You are on page 1of 24

MANUAL PENGGUNA

Sistem Permohonan Gantian MyKad di Portal JPNM


Versi 1.0
Sediakan oleh Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna JPNM

1. 2.

Layari Portal JPN (http://www.jpn.gov.my) Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian

1. 2.

Pengguna akan dibawa ke alamat http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php Paparkan laman utama sistem adalah seperti yang tertera.

Proses Pendaftaran

Sistem Permohonan Gantian MyKad di Portal JPNM


Sediakan oleh Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna JPNM

3. 4.

Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mereka perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada sistem. Bagi pendaftaran untuk pertama , pada laman utama kali sila klik pautan Daftar akaun sekarang seperti yang dipaparkan. (Maklumat pendaftaran akan ditunjukkan pada slid yang seterusnya).

Untuk pendaftaran akaun kali pertama , sila klik pautan Daftar akaun sekarang.

Laman pendaftaran pengguna baru.

Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan Daftar.

5.

Emel makluman pendaftaran akan dihantar ke emel yang didaftarkan oleh pemohon semasa proses pendaftaran. Contoh emel yang diterima adalah seperti yang tertera.

Semak emel

6.

Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.

7. 8.

Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon sudah boleh log masuk ke sistem. Sebagai pengguna sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad dan kata laluan yang didaftarkan serta kod keselamatan CAPTCHA yang diberikan untuk log masuk ke sistem.

Masukkan butiran maklumat yang diperlukan untuk Log Masuk.

9.

Pada pengguna yang tidak pernah memohon gantian melalui sistem ini. Sistem akan memaparkan laman rekod seperti yang tertera.

Masalah Lupa Katalaluan

Sistem Permohonan Gantian MyKad di Portal JPNM


Sediakan oleh Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna JPNM

1.

Pada pengguna yang terlupa katalaluan. Sila klik pada pautan lupa katalaluan yang terdapat pada sistem utama dan masukkan emel yang didaftarkan untuk mendapatkan semula katalaluan. Contoh adalah seperti yang dipaparkan dibawah.

Masukkan emel yang digunakan semasa proses pendaftaran.

Proses Penukaran Maklumat Peribadi

Sistem Permohonan Gantian MyKad di Portal JPNM


Sediakan oleh Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna JPNM

1.

Pada pengguna yang ingin menukar kata laluan atau alamat. Setelah log masuk, sila klik Profil Peribadi pada menu utama.

2. Pada Data Capaian , klik pada pautan Tukar kata laluan untuk menukar katalaluan baru; atau klik Edit untuk menukar emel. 3. Pada Profil Diri. Klik pada pautan Edit untuk menukar alamat. Paparan penukaran profil Peribadi akan ditunjukkan pada slid yang seterusnya.

4.

Klik sini untuk menukar katalaluan baru.

Klik sini untuk menukar alamat.

10

Contoh paparan penukaran maklumat adalah seperti yang dipaparkan. Penukaran kata laluan Penukaran emel

Penukaran alamat
Sila pastikan anda menekan butang Kemaskini setiap kali mengubah maklumat peribadi.

11

Proses Permohonan

Sistem Permohonan Gantian MyKad di Portal JPNM


Sediakan oleh Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna JPNM

1. 2. 3.

Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama. Pengguna akan dipaparkan laman AKUAN PENAFIAN. Sekiranya pengguna bersetuju dan memahami syarat yang dikenakan, pengguna perlu klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan .

Klik setuju.

12

4. 5.

Bagi tujuan permohonan penggantian, pemohon perlu memasukkan semua butiran maklumat yang diperlukan pada laman tersebut. Contoh pengisian maklumat adalah seperti yang dipaparkan dibawah. 6. Setelah semua butiran maklumat telah diisi, pengguna perlu menkan butang Teruskan untuk menghantar permohonan gantian ke sistem JPN untuk diproses.

Masukkan maklumat pemohon yang ingin mengganti MyKad.

Pilih jenis penggantian.

Pilih Pusat Kutipan MyKad . Kemudian tekan butang Teruskan.

13

7.

Sekiranya permohonan gantian MyKad tersebut dibenarkan untuk diproses secara atas talian, pemohon/pengguna akan dipaparkan maklumat lengkap beserta pilihan pusat kutipan yang dipilih dan amaun bayaran. Contoh paparan maklumat adalah seperti dibawah.

8.

Maklumat pemohon yang ingin mengganti MyKad.

Maklumat pusat kutipan yang dipilih.

Maklumat bayaran yang dikenakan.

Sekiranya ingin meneruskan pembayaran, sila tik pada kotak kecil dan tekan butang Teruskan.

14

7. 8.

Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway Bank Islam (https://migs.mastercard.com.au/ ). Hanya pembayaran menggunakan kad kredit sahaja dibenarkan. Contoh paparan dari bank adalah seperti yang dipaparkan dibawah dan slid yang berikutnya.

15

9. Contoh paparan laman pembayaran di Bank Islam yang berikutnya.

16

7. 8.

Sekiranya pembayaran berjaya, pemohon/pengguna akan dipaparkan makluman pembayaran berjaya. Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu Rekod Transaksi atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan. Pautan adalah seperti yang ditandakan.

17

9.

Pengguna akan dipaparkan senarai rekod transaksi bagi permohonan yang telah berjaya.

10. Bagi permohonan yang sudah berjaya dikemaskini pembayarannya di JPN, Status akan diubah kepada cetak menunjukkan resit permohonan dan pembayaran boleh dicetak oleh pengguna/pemohon. 11. Bagi permohonan yang belum berjaya dikemaskini maklumat pembayarannya di JPN, Status akan diubah kepada Dalam Proses. 12. Contoh Status adalah seperti yang dipaparkan.

Sila klik pautan Cetak untuk mencetak resit.

18

13.

Contoh resit pembayaran adalah seperti yang dipaparkan di bawah.

Maklumat pemohon yang ingin mengganti MyKad.

Maklumat pembayaran yang dibuat.

Cara semak status permohonan MyKad.

19

SEKIAN TERIMA KASIH


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan sistem, sila hubungi PRO JPN di talian 03-8880 7077 / 7071 / 7067 / 7069 / 8206 atau emel ke mykadganti@jpn.gov.my untuk maklumat lanjut .

20

You might also like