You are on page 1of 9

Mufasyara Note

By Syakirin
Kata adjektif(Part 1)
• KATA ADJEKTIF
• 1. Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan
sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit.
sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang,
dan sebagainya.
• 2. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

• 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat,


dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
• Contohnya:
• i. sangat cantik
• ii. amat rajin
• iii. paling tinggi
4. Contoh kata-kata adjektif:
a) Adjektif Jati
• : Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. Contohnya:
• i. Buku itu berwarna biru.
• ii. Budak kurus itu kawan saya.

b) Adjektif Bilangan atau pecahan
• : Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Contohnya:
• i. Ayah memiliki dua buah kereta.
• ii. Saya membeli beberapa kuntum bunga.

c) Adjektif Tunjuk
• : Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”. Contohnya:
• i. Baju ini mahal harganya.
• ii. Perkara demikian jangan diulangi lagi.

d) Adjektif pencerai / pengasingan
• : Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu
atau selonggok-selonggok. Contohnya:
• i. Setiap pelajar mesti berdiplin.
• ii. Ambil barang masing-masing.
Kata Adjektif(Part 2)
• 5. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
• a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
• 6. Pangkat-pangkat Adjektif
• a) Pangkat biasa
• : Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contohnya:
• i. Baju dia cantik.
• ii. Buah betik itu manis.
• b) Pangkat perbandingan
• : Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

• Contohnya:
• i. Tenaganya sekuat Badang.
• ii. Buah jambu itu semanis gula.
• c) Pangkat menyangat
• : Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat,
amat, benar-benar dan sebagainya. Contohnya:
• i. Cuaca hari ini sangat mendung.
• ii. Buah rambutan ini terlalu masak.
• d) Pangkat penghabisan
• : Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan. Contohnya:
• i. Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
• ii. Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Arah
• KATA ARAH
• 1. Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum
frasa nama dan
selepas kata sendi nama.
• 2. Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contohnya:
• Atas,Bawah,Tepi,Antara,Hadapan,Utara,Sisi,Luar
• i. Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
• ii. Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
• iii. Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah
dihalau oleh
ayah.
Kata Bantu
• 1. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk
menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan
dengan perbuatan.
Contoh nya:
• Akan,Belum,Masih,Telah,Sudah,Harus,Boleh,Dapa
t, Hendak
• i. Kereta api dari utara telah sampai.
• ii. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan
segara.
• iii. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
• iv. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan
segera.
• v. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
Kata Bilangan
• 1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan
sesuatu.
• 2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
• Jenis Kata Bilangan Contohnya
1) kata bilangan tentu
a) satu
b) dua
c) tiga
2) kata bilangan tak tentu
a) beberapa
b) segala
c) seluruh
d) sekalian,
e) setengah-setengah
3) kata bilangan pecahan
a) suku
b) setengah
c) separuh
d) tiga suku
4) kata bilangan pisahan
a) setiap
b) tiap-tiap
5) kata bilangan himpunan
a) kedua-dua
b) ketiga-tiga
c) berpuluh-puluh
d) berminggu-minggu
e) berbulan-bulan
f) ribuan
6) kata bilangan tingkat
a) pertama
b) kedua
c) ketiga
7) kata bilangan tanya
a)berapa
Kata Ganda(Part 1)
• Kata Ganda
• 1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
• 2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang
digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
• 3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun
pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
• 4.Kata ganda terdiri daripada:
• a) kata ganda seluruh;
• b) kata ganda semu;
• c) kata ganda separa;
• d) kata ganda bersajak atau berima;
• e) kata ganda berimbuhan.
• Kata Ganda Seluruh 1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan
seluruhnya.
• 2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
• 3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif,
kata kerja, dan kata keterangan.
• Contoh : Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif
/sifat:buku-buku, lembu-lembu,murid-murid,kawan-kawan,baring-baring,pandang-
pandang,jalan-jalan,usik-usik, manis-manis,besar-besar,awal-awal,bulat-bulat.
Kata Ganda(Part 2)
• Kata Ganda Semu
• 1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata
yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
• 2. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
• 3. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
• Contoh:
• agar-agar anal-anal angkut-angkut anting-anting biri-biri buli-buli dekak-dekak epok-epok gula-gula jemput-jemput
jentik-jentik kanak-kanak kisi-kisi kunang-kunang kuda-kuda kupu-kupu kura-kura rama-rama Kata Ganda Separa
• 1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata
saja yang digandakan.
• 2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
• Contoh:
• bebawang bebenang bebudak cecair dedalu dedaun dedawai gegendang geguli jejari jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki lelangit lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga Kata
Ganda Bersajak/Berima
• 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang
mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal,
di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
• Contohnya:
• a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah,
dentam-dentum, dan sebagainya.
• b) persamaan bunyi di hujung:
• karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
• c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-
dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
• Persamaan Bunyi di Pangkal Persamaan Bunyi di Hujung Penyesuaian bunyi Seluruhnya batu-batan anak-
pinak bolak-batik beli-belah calar-balar compang-camping bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik corat-coret comot-
momot gopoh-gapah degap-degup gotong-royong gunung-ganang dentam-dentum karut-marut haru-biru desas-Jesus
kaya-raya huru-hara gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang gerak-geri pindah-randah kacau-bilau
Kata Ganda(Part 3)
• KATA GANDA Gandaan Separa Separuh 1. Gandaan separa
dibina dengan cara memendekkan atau
menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. 2. Hanya diambil
hujung perkataan itu.
Contohnya : lelaki bebola lelabah pepohon jejari kekuda jejentik
kekabu dedaun kekisi Gandaan Berirama 1. Gandaan Berirama
dibina dengan menambahkan perkataan yang
lain bunyinya kepada perkataan asal. 2. Berlaku perubahan ejaan
dan bunyi perkataan asalnya. Contoh : lauk-pauk batu-bata
saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau tunggang-langgang tanah-
tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita Gandaan
Berimbuhan 1.Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan
kata dasarnya tetapi
diikuti dengan kata berimbuhan. 2. Perkataan keduanya ditambah
me ( N ) Contoh : tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit
tarik-menarik kejar-mengejar sulam-menyulam tawar-menawar
kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang tari-menari
tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-
menyimpan.

You might also like