You are on page 1of 3

HSBC AMANAH TAKAFUL (MALAYSIA) SDN. BHD. 8th Floor, North Tower No.

2, Leboh Ampang 50100 Kuala Lumpur PENGIRAAN TAKAFUL KEBAKARAN/PEMILIK RUMAH & TAKAFUL GADAIJANJI & ANGGARAN BAYARAN BALIK BULANAN
BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

SILA MASUKKAN SEMUA MAKLUMAT YANG BERKENAAN DENGAN BETUL


Umur Harijadi Terhampir Jantina Nilai Penuh Hartanah (S & P) Jenis Bangunan Status Bangunan Pinjaman Dipohon Tempoh Pinjaman : : : RM : : : RM :
30 Tahun 29 Lelaki 271,000.00 Rumah Teres/Sebuah/Townhouse (Kekal) Dalam Pembinaan 255,000.00

PENGIRAAN TAKAFUL KEBAKARAN & TAKAFUL GADAIJANJI & ANGGARAN BAYARAN BALIK BULANAN
Tempoh Takaful Sumbangan Takaful Empunya Rumah Sumbangan Takaful Gadaijanji Jumlah Perlindungan Takaful Anggaran Bayaran Balik (Bulanan) Nota: - Tempoh bayaran balik tertakluk kepada Tempoh Pinjaman. - Jika rumah telah siap, bagi Takaful Kebakaran, Tempoh Pinjaman perlu +1 dan Tempoh Rumah Siap ialah 0 tahun. - Jika rumah dalam pembinaan, Tempoh Pinjaman mengikut tempoh sebenar dan Tempoh Rumah Siap ialah 2 tahun.
Version 2.00

: : RM : RM : RM : RM

32 1,417 9,542 265,959 1,269.72

Tahun

31

LAMPIRAN PENDEDAHAN PRODUK

Pengendali Takaful: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd (No. Syarikat: 731530-M).

(Baca Lampiran Pendedahan Produk ini sebelum anda memilih untuk menyertai Takaful Mortgage Protector Federal Treasury. Sila pastikan anda juga telah membaca terma-terma dan syarat-syarat di dalam Rumusan Pelan.) Produk: Tarikh:

Takaful Mortgage Protector Federal Treasury June 30, 2013

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia. 1 Apakah produk ini? Takaful Mortgage Protector Federal Treasury memberi perlindungan Takaful untuk Peserta Pembiayaan berkaitan berkenaan dengan duit pinjaman rumah/pelanggan pembiayaan jika berlaku kematian atau kehilangan upaya penuh dan kekal Peserta Dilindungi dalam tempoh pinjaman/pembiayaan. Berikutan peristiwa tersebut, jumlah dilindungi yang semakin berkurangan yang dinyatakan dalam Jadual Takaful akan dibayar kepada Peserta Pembiayaan untuk menyelesaikan atau mengurangkan jumlah pinjaman/pembiayaan yang tertunggak. 2 Apakah konsep-konsep Shariah yang digunakan? Tabarru - derma untuk tujuan Takaful di mana para peserta bersetuju untuk saling membantu secara kewangan semasa keadaan memerlukan. Wakalah - perlantikan satu pihak ke atas pihak yang lain untuk bertindak bagi pihak mereka. Dalam konteks pelan Takaful ini, anda dianggap telah melantik Pengendali Takaful untuk menguruskan Dana Risiko Takaful Keluarga dan Dana Peserta bagi pihak anda. Jua'la - Jua'la adalah kontrak di mana salah satu pihak menawarkan pampasan kepada sesiapa yang akan memperolehi hasil yang telah ditentukan dalam masa yang diketahui atau yang tidak diketahui. Sekiranya pada akhir setiap tahun kewangan, terdapat lebihan pendapatan ke atas liabiliti dalam Dana Risiko Keluarga, Pengendali Takaful akan menerima 50% daripada lebihan yang boleh diagihkan sebagai fi insentif manakala baki 50% akan diagihkan di antara para Peserta yang layak. 3 Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan? Manfaat Kematian Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal (TPD)** Manfaat Tambahan Jumlah Dilindungi RM 265,959 * RM 1,000 Tempoh (tahun) 32 32

Nota: *Ini adalah Jumlah Perlindungan pertama. Jumlah Perlindungan berkurangan setiap tahun. Tolong semak pada Jadual Takaful untuk carta pengurangan jumlah perlindungan ** Maksimum manfaat TPD berbayar tidak akan melebihi RM 2,000,000 untuk perlindungan ini dan semua sijil HSBC Amanah Takaful yang lain (jika ada) pada Peserta Dilindungi yang sama. 4 Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar? Sumbangan Tunggal yang perlu anda bayar dan terma-terma sijil Takaful mungkin berbeza bergantung kepada syarat-syarat pengunduraitan Pengendali Takaful. Jumlah anggaran sumbangan yang perlu dibayar adalah 5 Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar? Jenis Fi Wakalah Duite setem Jumlah 25% daripada Sumbangan atau RM 2,385.50 akan ditolak daripada Sumbangan Tidak berkenaan RM 9,542

6 Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu saya beri perhatian? (a) Kepentingan Pendedahan - Anda mesti mendedahkah segala fakta penting seperti keadaan kesihatan dan anda mesti mencatatkan tarikh lahir anda dengan betul. (b) Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan sijil Takaful anda dengan memulangkannya semula kepada Pengendali Takaful dalam masa 15 hari selepas Jadual Takaful tersebut di hantar ke alamat terakhir yang anda maklumkan kepada Pengendali Takaful. Sumbangan yang anda telah bayar (tolak fi pemeriksaan kesihatan) akan dikembalikan kepada anda. Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Rumusan Pelan untuk terma-terma dan syarat-syarat produk ini.

7 Apakah pengecualian-pengecualian utama di bawah perlindungan takaful ini? i. TPD Manfaat tidak akan dibayar dengan apa jua keadaan / kecederaan / kejadian / penyakit yang secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh : (a) Sebarang percubaan untuk membunuh diri atau kecederaan/ penyakit yang disengajakan semasa keadaan waras atau tidak waras; (b) Sebarang penyertaan dalam mana-mana akitivi sukan dan hobi berbahaya (seperti peluncuran gantung, sukan terjun udara, lompatan bungee, memburu, mendaki gunung); (c) Penerbangan kecuali sebagai penumpang berbayar di dalam pesawat komersial yang berlesen untuk perkhidmatan penumpang dalam penerbangan berjadual yang menyeberangi jalan udara yang dikenalpasti;

Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Rumusan Pelan untuk senarai pengecualian yang penuh di bawah produk ini. 8 Bolehkah saya membatalkan perlindungan takaful saya? Anda boleh memohon untuk membatalkan perlindungan Takaful dengan memberitahu Peserta Pembiayaan berkenaan. Walau bagaimanapun, jumlah wang yang Pengendali Takaful akan memberi anda apabila anda membatalkan sijil sebelum tempoh matang akan kurang daripada jumlah sumbangan yang anda telah buat. 9 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butir-butir untuk menghubungi saya? Adalah mustahak bagi anda untuk memaklumkan kepada kami sebarang perubahan kepada butir-butir untuk menghubungi anda, untuk memastikan yang semua surat-menyurat akan sampai kepada anda secepat mungkin. 10 Di manakah boleh saya memperolehi maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang pelan-pelan Takaful Keluarga, sila rujuk kepada risalah 'insuranceinfo' berkenaan dengan 'Takaful Keluarga' yang boleh di dapati di semua cawangan HSBC atau layari www.insuranceinfo.com.my atau www.islamicfinanceinfo.com.my Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 731530-M) Tingkat 8, North Tower, No. 2, Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur Pusat Panggilan: 1 800 88 9659 No. Faks: 03-2031 0833 11 Lain- lain Pelan Takaful Keluarga yang serupa yang ditawarkan. Sila rujuk kepada kakitangan HSBC untuk lain-lain pelan Takaful Keluarga Takaful yang ditawarkan. Atau Hubungi 1300 88 0181 (HSBC) atau 1300 80 2428 (HSBC Amanah) Layari www.hsbc.com.my atau www.hsbcamanah.com.my Kunjungi cawangan HSBC atau HSBC Amanah berhampiran dengan anda

NOTA PENTING: PENYERTAAN DI DALAM TAKAFUL KELUARGA MERUPAKAN SUATU KOMITMEN KEWANGAN UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG. ANDA SEHARUSNYA MEMILIH JENIS SIJIL YANG PALING SESUAI DENGAN KEADAAN PERIBADI ANDA. ANDA SEHARUSNYA MEMBACA SERTA MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL TERSEBUT DAN MEMBINCANGKAN BERSAMA PENGEDAR ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT.

Maklumat yang terkandung di dalam Lampiran Pendedahan Produk adalah sah pada

June 30, 2013

You might also like