You are on page 1of 1

PENGENALAN PERNIAGAAN: Pada 1 April 2013, saya telah memulakan perusahaan pemprosesan makanan di bawah Skim Perusahaan Kecil

dan Sederhana (PKS) dengan bermodalkan tunai di tangan RM 5 000, tunai di bank RM 116 000 dan sebuah lori kecil bernilai RM26000. Deposit kadar bayaran bagi premis kilang telah dibayar dengan wang sendiri sebanyak RM 3 000 pada tarikh yang sama .Saya telah dibantu oleh dua orang perkerja pengurusan dan lima orang perkerja pengeluaran. Gaji pekerja pengurusan ialah RM 1 200 manakala upah pekerja pengeluaran ialah RM 45 sehari. Wai Kin memilih perniagaan ini kerana mempunyai pengalaman kerja selama tiga tahun di Kilang Pemprosesan Roti Maxi. Akibat minat yang mendalam dalam bidang ini ,beliau telah menghadiri beberapa siri kursus yang berkaitan pembuatan kek di Collage TAR. Beliau percaya bidang ini mempunyai prospek yang cerah dan mempunyai permintaan yang tinggi dari pada penggemar kek pada masa akan datang. Berdasarkan analisis pasaran yang telah beliau lakukan,belum ada perniagaan atau persaingan yang mengeluarkan kek di lokasi yang dipilih.Ini telah mewujudkan peluang pasaran dalam kawasan perumahan semakin membangun.Wai Kin juga sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi lain. Walau bagaimanapun ,Wai Kin bakal menghadapi risiko persaingan akibat usaha kerajaan menggalakkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Bagi menghadapi persaingan, Wai Kin akan memastikan produk yang dihasilkanberkualiti dan menepati cita rasa pengguna dengan cara mempelbagaikan perisa kek dan jenis produk pada masa akan datang.

You might also like