You are on page 1of 14

Sce 3103: Penerokaan Bahan

Kredit: 3 (2+1) HP: 1. Mengenal pasti bahan asli dan bahan buatan Manusia 2. Pengetahuan tentang konsep asas bahan asli dan bahan buatan manusia, komposisi kimia dan sifat-sifatnya 3. Penggunaan bahan asli dan bahan buatan manusia dalam kehidupan seharian dan industri

ISL Melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang pemilihan untuk membina bahan berdasarkan sifat bahan (M1) Mengumpul maklumat tentang sifat-sifat pecahan dan penggunaannya dalam kehidupan seharian (M2)

Tutorial Banding beza antara bahan asli dan bahan buatan manusia (M1) Bincangkan pencemaran akibat pembakaran bahan api dan indeks pencemaran udara

Kuliah 1: Bahan asli dan bahan buatan manusia

Cuba dalam kumpulan (empat orang) senaraikan bahan yang ada dalam tempat masak (kitchen). Boleh anda klaskan barangbarang tersebut kepada bahan asli dan bahan buatan manusia Takrifkan makna bahan asli dan bahan buatan manusia

Bahan Semula Jadi


1. Bahan semulajadi adalah bahan bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar. (Natural materials are the materials that come from plants, animals and nature. 2. Bahan bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum alam sekitar. (Natural materials around us include wood, cotton, rubber plants; leather, fur/wool/feather, silk animals; clay/soil, metal, petroleum - nature.)

Bahan Buatan Manusia


Bahan bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi. (Man-made materials or known as processed natural materials are the materials that made by man. Usually its come from petroleum. Petroleum is a natural material.) Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia. (Plastic, synthetic cloth (such as nylon, rayon, polyester, acrylic) and glass are man-made materials.)

Bahan Api
Petroleum, gas asli dan arang batu merupakan bahan api semula jadi yang terdapat secara semula jadi dalam kerak bumi.
Petroleum dan gas asli (metana, etana, propana dan butana) terbentuk daripada sisa haiwan dan tumbuhan yang telah mati dan termendak di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu. Kesan haba dan suhu yang tinggi dengan begitu lama menukarkannya kepada campuran cecair dan bahan meruap (gas asli). Petroleum adalah campuran beberapa jenis sebatian. Hidrokarbon adalah sebatian yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen.

Petroleum

Tiap-tiap hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat didih yang berlainan. Oleh itu ia boleh diasingkan dengan cara penyulingan berperingkat.
Hasil penyulingan berperingkat ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.

Pecahan Petroleum

Ciri-ciri Pecahan Petroleum

Takat didih semakin tinggi. Ketumpatan semakin tinggi. Apabila terbakar, semakin banyak jelaga kerana molekul setiap pecahan ini mengandungi semakin banyak karbon. Kelikatan pecahan semakin bertambah. Warna nyalaan api daripada biru kepada kuning.

Kegunaan Pecahan Petroleum


Gas petroleum Petrol Kerosin Diesel Pelincir Minyak bahan api Bitumen - memasak - kereta, motorsikal - kapal terbang - kenderaan berat (Lori, bas, jentolak) - minyak pelincir - kapal laut - jalan raya

Bahan lain Petroleum


Daripada petroleum terbentuk bahan hasil penyulingan petroleum seperti plastik (bakelit, perspek, polietilena, poliestirena), cat, bahan letupan, penggilap, detergen, baja, asid, pestisid dan dadah.

You might also like