You are on page 1of 12

LOGO/ LAMBANG

Persekutuan ini adalah satu bulatan berwarna biru. Di dalam bulatan itu terdapat sebuah bulatan merah dan di dalam bulatan merah tersebut terdapat gambar sebuah perisai. Di dalam perisai itu terdapat bendera dan roda bulat dan perkataan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.

Perkataan Malaysian National Cycling Federation ditulis di dalam bulatan berwarna biru. Bentuk logo adalah sebuah perisai mempunyai erti kemenangan. Roda bulat yang terdapat di bahagian bawah perisai itu menandakan sukan berbasikal.

Bendera melambangkan negara kita Malaysia. Perkataan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang melengkongi perisai dengan sendirinya membawa erti nama Persekutuan ini.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

1) Untuk menjadi badan pengelola menggalakkan dan membangunkan sukan berbasikal di peringkat Kebangsaan. 2) Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal-seliaan Antarabangsa bagi sukan berbasikal dan menjadi ahli gabungan peringkat Asean, Asia dan Dunia serta MOM.

3)Untuk menganjurkan atau mengelola kejohanan atau pertandingan sukan berbasikal di semua peringkat dan acara.

4)Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Negara dalam sukan berbasikal adalah terbuka dan adil.

5) Untuk mewakili Negara Malaysia dalam mana-mana pertandingan sukan berbasikal.

6) Untuk memastikan akaun ter-audit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persekutuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta dengan apa- apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.

7) Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah- kaedah Persekutuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

8) Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persekutuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang- undang Negara.

9) Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persekutuan daripada penyertaannya dalam mana- mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persekutuan ini.

Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua- duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persekutuan ini.

Persekutuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persekutuan.

10) Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal- usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pendangan lain yang dipegang oleh anggota.

You might also like