You are on page 1of 1

Sekeping kanvas berwarna putih kekuningan terbiar kaku di sudut bilik bersama barang buangan tiada apa-apa makna

tiada siapa memandang menunggu untuk dibuang. Kanvas yang kaku itu lalu diambil oleh tangan seni dicalit akrilik dengan pisau palit sapuan impasto, scumbling dan hard edge warna sekunder dan tertier. Kanvas yang kaku itu telah bernafas dan bernadi kini tidak lagi di belakang lemari kini ia menjadi hiasan dinding dipandang dengan mata seni. Pelajarku kaulah tangan seni itu kaulah yang memberi nyawa kanvas itu tidak lagi dipandang sepi tanpa harga diri ketahuilah bahawa kamulah yang lebih berharga. Tuan Abdullah Sanusi

Berbuah betik di pinggir bendang, Pisang rastali beli di Purun; Songket, batik, samping dan selendang, Tenunan asli turun-temurun. Pisang rastali beli di Purun, Singgah sekawan merpati muda; Tenunan asli turun-temurun, Halus menawan bandingan tiada. Singgah sekawan merpati muda, Galak berjemur di tepi baldi; Halus menawan bandingan tiada, Pusaka tutur, laku dan budi. Galak berjemur di tepi baldi, Mandi di telaga di dalam taman; Pusaka tutur, laku dan budi, Diamal dijaga sepanjang zaman.

You might also like