendidih & pekat. 4) Masukkan hirisan cendawan butang. ** brown sos nie dah sedap, tak payah tambah perisa pun takpe. Tapi kalau nak tambah pun boleh Bahan-bahan (coleslaw) : - kobis - lobak merah - bawang holland - mayonis - susu tepung (2 sudu besar) Cara-cara : 1) Hiris halus semua sayur, gaulkan dgn mayonis & susu tepung dan perisakan. Sejukkan sekejap. Chiken chop & kuah boleh dihidangkan dengan coleslaw, kentang goreng, brokoli & baby carrot yg dicelur sekejap, tomato, salad, kacang panggang dan lain-lain. KEK CHOC MOIST - 2cwn tepung gandum - 1sdt baking powder - 1sdt soda bikarbonat **ayak bahan diatas

1cwn serbuk koko 1cwn gula perang 1cwn ssu pekat 1 3/4 cwn ssu cair 1cwn minyak masak

~ : masak sume bahan atas api slow hingga larut - 2 biji telur A - 1sdt esen vanila

cara cara - pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen - masukkan bahan yg dimasak...kacau sebati - masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut - tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper - ttup loyang dengan aluminium foil atau apa saja utk elak air dari menitik - kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana - tunggu sejuk sebelum dituang topping

topping - 100ml susu cair - 300g choc masakan dicincang - 2sdb butter - 1sdb serbuk koko

cara cara ~ campurkan semua bahan dlm bekas....d/boil kan sehingga larut ~ tunggu agak suam sebelum siram atas kek

** SEJUKKAN LEBIHAN GANACHE UNTUK DECO...BOLEH JUGAK UNTUK BUAT ROSE

Resepi Aiskrim coklat Oleh: Naimah Md Ludin 1 tin susu cair 1/2 tin susu pekat 1 tin air (guna tin susu) 1 biji telur 2 sudu besar ovellete 1 sudu besar coklat emulco 1 sudu kecil asen vanila 1 sudu besar tepung jagung cara: masukkan semua bahan dalam mixer (kalau nak buat pelbagai perisa jgn masukan perisa masa mix..bila dh kembang baru asingkan dan cmpur perisa kegemaran) pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 mnt pukul kelajuan maximum selama 10-15mnt adunan akan kembang 2-3x ganda (hampir penuh mixer) bila adunan dah pekat boleh masukkan dalam bekas sejukkan dalam peti semalam. Selamat mencuba! :)

You might also like