You are on page 1of 58

Pengenalan Setiap individu meneruskan kehidupan dengan memenuhi keperluan yang paling penting untuk hayat dan kehidupan

berkomuniti. Keperluan individu yang asas ialah keperluan primer seperti makanan, air, pakaian, tidur, dan tempat kediaman. Selain itu, individu juga perlu memperoleh keperluan sekunder seperti kasih sayang, penerimaan, penghormatan dan pencapaian akademik. Makanan merupakan keperluan fizikal yang terlalu penting. Tanpa makana yang mencukupi dan kualiti makanan yang baik, kesihatan individu akan terganggu. Dalam jangka masa tertentu, individu yang tidak makan akan kelaparan, seterusnya boleh menyebabkan kematian. Sekiranya individu memperoleh keperluan primer dan sekunder ini, kesempurnaan hidup akan terjamin. Keseimbangan keperluan ini penting bagi mewujudkan keselesaan hidup dalam komuniti yang dinamik. Keperluan ini berbeza antara individu. Antara faktor yang mempengaruhi keperluan tersebut ialah fisiologi, agama, budaya, dan geografi

Apakah Makanan? Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal atau cecair. Makanan terdiri daripada berbagai-bagai tekstur, rupa, dan warna. Rasa makanan adalah pahit, masin, dan manis dapat merangsang selera.
Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan seperti

Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang

terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Makanan segera

Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang terbayang di benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak mendapat tempat di mata dunia sehinggalah Richard dan Maurice McDonald membuka restoran makanan segera yang pertama di dunia di San Bernadino,California pada tahun 1948. Makanan Segera atau 'Fast Food' adalah suatu istilah yang menunjukkan sesuatu yang disediakan dan dihidangkan dengan pantas.Sajian yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk disediakan juga dipanggil Makanan Segera seperti 'TV dinners' ,dan biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran yg pantas penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara berbungkus ,sama ada untuk makan di situ ataupun dibawa pulang.Istilah ini telah diakui di kamus Merriam-Webster pada tahun 1951. Burger,sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di Pesta St Louis World pada thn 1904,HotDog juga diperkenalkan di situ,dan restoran Pizza yg pertama di Amerika dibuka di New York pada tahun berikutnya.Pesta ini sebenarnya adalah pencetus kepada perkembangan pembuatan makanan segera,namun ini berlaku hampir setengah abad sebelum McDonald bersaudara memperkenalkan Sistem Servis Spedee,yg mjadi batu asas kepada fenomena makanan segera dan telah berkembang luas dari Amerika Utara, merentasi dunia. Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur bermula dari sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di

selatan California awal tahun 1940. Para pemilik restoran mengambil kesempatan dgn peningkatan populariti kereta agar pelanggan dapat menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka. Kemudian,pada tahun 1948,mereka merancang untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu meringkaskan menu makanan dgn tidak mggunakan sebarang kutleri seperti sudu,garpu,pisau, dan mereka juga menggunakan pinggan mangkuk pakai buang.Ini amat memudahkan pelanggan krn mereka hanya membuat pesanan di kaunter dan mengambil pesanan, tepatlah dgn konsep makanan segera.

McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah baru pada thn 1948,dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas itu.Burger King dan Taco Bell juga mula mengorak langkah pada 1950 an, dan Wendy's turut dibuka pada 1969. Sesetengah rangkaian seperti Carl's Jr. , KFC dan Jack in the Box,wujud sebelum Sistem Servis Speedee,tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan mereka selepas kemunculan mereka dlm bidang ini. McDonald's yang merupakan perintis,kini merupakan rangkaian terbesar dunia dalam pembuatan makanan segera! Makanan seimbang

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan

kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :i. Tenaga makanan yang mencukupi ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii. Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan

tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu. B. Makanan membina badan Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit

Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan

bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan. Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrienseperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Karbohidrat

menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.

Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya. Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari. Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran. Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia

dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air. PENGENALAN Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial-ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan ini memberi kesan ke atas corak pola atau kadar morbiditas dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan

gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti, dan tekanan darah tinggi. Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima ataupun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan, diet dan pemakanan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pengajian tinggi untuk bertindak secara lebih proaktif dalam mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan, khususnya dalam bidang pemakanan dan dietetik, di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa. APA YANG ANDA FAHAM TENTANG OBESITI??

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanakkanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurangkurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI). Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar

jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit kardiovaskular(berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu semasa makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorang daripada individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti dapat digambarkan seperti gambar di atas. Obesiti OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan

menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka. Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh. Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan. Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan

akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali dihadapi remaja, termasuk juga orang dewasa. Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan adipose (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya. Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula

mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti. Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran. 1. GENETIK Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar. 2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut hipotalamus, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. Hipotalamus mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan&rsquo ; hipotalamus ventromedial (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau pusat kenyang&rsquo .

Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan. 3. POLA MAKAN BERLEBIHAN Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. 4. KURANG BERSUKAN Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga

bergantung kepada dua faktor, iaitu: 1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum; 2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh. Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan

kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut. Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal. 5. PENGARUH EMOSIONAL Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk dahaga akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya. Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang

mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya. Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya. Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek

(makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan. Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan. 6. LINGKUNGAN PERSEKITARAN Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalahmasalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut. Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan. Obesiti kanak-kanak

Seperti sudah menjadi fenomena biasa di mana-mana kita dapati dari hari ke hari semakin ramai kanak-kanak montel atau, dengan lain perkataan, kanak-kanak obes di negara ini, seperti juga di negara-negara maju.

Adakah tahap keobesan yang tinggi di kalangan penduduk menunjukkan sesebuah negara itu mewah dengan makanan? Keobesan di kalangan kanak-kanak ini adakah disebabkan oleh genetik (sifat warisan), terlalu banyak makan tanpa kawalan, masa makan yang tidak menentu, jenis makanan tak berkhasiat (junk food) yang dimakan, atau lain-lain sebab? Hasil kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kanak-kanak yang obes bukan berpunca daripada sifat genetik yang diwarisi daripada ibu bapa mereka, tetapi ia disebabkan oleh habit makan yang buruk, iaitu makanan yang tidak seimbang, lebih minum air karbonat, makanan ringan yang tidak berkhasiat, tidak tentu waktu makan (suka makan makanan ringan sepanjang masa) dan yang jelasnya mereka ini malas bersenam atau bergerak aktif, lebih suka duduk menghadap komputer atau main game tanpa perlu bergerak banyak. Dijangkakan keadaan yang sama juga berlaku di semua negara maju dan membangun.

Obesiti kanak-kanak

Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam. Bahkan ia menjadi sesuatu yang normal pada pandangan masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan. Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap? Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes? Siapakah yang harus ditunding jari ? Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anakanak sejak dari kecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan,

dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawankawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan anak-anak. Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanakkanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibubapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak

mustahil, makanan tersebut juga tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah obesiti. Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada

masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan corak pemakanan mereka. Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak.

Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama mereka dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan juga kolesterol. Kewujudan dan kemudahdapatan snek dan minuman manis seperti vendor machine di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapu atau junk food yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Seharusnya pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan semata-mata dengan menjual makanan yang tidak berkhasiat. Ini kerana makanan ringan akan menyumbang lebih banyak kalori malah menyebabkan pengguna menjadi cenderung untuk mengambilnya lebih banyak dan mengehadkan pengambilan makanan berkhasiat lain. Senario ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dan mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang belanja harian semata-mata untuk

membeli makanan ringan berbanding makanan berkhasiat yang lain seperti hidangan nasi dan sebagainya. Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak. Seharusnya, permasalahan sebegini diberi perhatian serius oleh ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan harus dipertingkatkan malah makanan yang tidak berkhasiat ini perlu dihadkan atau diberhentikan penjualannya. Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap. Bukan sekadar menghabiskan masa terluang di hadapan televisyen dan komputer. Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Justeru, ia memerlukan kefahaman yang mantap tentang

permasalahan ini dan menekankan tabiat pemakanan yang sihat. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri. Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes pada masa akan datang. Kesimpulannya, kita perlu mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubat. Kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat dan berbudaya hidup sihat. Semuanya bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra ayat 7 yang bermaksud Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Jika kita tidak berkorban untuk anakanak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.

Makanan segera Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar. Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja. Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan. Makanan segera banyak aditif Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan

ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguangangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan

buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan. Lemak Berlebihan Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisancebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakitpenyakit lain yang berkaitan dengannya. Tiada Zat Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera

hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain. Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran: Burger daging: Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia. Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia. Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan. Susu kocak; Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya. Minuman berasaskan Kola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong. Garam

Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam. Gula Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanakkanak dan remaja. Serat Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau

baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat. Vitamin dan zat galian Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit. Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak

berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayursayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang. Makanan segera Apa yang sering terkandung dalam makanan yang dibeli atau makanan segera dan kenapa anda wajar masak sendiri? Jika anda mengutamakan kesihatan anak, tentu anda akan anggap ia berbaloi. Semua ibu bapa inginkan anak yang sihat. Tapi, ramai di kalangan mereka masih tidak faham makna sihat yang sebenar. Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa beranggapan, jika anak mereka bertubuh besar maknanya dia sihat dan cukup makan. Jadi, tidak perlu risau tentang pemakanannya. Sebaliknya, anak yang bertubuh kecil, dianggap tidak cukup makan walaupun sebenarnya nutrien dan zat yang mereka peroleh setiap hari mencukupi. Agar anak kurus mereka jadi gemuk, ramai ibu bapa tidak kisah apa yang anak mereka makan. Yang

pentingnya anak ingin makan. Bagi mereka, lebih baik anak makan makanan segera daripada langsung tidak mahu makan. Tanggapan seperti inilah perlu ditangani segera agar peratusan anak yang dibesarkan dengan makanan segera ataupun makanan siap berkurangan dan digantikan dengan makanan daripada air tangan ibunya sendiri. Sepatutnya, untuk memastikan ahli keluarga anda sentiasa sihat, perlulah diamalkan tabiat pemakanan yang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia. Bagi memenuhi keperluan tenaga dan tahap pemakanan anda dan keluarga, pilihlah makanan yang terdiri daripada nasi, mi, roti, bijirin dan ubi. Hal ini kerana makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli keluarga.

Selain itu, jangan lupa tentang pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran. Pastikan anda menghidangkan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari kepada ahli keluarga. Harus diingat, demi untuk kesihatan seisi keluarga, pengambilan lemak, minyak, gula dan garam perlulah dikurangkan. Tidak dinafikan bahawa lemak penting untuk kesihatan kerana membekalkan tenaga, vitamin larut lemak A, K, D, dan E. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan. Bagi menyediakan sendiri makanan untuk keluarga, ada beberapa perkara perlu anda praktik. Antaranya ialah pemilihan bahan mentah. Pastikan bahan-bahan tersebut segar, tidak busuk, tidak berubah warna dan tidak berkulat. Semasa membersihkan bahan-bahan mentah, pasti dilakukan dengan sebaikbaiknya. Bersihkan segala kekotoran yang ada. Ketika memasak, terutamanya ikan,

makanan laut, daging, ayam dan telur dimasak sehingga betul-betul masak. Semasa menyajikannya pula, pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah dan jangan menyimpan makanan yang sudah dimasak lebih daripada empat jam pada suhu bilik. Panduan Menyediakan Hidangan Sihat : 1. Pastikan anda mengambil kira tentang Piramid Pemakanan setiap kali anda menyediakan hidangan untuk keluarga. 2. Pelbagaikan cara penyediaan makanan seperti menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang. 3. Gunakan bahan mentah yang segar. 4. Jaga kebersihan ketika di dapur. 5. Kurangkan penggunaan gula dan garam ketika memasak. 6. Penggunaan lemak juga perlu dikurangkan. 7. Cuci bahan-bahan mentah yang ingin dimasak bersihbersih. Makanan Siap Dan Segera

Makanan segera memang sangat digemari kanak-kanak lebih-lebih lagi makanan yang menawarkan permainan sebagai hadiah. Membeli makanan di restoran atau gerai-gerai pula adalah pilihan bagi ramai ibu bapa yang bekerja dan tidak ada banyak masa untuk masak sendiri. Memang cara ini lebih mudah, ringkas dan cepat. Tapi, kita sering terlepas pandang tentang bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang dibeli itu. Adakah makanan tersebut sesuai untuk setiap ahli keluarga atau tidak? Bukan sahaja kandungan, tahap kebersihan dan proses penyediaan makanan tersebut adakah benarbenar mencapai tahap yang sepatutnya?

Selain daripada memilih untuk membeli makanan siap dimasak di restoran atau gerai-gerai, ada ibu bapa yang lebih selesa memilih restoran makan segera dengan alasan kebersihan premis dan proses penyediaan yang lebih terjamin. Malah, kita semua sering diberitahu tentang khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut. Jadi, kita rasa lebih selamat memberi anak makanan segera berbanding makanan di restoran.

Tepatkan keputusan yang kita buat itu?

Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan. Kandungan Sebenar Makanan Segera anda 1. Burger daging seberat 230gm dianggarkan mengandungi 57gm lemak tulen. Selain lemak, burger daging mengandungi protein, zat besi, vitamin B12 dan sedikit serat. 2. Ayam goreng kaya dengan lemak dan banyak garam. Walaupun begitu, di dalam ayam goreng juga ada protein, niasin dan vitamin B6 3. Kentang goreng juga mengandungi banyak garam dan lemak selain daripada protein dan vitamin C.

4. Minuman berkarbonat terlalu banyak gula, pewarna kimia dan kafeina. Kepentingan makanan berkhasiat Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan

terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut? Terlalu banyak lemak dan kolesterol Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Terlalu banyak gula Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek

coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Terlalu banyak garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Terlalu sedikit serat Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman.

Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi. Kepentingan makanan berkhasiat Kanak-kanak biasanya susah nak makan sayur. Dari pemerhatian saya, ia bermula dari didikan ibu bapa. Anak-anak saya diajar makan sayur dari kecil. Malah sayur dijadikan finger food buat mereka (sampaikan ramai yang 'kagum' bila si kecil Danny meratah batang celery). Ibu bapa prihatin hendaklah menjaga pemakanan anakanak. Kata kunci - sihat dan seimbang. Anak-anak perlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk:- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif - memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul - pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka - menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit

Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat. Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat. Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka. Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup. Tips Pemakanan Untuk Membina Imuniti Anak-Anak 1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam

buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan. 2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: (1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan (2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya. 3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel. 4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak

adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya. KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small

Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut? Terlalu banyak lemak dan kolesterol Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja. Terlalu banyak gula Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang

memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya. Terlalu banyak garam Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Terlalu sedikit serat Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan

kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda .

You might also like